July 9, 2013

Home » , » Mengawasi Nafsu Syahwat di Bulan Ramadhan!

Mengawasi Nafsu Syahwat di Bulan Ramadhan!

Dalam bulan yang mulia ni, tidak cukup untuk menahan diri daripada lapar dahaga semata-mata, tetapi juga berperanan mendidik mata daripada melihat perkara yang diharamkan, telinga daripada mendengar umpatan, lidah daripada menuturkan fitnah dan cacian, tangan daripada melakukan dosa dan permusuhan, kemaluan daripada melakukan kemaksiatan dan kaki daripada melangkah ke arah kejahatan dan kemungkaran.

Inilah masanya untuk melatih diri daripada melakukan perkara-perkara lagho dan maksiat yang biasanya dilakukan pada hari-hari sebelum. Dalam bulan Ramadhan ni la senang sikit nak top up iman sebab syaitan semua dah kena ikat. Yang tinggal pun adalah nafsu-nafsu manusia, terutamanya nafsu syahwat. Bulan Ramadhan ini seharusnya menjadi penguji dan pendidik kepada nafsu syahwat yang asyik ingin membara. Nafsu syahwat yang menjurus kepada syahwat seksual sentiasa cuba melepaskan diri dari kekangan Ramadhan.

Bagi yang sudah berumahtangga, apa yang Allah swt minta hanyalah jangan ‘bersama’ di siang hari Ramadhan. Ia kelihatan mudah, tapi jangan pelik dan hairan, amat ramai yang gagal. Memang benar, Allah swt maha mengetahui ramai manusia akan gagal dalam ujian tahan syahwat seks ini, justeru disediakan untuk manusia kaffarah bagi mereka menebus dosa, kesalahan dan kegagalan mereka.

Bagi yang bujang, sepatutnya tidak timbul isu kerana mereka belum berumahtangga dan belum merasa nikmat ‘bersama’. Namun, amat ramai si bujang Muslim dan Muslimah yang jatuh tewas, seburuk-buruk ketewasan itu adalah apabila mereka berzina di siang hari Ramadhan. Innalillahi wa inna ilayhi raji'un. Amat buruklah apa yang mereka kerjakan. Sekumpulan lagi tewas dengan penangan ‘tangan’ sendiri (onani). Semuanya buruk, namun menjadi lebih buruk apabila dilakukan di bulan Ramadhan, di siang harinya pula tu.

Ada tak tips yang berguna bagi mengawal nafsu syahwat agar kita tidak menjadi hamba nafsu dan bertuhankan syaitonirrojim?
  • Sibukkan diri dan sediakan jadual di Bulan Ramadhan:
  • Elakkan kekenyangan. Sebab kenyang punca kepada peningkatan nafsu syahwat. Waktu siang hari mungkin boleh dielak tetapi bagaimana pula di malam hari? So, kuncinya adalah mengawal nafsu makan. Juadah berbuka ala kadar yang mana patut, kalau dah banyak sangat, tak habis, lepas tu takut membazir, terpaksa makan kenyang.. last-last terawih pun tinggal... 
  • Seterusnya adalah menjaga mata dan pandangan. Kalau tak jaga pandangan ni takut-takut syahwat terangsang, keluar pula Mazi dan Mani. Jika di luar rumah pandangan boleh dijaga, di dalam rumah begitu juga. Contohnya ketika menonton televisyen ada keluar iklan Kak Ton yang comey tu membuatkan hati memberontak. Jangan tunggu lagi, alihkan siaran TV kepada cerita bergenre seram ke, sedih ke. Sebab secara psikologinya kita dah dapat menukar emosi dan rasa ghairah tu kepada emosi bertentangan.. (Tak boleh blah bagi contoh Kak Ton)
  • Sedangkan yang berkahwin pun kadang-kadang terlajak perahu, inikan pula yang bujang. Sila la elakkan tidur bersendirian. Lagi afdal tidur dengan mak dan adik beradik yang lain di ruang tamu. So kurang la sikit masa bersendirian di malam hari kan? Hehe. Selain tu, jauhkan diri anda dari segala ‘alat bantu mengajar’ seperti losyen, minyak rambut, sabun di bilik mandi dan bahan-bahan lain yang boleh mencetus trigger kepada diri. Muahaha... Japanese sangat! 
  • Bagi budak lelaki (budak sekolah lah biasanya) yang ada koleksi komik hentai atau majalah playboy tu pakat-pakat la buang. Kalau ye pun sayang, simpan lah dalam sudut berkunci, pastu kunci tu tanam belakang rumah atau bagi jiran simpan, tapi jangan dok cakap tu kunci apa. Buat malu kaum je. Mungkin dengan cara tu terpaksa la kau berkerja keras mendapatkannya.
  • Tips yang lain kau fikirlah sendiri nakkk... tak kuasa nak melayan.
So, inilah serba sedikit tips yang biasa diguna bagi menjamin kualiti amalan di bulan yang penuh barakah ni. Ingat! Sekali sudah terlalu banyak, seribu kali tidak mencukupi. Buat sekali pasti nak lagi, pastu menyesal tak sudah sebab nak kena ganti puasa tahun berikutnya dengan membayar kafarah zihar pulak. So, peringatan untuk diri sendiri jugak, ini baru tips mencegah nafsu syahwat. Kalau nak mencegah Seks Sebelum Nikah entry nya di SINI.

7 comments:

Anasyg said...

Tu dia...tips dia, paniang sekali tips kau jemah. kita pun x menahan dgn iklan kakton, bg kunci kat jiran, alat bantuan mengajar dan apa2 yg sama waktu dgnnya. percayalh..x teringinnya nak bersyahwat tengok iklan kak ton tu. kih2

Akhelaken said...

@Anasyg ok,boleh juga kongsikan tips anda pula ya..hehehe (Eh,kakton tu kan comeyyyyy??)

nurdani said...

banyak benda kita kena kawal. bukan setakat makan je kan. semoga kita dapat menjalankan ibadah puasa dengan baik. amin..

Akhelaken said...

@nurdani betul tu,kena betul2 pasang niat,insyaAllah kita berjaya mengharunginya..Tq follow me :)

Allya Syahirah Riff said...

good sharing. suka dgn cara penulisan :)

Fifi Nur 'Aqilah Yusof said...

setuju2 :)
jadual harian saya di bulan Ramadhan tu sangat comel, semoga kita semua dapat manfaat darinya.

p/s: Selamat berpuasa jugak ye. Selamat berbuka dan selamat terawih jugak..

fasha said...

perkongsian yang sangat sangat bagus sbenarnya,,,even bujang pun kena amik tau ni,,,kna...huuu

thanx =D

CLOSE

Copyright reserved by Zero to Hero's Blog Edited by Caersasuke