September 8, 2012

Home » » Peraduan Pencarian Nama Spa (PPNS) 10/09/2012

Peraduan Pencarian Nama Spa (PPNS) 10/09/2012

Bunga Mawar harum baunya,
Jadi wangian penyegar diri,
Kami sedang mencari nama, 
Yang bertuah hadiah menanti.

Hadiah bukan sebarang hadiah,
Dari kepala ke hujung kaki,
Rugi tidak mencari nama,
Untung diri kami memberi.

Sakit kepala ada ubatnya,
Sakit badan kami urutkan,
Usah khuatir tuliskan saja,
Hanya bermodal buah fikiran.

Kami sedang memilih nama terbaik dan menginginkan nama tersebut menjadi bualan mulut orang ramai tidak kira di Malaysia mahupun di luar negara. Idea yang kreatif dan bernas amat di titikberatkan dalam proses pemarkahan, pemenang akan di nilai atas setiap perincian maksud nama yang diberikan.

Hadiah Pemenang : 
Rawatan kesihatan dan kecantikan = RM480
Hadiah yang bakal menanti adalah rawatan kesihatan dan kecantikan tidak kira lelaki mahupun wanita dan bakal dimanjakan dari hujung rambut ke hujung kaki selama 4 jam 30 minit yang sama nilainya dengan RM 480.

Kami mengalu-alukan buah fikiran dan saranan daripada anda semua untuk menyertai Peraduan ini. Hanya berbekalkan buah fikiran bernas anda, mungkin buah fikiran anda yang kami cari.
SEDIKIT INFO TENTANG KAMI
Pemilik menerapkan 3 nilai budaya yang dominan di Malaysia iaitu; Melayu, Cina dan India dalam setiap perincian dekorasi Spa; Berasaskan kontemporari etnik.

Umumnya untuk semua peringkat umur, khususnya untuk pelancong dari luar negara bagi mempromosi variasi budaya yang ada di Malaysia. Produk yang digunakan adalah berasaskan dari 100% bahan semulajadi. Tiada kesan sampingan yang memudaratkan diri dan dari segi rawatan pula, pemilik menerapkan nilai moden dan traditional, menekankan konsep rawatan traditional terutamanya urutan badan, rawatan muka dan juga penjagaan khusus bagi kaum wanita.

*************************************************************************************************************

APA YANG ANDA PERLU LAKUKAN;
Sila tuliskan;

Nama Penuh:
No. Tel:
Nama Cadangan Spa:
Penerangan (nama spa tersebut):

dan hantarkan melalui PM di facebook ini.
PM di : www.facebook.com/jurlim.salim & PERADUAN PENCARIAN NAMA SPA (PPNS)

TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 10 SEPTEMBER 2012

**Penyertaan anda amatlah kami alu-alukan dan sangat kami hargai.
Pemenang akan di umumkan melalui telefon bimbit dan facebook.

Gendang gendut tali kecapi,
Goyang dangdut hadiah menanti.


Sekian Terima Kasih dan Selamat Mencuba.




8 comments:

Lelaki Ini said...

wow!
macam best aja!

shima said...

alamak..!! esok last?!! dlm ms yg singkat kena cari idea..

Akhelaken said...

memang best pun,tak pernah pi ngurut kat spa..harap2 menang free :)

Akhelaken said...

tu la,kena cepat2 perah idea! Gud luck!

Edy Fee said...

wah dh mcm peraduan bagi nama kereta..mnarik ..hadiah lumayan

Akhelaken said...

tu la tu,mcm best je member tu muda2 dah bukak bisnes.Oh ye,ko ni sempat ke join Edy?

KorN said...

Hoho.. da lepas tarikh daa

Akhelaken said...

oh..xpe,maybe next time :)

CLOSE

Copyright reserved by Zero to Hero's Blog Edited by Caersasuke