September 26, 2012

Home » » Hello Kitty's for free of charge! Anyone interested?

Hello Kitty's for free of charge! Anyone interested?

Assalamualaikum & salam sejahtera

Kembiri atau kasi, kedua-duanya memberi maksud yang sama iaitu mengembiri dan mengasi haiwan sama ada dengan cara membuang organ peranakan bagi betina (spay/memandulkan) atau neuter (castrate/remove the testicles) bagi jantan.

Setelah diambilkira dari pelbagai sudut, maka keputusan telah diambil untuk mengasikan Si Montel, si tua ganyut yang sudahpun beranak sebanyak dua kali. Dan operation tersebut telah dilakukan pada Jumaat yang lepas di Klinik Veterinar kerajaan.

Sebelum operation dilakukan, doktor vet telah meminta Si Montel untuk berpuasa sehari. Dan aku sedia maklum tentang hal itu. Namun, oleh kerana Si Montel tu binatang, paham pulak dia cakap doktor tu.. so, aku lah yang mengambil peranan untuk 'memuasakan' Si Montel dari malam hingga keesokan harinya. Aku hanya beri dia minum air sahaja, kira puasa Si Montel tu puasa yang yok pagi pagi bukak periuk.

Montel dalam cage selepas dibius
Doktor vet memberi kebenaran untuk aku menyaksikan pembedahan Si Montel sepanjang lebih kurang 45minit itu. Si Montel meronta-ronta pada mulanya dan macam tahu-tahu je dia nak dibedah. Maka doktor vet telah meletakkannya ke dalam sangkar untuk mengelakkannya bertindak ganas. Mula-mula doktor vet membius Si Montel sehingga ia berada dalam keadaan unconsciousness. Dan setelah itu, sesi pengkasian bermula!
Apasal kurus sangat kata Montel? Tanya doktor vet tu :]
Melihatkan keadaan Montel sayu je hati aku rasa kesian tiba-tiba, tapi demi kesihatan dan pengawalan populasi kucing gelandangan maka aku redha je lah. Bunney ketika itu dalam pelukan aku tengok je mak dia kena bedah, oh lupe nak bagitau Si Bunney pun aku bawak sekali untuk diberi ubat cacing dan vitamin.

Alhamdulillah tak banyak pendarahan berlaku dan pembedahan pada perut Montel pun kecil sahaja. Doktor vet berpesan untuk mengawal pergerakan Si Montel kerana bimbang kesan jahit boleh terbuka semula kalau dia renyah sangat. Eh, kelakar pulak aku rasa macam menjaga ibu yang baru lepas bersalin pulak gayanya.. Aku anggap ianya sebagai praktis awal jika aku kawin dan bini aku mengandung kelak. Ok itu merapu. Hahaha.
Be carefull, ni bukan panadol @ ubat batuk
Dan akhirnya doktor memberikan ubat sapu, syrup dan pil untuk Si Montel manakala vitamin dan ubat cacing untuk Bunney dan anak-anak Minney.
..................................................................................................................................................

Minney's kittens, already for let them go!

Aku nak cerita pulak pasal Si Minney (Anak Si Montel batch pertama). Sebulan yang lepas, Minney telah melahirkan 4 ekor cahayamatanya. Mula-mula aku nak spay Si Minney ni sebab dia ni renyah sikit pantang jumpe jantan. Then anak-anak dia ni pun entah dari mana punca aku tak tau, tak boleh nak dibin atau dibintikan dengan sesiapa. Tapi doktor vet tak kasi sebab anak-anak dia masih menyusu. Ia boleh menyebabkan susu si ibu kering dan anak-anak yang masih meyusu pastinya mengganggu perut isi bu. Maka, aku batalkan niat itu untuk beberapa bulan mendatang.

Minney dengan baby yang sedang tidur..

Baby Minney yang belum diberi nama
Okeh, ni dia anak-anak bulus tu yang belum diberi nama. Mula-mula aku dah terfikir untuk bagi nama mengikut 4 musim dalam bahasa Jepun iaitu haru (bunga), natsu (panas), aki (gugur), & fuyu (sejuk) tapi terserah la tuan baru dia nak bagi nama ape nanti kan....

Salah sekor baby Minney
Aku nak mencari tuan baru untuk anak-anak Si Minney ni as soon as possible, sebab aku dah pening kepala banyak sangat kucing kat rumah ni menyebabkan kos makanan, ubatan dan litter sand semakin meningkat dengan kehadiran mereka. Tu satu hal. Lagi satu rumah aku ni kecik je tak muat letak banyak-banyak, nak letak luar pasti dia kena langgar dek kenderaan yang lalu lalang. Maka dengan entri ini aku berharap kawan-kawan yang baik hati tu tampil kehadapan memberi kasih sayang yang secukupnya bagi anak-anak bulus yang comel ini.


Dan dengan setiap pengambilan mereka bakal disediakan susu khas bagi kittens dan makanan kibble cukup untuk sebulan dua. Dan tidak lupa, ubat cacing tu aku bagi free sekali. Semuanya free demi kesejahteraan anak-anak bulus ni :)

Jika berminat boleh terus contact /PM kat facebook, sekali lagi make sure agar kebajikan anak-anak bulus ini terjaga. Tu je yang aku harapkan. Sekian!  Di kesempatan ini aku ingin menyeru kepada semua pencinta haiwan yang tidak tahu atau berasa was-was dalam membuat keputusan untuk mengembirikan haiwan peliharaan kesayangan bolehlah merujuk entri Papa Hero.

2 comments:

♥♥szumika sakni♥♥ said...

baru hri ni nk jln2...xder mood huhu...comel kucing2 tu nk 1 huhu

Akhelaken said...

@♥♥szumika sakni♥♥
dah settle ke mslh dgn budak tu? hehe
kucing awk pun comel jugak :D

CLOSE

Copyright reserved by Zero to Hero's Blog Edited by Caersasuke