October 9, 2012

Home » , » Save Sex For Marriage. SAVE not SAFE!

Save Sex For Marriage. SAVE not SAFE!

Assalamualaikum & Salam sejahtera semua.

Sebagaimana yang anda maklum, entri hari ini adalah susulan pada entri yang lepas. Dan tajuk kita pada kali ini berkenaan seks sebelum nikah di kalangan remaja hari ni. Sebenarnya isu ni dah lama ingin aku keutarakan sebab masalah seks bebas, kelahiran anak luar nikah dan tak sah taraf, pembuangan bayi, dan pelbagai isu seumpamanya hampir setiap hari kita lihat di dada akhbar kan? Tak dinafikan perkara ni banyak berlaku disekeliling kita. Rakan, jiran tetangga, saudara-mara, malah dalam kalangan keluarga kita sendiri juga boleh terdedah kepada gejala yang tidak sihat ini. Kadang-kadang kita naik muak dengan berita sebegitu dan ada sesetengahnya beranggapan isu ni isu basi, malah ada pula yang kata isu ni tak perlu diperbesarkan sebab kita hidup di zaman moden yang berpaksikan hak asasi manusia? Setuju ke?
 "Janganlah kamu mendekati kepada zina, sesungguhnya Zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk." Surah Al-Israk:32.
Minta maaf kerana tidak bersetuju. Remaja perlu tahu bahawa dari segi fizikal dan psikologi mereka belum bersedia untuk menjalankan tanggungjawab akibat semua kesan ini. Malah, seks tanpa ikatan perkahwinan adalah tindakan yang bodoh dan tidak bertanggungjawab. Aku percaya, sebagai orang timur, agama dan budaya kita melarang hubungan seks tanpa perkahwinan. Semua ini berlaku kerana kejahilan dan kebodohan kerana tiada pengetahuan mengenai seks di kalangan kanak-kanak dan remaja. Kita perlulah sentiasa berwaspada kerana kerosakan akhlak remaja masa kini akan mengundang risiko dan impak yang besar pada masa hadapan.

Atas dasar keprihatinan mengenai perkara tersebut, kami telah merancang dan menjalankan satu bentuk program mengenai kajian sikap remaja terhadap seks sebelum nikah. Program dan kajian ini dilakukan sepanjang 3 hari bermula 5 hingga 7 Mac 2010 di SMK Likas, Kota Kinabalu, Sabah ketika akhir semester kami di Universiti Malaysia Sabah. Laporan dan gambar program adalah seperti di bawah.




Secara umumnya program ini tidak jauh beza dengan kem-kem motivasi dan latihan yang lain. Walaubagaimanapun, program sebegini sekurang-kurangnya dapat memberi kesedaran kepada remaja terhadap isu pendidikan seks. Ianya kerana pendidikan seks awal dapat mengurangkan risiko penglibatan diri dalam hubungan seks yang berbahaya dalam kalangan remaja. Kajian-kajian lepas  juga mendapati remaja yang kurang berpengetahuan mengenai kesihatan reproduksi cenderung melakukan hubungan seks luar nikah berbanding remaja yang berpengetahuan. Program kami ini juga dapat mendidik remaja agar tidak terlibat dalam tingkah laku yang tidak produktif dan berisiko seperti terlibat dengan seks tidak selamat dan mengandung anak diluar nikah yang membawa kepada kecenderungan masalah pelacuran atau bunuh diri.

Disini aku ingin berkongsi sedikit panduan dan informasi mengenai kajian yang dijalankan oleh Dr.Harlina Halizah Siraj. Pdf beliau yang bertajuk Remaja & seks : Beringat sebelum terlambat. http://wanita.jim.org.my/ceramah/Remaja&Seks-enc.pdf. Namun bagitu, link tersebut tidak lagi dapat diakses. So, sebahagian daripada pdf tersebut telah aku print scrin untuk tontonan dan maklumat bersama. Walaubagaimanapun, sekiranya ia menyalahi hak cipta, aku memohon maaf dan sedia untuk membuang gambar berikut. Baca seterusnya...

















You're not ready to have sex if:
You think sex equals love.
You're afraid to say no.
You think everyone else is doing it. (They're not!)
You don't know the facts about pregnancy.
You don't think a woman can get pregnant the first time. (She can!)
It goes against your religious & moral beliefs.
You're doing it to prove something.
You think it will make your partner love you.
You think it will make you love your partner.

It is OK to WAIT!!! 
SAVE sex for marriage! 
SAVE, not SAFE!





No comments:

CLOSE

Copyright reserved by Zero to Hero's Blog Edited by Caersasuke