April 1, 2013

Home » » Ibu Hadiah Yang Tidak Ternilai

Ibu Hadiah Yang Tidak Ternilai

Assalamualaikum & salam sejahtera

Sejak dulu, kami sekeluarga jarang berkumpul bersama untuk menyambut sambutan hari jadi. Kecuali di Hari Raya Aidilfitri. Maka, tak hairanlah tarikh lahir diantara kami pun aku boleh lupa, malah tak pernah ingat pun sebenarnya. Kadang-kadang timbul rasa cemburu dengan rakan-rakan yang agak berada. Bukan sahaja sambutan hari jadi, malah melancong ke luar negara pun mereka pergi!



Biasalah! waktu zaman muda remaja yang strom and stress tu, banyak berlaku pertelingkahan antara kami adik-beradik. Tidak terkecuali sesama ibu bapa sendiri. Adakalanya atas masalah yang kecil pun boleh mencetus perang yang besar. Semasa buat keputusan tu kita rasa kita je betul. Bila tidak mendapat sokongan, bila ditegur mulalah rasa berkecil hati. Lepas tu mulalah rasa macam aku ni anak pungut, bercita-cita nak melarikan diri, konon nak berdikari dan tinggal jauh daripada keluarga sendiri...


Tapi bila masing-masing dah meningkat dewasa ni, rasa tanggungjawab & kematangan tu lebih terserlah dan menjadikan perasaan kasih sayang tu semakin menebal antara kami. Kalau dulu sambutan hari guru, sekarang sambutan hari ibu nombor satu!

Aku percaya, kebanyakan dari kita mengalami fasa perkembangan yang lebih kurang sama.
Jadi tidak perlu rasa takut sebab kita semua berkongsi pengalaman yang ada. Mak aku kata kalaupun hidup kita tidak seindah kehidupan orang disekeliling, jangan sesekali buang keluarga, buang agama.. Itulah dua perkara yang menjadikan kita sebagai manusia :)

Selamat hari lahir Cik Salina engkau yang ke-47 tahun!

7 comments:

Anasyg said...

selamat hari keluarga boleh? hehe, semoga keluarga kekal happy go lucky

Akhelaken said...

@Anasyg a'ah boleh jugak :) Tq anas hehehe

Erna Ana said...

wahhh, selamat hari jadi cik salina!! hihi. semoga bertambahnya umur ini bertambah juga amalnya :')

Akhelaken said...

@Erna Ana: aamiinnn.. terima ksh :)

Aidiel Iman said...

bestnya dapat sambut birthday ngan family :)

Akhelaken said...

@Aidiel Iman tak selalu. sekali sekala jea :)

Teena Tna said...

Setuju sgt, apa2pun family come first...
Nice to see your blog, i'm just started in blogging, please do visit mine too :)

insanbiasabiasa@blogspot.com

CLOSE

Copyright reserved by Zero to Hero's Blog Edited by Caersasuke