January 15, 2012

Home » , , » Sejarah Tahun Baru + Kalendar Super Junior

Sejarah Tahun Baru + Kalendar Super Junior


sumber gambar [link]
Anda semua tahu sejarah tahun baru yang  kita sambut saban tahun? Kalendar tahunan yang kita guna pada hari ini dikenali sebagai Kalendar Gregory. Asalnya, ia merupakan Kalendar Julian yang telah diubah sedikit. Ia pertama kali diusulkan oleh doktor Aloysius Lilius, dari Napoli, Itali dan dituruti oleh Pope Gregory XIII pada 24 Februari 1582. Kalendar ini dicipta kerana Kalendar Julian dinilai kurang tepat.

Sebuah tahun dalam Kalendar Julian berlangsung selama 365.25 hari. Tetapi kerana putaran bumi mengelilingi matahari hanya berlangsung selama 365.2422 hari, maka setiap satu millenium, Kalendar Julian akan berlebih 7 - 8 hari. Masalah ini diselesaikan dengan hari-hari lompat yang agak berbeza pada kalendar baru ini. Pada kalendar Julian, setiap tahun yang boleh dibahagi dengan 4 merupakan tahun lompat. Tetapi pada kalender baru ini tahun yang boleh dibahagi dengan 100 hanya dianggap sebagai tahun lompat, jika tahun ini juga boleh dibahagi dengan 400. Contohnya tahun 1700, 1800 dan 1900 bukan tahun lompat. Tetapi tahun 1600 dan 2000 merupakan tahun lompat. Dengan ini Kalendar Gregory mempunyai 365.2425 hari setahun.

Setelah Kalendar Gregory dicanangkan, tidak semua negara mahu memakainya. Russia misalnya baru menggunakannya pada tahun 1918. Namun, Gereja Ortodoks sehingga sekarang masih memakai Kalendar Julian.


Pada tanggal 1 Januari 1622, 1 Januari ditetapkan sebagai permulaan tahun.

Asal nama Januari ialah daripada nama dewa Rom Janus, iaitu dewa pintu.

Februari dinamakan bersempena dewa Rom Februus, dewa penyucian.

Mac dinamakan bersempena dewa Rom Mars, dewa perang.

Pada asalnya, Mac merupakan bulan pertama dalam kalendar Rom. Kemudian pada tahun 45 SM, Julius Caesar menambahkan bulan Januari dan Februari di hadapannya.

Nama April berasal daripada bahasa Latin aprilis, sama ada dari perkataan Latin aperire yang bererti "membuka", kemungkinannya merujuk kepada pokok-pokok berkembang pada musim bunga, ataupun daripada nama Aphrodite/Apru, dewi cinta orang Yunani.

Nama bulan Mei berasal dari nama dewi kesuburan orang Yunani, Maia.

Jun pula berasal dari nama dewi Rom Juno.

Bulan ini dinamakan "Julai" kerana Julius Caesar dilahirkan pada bulan ini. Sebelumnya, ia dipanggil Quintilis, yang bererti "kelima" dalam bahasa Latin, kerana pada asalnya kalendar Rom bermula pada bulan Mac.

Bulan ini dinamakan "Ogos" bersempena Augustus Caesar dan mempunyai 31 hari supaya sama dengan bulan Julai. Sebelumnya ia dipanggil Sextilis, yang bererti "keenam" dalam bahasa Latin.

September berasal dari bahasa Latin Septem, yang bererti "ketujuh". September merupakan bulan ketujuh dalam kalendar Rom sehinggalah 153 SM.

October berasal dari bahasa Latin Octo, yang bererti "kelapan". Oktober merupakan bulan kelapan dalam kalendar Rom sehinggalah 153 SM.

November berasal dari bahasa Latin Novem, yang bererti "kesembilan". November merupakan bulan kesembilan dalam kalendar Rom sehinggalah 153 SM.

December. Nama bulan ini berasal dari bahasa Latin Decem, yang bererti "kesepuluh"

p/s: dulu aku ingat masyarakat Indonesia yang ubah, rupanya mereka memang menggunakan kebayakan nama asal bagi kalendar Gregory ni. Namun, kebanyakan maksud bagi bulan-bulan tu melambangkan dewa-dewi zaman Rom...so, nak guna ke tak?

No comments:

CLOSE

Copyright reserved by Zero to Hero's Blog Edited by Caersasuke