November 9, 2012

Home » , » Saya... Telah Berzina!

Saya... Telah Berzina!

Assalamualaikum & salam sejahtera


Gambar sekadar hiasan!
Credit to: Nasihangit

Suatu senja yang hening dan lengang, kelihatan seorang wanita berpakaian serba hitam berjalan terhuyung-hayang. Pakaiannya serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam dukacita yang amat mencengkam. Kain tudungnya menutup hampir seluruh wajahnya tanpa berhias di muka atau sebarang perhiasan menempel di tubuhnya. Kulitnya yang bersih, badan yang ramping dan wajahnya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah merobek kehidupannya.

Dia melangkah perlahan-lahan mendekati kediaman Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil memberi salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam: "Silakan Masuk!"

Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk, sambil kepalanya terus menunduk. Air matanya berderai tatkala berkata: "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan perkenan mengampuni dosa keji saya.
"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut.
"Saya takut mengatakannya," jawab wanita cantik.
"Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.
Maka peremuan itu pun bercerita: "Saya... telah berzina!"
Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak.

Perempuan itu terus bersuara: "Hasil dari penzinaan itu saya pun hamil. Setelah anak itu lahir, terus saya cekik lehernya sampai mati," ucap wanita itu seraya menangis dek terlalu menyesal.

Nabi Musa dengan wajah berang terus mengherdik: "Perempuan jahat, pergi kamu dari sini agar seksaan Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatan terkutukmu!"

"Pergi!" teriak Nabi Musa sambil memalingkan wajahnya lantaran merasa jijik dengan perbuatan wanita itu.

Perempuan berwajah ayu dengan hati hancur luluh bagaikan kaca terhempas ke batu, segera bangkit dan berjalan keluar dari dalam rumah Nabi Musa.

Ratap tangisnya amat memilukan. Dia tidak tahu kemana lagi tempat hendak mengadu? Bahkan dia tidak tahu ke mana lagi kakinya harus melangkah. Apabila seorang Nabi dan Rasul sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya?


Terbayang oleh wanita itu betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya yang mungkin tidak terampun lantaran berzina dan membunuh bayi tidak berdosa.

Sepeninggalan wanita itu, Malaikat Jibrail turun bertemu Nabi Musa. Jibrail lalu bertanya: ‘Mengapa engkau menolak hasrat seorang wanita yang ingin bertaubat daripada perbuatan dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya (dosa zina)?” Nabi Musa amat terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari wanita penzina dan pembunuh itu?” Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibrail.

“Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan penzina itu?” tanya Nabi Musa.
“Ada!” jawab Jibrail dengan tegas.
“Apakah dosa itu?” tanya Nabi Musa.

ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT DENGAN SENGAJA DAN TANPA MENYESAL! 
ORANG ITULAH DOSANYA LEBIH BESAR DARI SERIBU KALI BERZINA!

Sebaik mendengar penjelasan Jibrail itu, Nabi Musa terus memanggil wanita tadi untuk menghadap semula kepadanya. Nabi Musa sendiri mengangkat tangannya berdoa dengan khusyuk memohonkan keampunan untuk perempuan pelacur itu kepada Allah.


P/s: Begitulah kawan-kawan, Islam sangat melarang sekeras-kerasnya perlakuan zina dan seks bebas. Namun begitu, sesungguhnya Allah lebih menyayangi orang yang sentiasa ingin bertaubat atas kesalahan dan dosa-dosanya berbanding manusia yang lalai dari mengerjakan sembahyang fardu yang telah diperintahkan-Nya. Moga entri ini dapat memberi pengajaran kepada kita semua. InsyaAllah~ 
Credit to: MASTIKA, Okt 2012.

11 comments:

Lelaki Ini said...

geli tgk twitter budak kat atas!
arrgghhh!

Nur Afrina said...

Nau'zubillah! Semoga kita dijauhi daripada perkara tersebut. Amin! >.<

misshannajr said...

Allah maha pengampun, tp jangan la buat semua tu..

Akhelaken said...

@Lelaki Ini
oh try usha blog Nasihangit! Ada sumber yg menyatakan twitter budak tu kena hack & dia xmengaku melakukannya.So,kat sini aku minta maaf klu betul bukan budak tu yg post,tp sekiranya mmg dia berslh sama2 la kita doakan agar keduanya berubah..insyaAllah~

Akhelaken said...

@Nur Afrina insyaAllah..amin~

Akhelaken said...

@misshannajr betul tu,kpd lelaki2 jugak xterkecuali..

luqman zakaria said...

sedih benor status budaktuh! T__T

Akhelaken said...

@luqman zakaria mmg mula2 baca rasa nak lempang je perempuan tu.. tp benda mcm ni da jd kebiasaan msyrkt kita pd zmn skrg ni kn.. ish,minta dijauhkan la ek

CekbOlat-bOlat said...

sadlife la budak tu . nak bikin kontobesi

Akhelaken said...

@CekbOlat-bOlat kesian mak bpk dia kalau tau kan cekbolet kan?

Shamer Amree said...

gilo!

CLOSE

Copyright reserved by Zero to Hero's Blog Edited by Caersasuke