March 22, 2013

Home » , » Nak Telefon? Fikir Sekali Lagi..

Nak Telefon? Fikir Sekali Lagi..

Minta maaf!

Aku seharusnya memohon maaf kepada semua yang bengang dengan sikap aku yang satu ni. Ada orang kata aku ni bodoh-bodoh alang sebab ‘tak reti’ nak guna telefon. Maksud ‘tak reti’ tu ialah tak gemar menjawab panggilan telefon. Ahaha, sengalnye kan? ada ke manusia macam aku ni?

Aku pun tak tahu apa masalahnya sampai aku ‘tak reti’ nak jawab call ni. Ada orang kata aku ni kedekut taik idung masin! Manakan tidak, kredit dalam handphone tu buanyak, kadang-kadang tak habis lagi dah sampai tamat tempoh. Pastu top up semula sampai tamat tempoh lagi, pastu top up lagi dan lagi dan lagi... Selain tu, setiap kali birthday kita akan dapat panggilan percuma ke nombor-nombor active-5 or something like that la gitu kan? Ah seingat aku, yang itu pun aku tak pernah guna. Tu bodoh-bodoh alang tahap tertinggi lah tu!

Sebenarnya aku prefer msg (sms/mms) than call, atau sekarang ni whatsapp lah, dah maju sikit kan.. Bukannya aku tak nak bercakap di telefon, tapi aku cepat bosan.. rasa panas je telinga bila bercakap lama-lama ni. Kalau ada pun, situasi seperti ini sering berlaku:
Telefon: Kringgg kringg kringg
Akak: Semekom,
Aku: Waalaikumsalam, ah ada apa?
Akak: Kau balik rumah mak tak malam ni?
Aku: Tak tau lagi. Tengok lah nanti...
Akak: Aku ada class... bla bla bla... Tak balik minggu ni... bla bla bla... Nanti kalau balik kirim salam mak ngan ayah je lah eh!
Aku: Ah insyaAllah. Ok la, bye.

Atau lebih buruk, bila aku betul-betul takde mood...
Telefon: Kringgg kringg kringg
Kawan: Hai awak!
Aku: Hai.
Kawan: Awak tengah buat apa?
Aku: Saya ada kerja ni awak, nanti sambung lagi k. Byeee...

Aku tahu, mungkin sikap sebegini boleh menyebabkan kemudaratan dikemudian hari, contohnya time-time emergency ke kan? So, mahu tak mahu kena jugak la aku jawab panggilan telefon yang berbunyi tu... Tapi selalunya aku tengok dulu nombor sapa yang naik. Kalau agak-agak nombor tak berkenaan memang jarang aku nak angkat la.

Mungkin ada yang kata "Eh, kau ingat kau artis?", terpulang la.. Hahaha. Even dengan family aku pun aku dingin dalam menjawab panggilan telefon, inikan pula dengan orang lain. Atas sebab tu, aku ingin memohon maaf sekali lagi lah, kalau-kalau membuatkan kau terasa dengan sikap aku yang acuh tak acuh ni. 

Jangan risau, kalau call tak jawab kau boleh msg aku. Tapi kalau msg pun aku tak jawap tu paham-paham je lah ye.....Buahaha







9 comments:

Anasyg said...

eh? kau ingat - kau artis? ha ! hehe

Mohd Ridzwan Abdullah said...

Hahhaah...itulah hakikat yg kita kena tanggung kalau dah ada yg spesel2 ni. Tak layan susah...layan pun susah. :)

Aidiel Iman said...

tulakan? bila orang yg first time kenal kita call kita, rasa macam awkward sangat. Macam nak tak nak je jawab telefon tu.

Akhelaken said...

@Anasyg huh marah betul tu gayanya.. haha

@Mohd Ridzwan Abdullah betul3X. layankan aje lee..

@Aidiel Iman eh sama eh? hehe

the malay male said...

betul tu, klu ada emergency, menyesal nnt. kena ubah habit tak nak jawab telefon tu pelan2 :-)

Situs Top Info said...

Kunjungan perdana.. semoga menjadi awal perkenalan yang baik..salam kenal dan sukses terus.

Erna Ana said...

terbalik plak...nana tak suka meseg2.. lebih suka call je terus hihihi :)

Akhelaken said...

@the malay male betul la tu. Kena ubah slow2 pasni :)

@Situs Top Info Terima ksh. slm perkenalan juga.

Akhelaken said...

@Erna Ana: terbalik pulak ea? huhu

CLOSE

Copyright reserved by Zero to Hero's Blog Edited by Caersasuke