October 29, 2012

Home » , » How To Use A Condom, Joe?

How To Use A Condom, Joe?

Pernah dengar pemberian kondom percuma kepada penagih dadah?

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengumumkan cadangan pelaksanaan program pemberian kondom, jarum suntikan dan dadah sintetik yang dipanggil methadone secara percuma sebagai langkah mengurangkan kadar jangkitan HIV/AIDS yang semakin serius terutama dalam kalangan penagih-penagih dadah. Program ini dilihat sebagai langkah perlu memandangkan masalah penularan HIV/AIDS yang semakin serius ini, dianggap telah sampai ke peringkat ‘dharurat’.

Panel Kajian Syariah ke-52 bertarikh 8 Sep, 2005 telah mengeluarkan fatwa berkaitan hukum permasalahan tersebut, salah satunya adalah seperti berikut:
Pemberian kondom percuma untuk tujuanpencegahan HIV/AIDS hanya boleh diberi kepada isteri penagih dadah untuk melindungi dirinya dan anak-anaknya daripada jangkitan virus tersebut atas dasar prinsip ‘dar’u al-mafasid muqaddam ala jalbi al-masolih’.

Sekarang dah faham kan? Walaupun pemakaian kondom boleh mencegah seseorang wanita daripada mengandung dan dapat mencegah penularan penyakit berjangkit kepada lelaki dan wanita, namun harus di ingat bahawa kondom bukan segala-galanya, pencegahan yang paling baik adalah mengelak daripada perlakuan seks rambang. Ok sekarang kita tengok macamane Joe menyelesaikan masalah yang dihadapi :)












Dari Abu Dzar r.a katanya:
Beberapa orang sahabat Nabi SAW pernah berkata kepada baginda: Kaum hartawan memperolehi pahala yang lebih banyak. Mereka solat seperti kami solat, puasa seperti kami puasa dan bersedekah dengan sisa harta mereka. Jawab Rasulullah SAW: melakukannya dengan yang halal, kamu mendapat pahala.. bukankah Allah telah menjadikan berbagai macam cara untuk kamu bersedekah? Setiap kalimah tasbih adalah sedekah: amar makruf dan nahi mungkar (mengajak kepada kebaikan dan melarang kepada yang mungkar)adalah sedekah: bahkan pada kemaluanmu pun terdapat pula unsur sedekah. Mereka bertanya: kalau begitu, adakah kami mendapat pahala jika kami memuaskan nafsu syahwat kami? Jawab Rasulullah SAW: Jika kamu melakukannya dengan yang haram, tentunya kamu berdosa. Sebaliknya jika kamu melakukannya dengan yang halal, kamu mendapat pahala. (Hadis Riwayat Bukhari)


4 comments:

CekbOlat-bOlat said...

erkkk . blushing gua bace . -.-

Akhelaken said...

@CekbOlat-bOlat
kartun je tu :)

Edy Fee said...

kwn aku ckap ni gula2 getah time aku letak dlm raga barang dia kat mall.hahahaha

Akhelaken said...

@Edy Fee
ko yg letak dlm raga brg dia? maksudnye ko yg membeli la? teettt... haha

CLOSE

Copyright reserved by Zero to Hero's Blog Edited by Caersasuke