July 6, 2014

Patah

Assalamualaikum dan salam ramadhan,

Betul kata Ros, bekerja dalam sektor perubatan memerlukan kepakaran dan fokus yang tinggi. Sedikit kelalaian boleh mengakibatkan kemudaratan berterusan. Yang tak sakit mungkin akan sakit dan yang sakit bertambah sakit. Hal ini boleh jadi disebabkan doktor tersalah diagnosis penyakit ataupun pharmacist tersalah memberi ubat kepada pesakit.  Itu yang berlaku kepada emak, tangan patah.

Sudah hampir 2 minggu lebih mak jatuh, dan telah mendapatkan rawatan awal di sebuah klinik. Pengimejan diagnostik (x-ray) yang dilakukan oleh doktor di klinik itu tidak dapat memastikan keretakan tulang bahu dan engsel yang teralih sedikit. Mungkin bukan kepakarannya lalu mengandaikan ia hannya sekadar terseliuh. Jadi dalam tempoh itu mak hanya diberi ubat tahan sakit dan cuba berurut secara tradisional.

Akibat rasa sakit yang tidak kurang baiknya dan desakan ayah untuk membawa mak melakukan pemeriksaan lanjut di sebuah poliklinik barulah keretakan tulang tadi dikesan. Dan seterusnya mendapatkan rawatan di sebuah hospital untuk disimen. Mujurlah mak tidak ditahan wad dan hanya dibenarkan pulang selepas waktu berbuka pada hari itu.

Walaupun insiden ini tidak melibatkan kecederaan parah atau kehilangan nyawa, tetapi ia cukup membuatkan kami berjaga-jaga dan berhati-hati, lebih-lebih lagi ia melibatkan kedua orang tua. Aku tak dapat bayangkan kesakitan yang ditanggung oleh emak dalam tempoh itu, tidur tidak lena, makan kurang berselera, sakit perut dan sebagainya kesan akibat tidak mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

Aku sebagai model tak berbayar -.-'

Hari minggu lepas, aku pulang lagi dan terfikir untuk membelikan mak fabric sling. Aku saja memilih corak kartun agar nampak ceria dan menceriakan hari emak. Rupanya ayah terlebih dahulu membelikannya, warna biru yang klise itu~ haha. Memandangkan mak dah ada satu, so aku letak je la kat tepi. Rupanya mak guna juga yang aku beli. Terharu. 

Lebih hiba, ketika kami berkumpul berbuka ketika hari pertama berpuasa, mak tidak menyentuh kerang yang dimasaknya, mak diam aje mungkin taknak mengganggu anak-anak yang pelahap semua tak ingat dunia. Dengan tangan kanan yang sakit itu pasti menyukarkan pergerakannya, aku perasan lalu aku kopekkan dia sedikit. Aku terfikir, macamana dengan hari-hari lain ketika aku tiada?

Kini ayah menggalas tugas-tugas yang biasanya emak buat seperti membasuh, mengemas rumah dan memasak waktu berbuka. Terima kasih ayah! 

Walaupun emak suka membebel dan keras kepala, tapi dia adalah satu-satunya emak yang kami ada. Aku amat jarang dan susah menitiskan air mata tapi jika melibatkan emak, memang aku beremosi. Raya tahun ni pasti kurang meriah tanpa masakan air tangan mak, tapi tak mengapalah.. mak rehat je tak payah susah-susah masak dan jangan buat kerja berat. Doa kami semoga emak cepat sembuh ye...

February 9, 2014

JDT oh JDT

Assalamualaikum & salam sejahtera

Isu kemelut Liga Bola Sepak Malaysia, terutama yang melibatkan pasukan JDT sungguh 'hangat' diperkatakan pada masa kini sehingga menimbulkan rasa kurang selesa banyak pihak. Mari kita dengarkan komen mereka;

 photo awas_ngintip_waka.gifApa yg sgt meresahkan jiwa rakyat ialah bila phk pemerintah mengumumkan ekonomi negara sedang rancak berkembang, lambakan peluang pekerjaan, pembangunan sdg pesat dijalankan, org miskin dah xde sgt, negara lagi sipi-sipi je niiii nak capai taraf negara maju, dan pendek kata semuanya tengah baik-baik belaka lah. Pastu JDT ada game pulak malam ni, wuuu resah bukan main lagi...

 photo hula_hula.gifSebiji bola nak gaduh, kalau gaduh sebab perempuan dapat juga buat bini. Bola nak gaduh buat apa? Pening arrr..

 photo sinar_penghancur.gifSegelintir orang melayu tak habis-habis emosi...tak tau pangkal cerita dah buat justifikasi sendiri, belum cite politik lg. X kisah la jd macai bola, macai politik...kesemuanya nmpk bodoh sbb menyokong membabi buta.

 photo ngupil.gif Jangan kata bola sepak je.. tp sume sukan.. kita bersukan utk sihatkan bdn n tambah kawan. bkn cari musuh

 photo jurus_patok_ayam_wakaka.gifAlahai bolasepak, setakat tendang telo tak berapa nak ganas pon. Kalau nak tengok aksi ganas better tengok gusti...


Aku suka yang the second last punya komen tu. Betul, kita bersukan untuk menyihatkan badan dan tambah kawan, bukan cari musuh. As a Johorean we are aware about that. Poyo ke, Lanun ke, Penyangak ke and what so on are u addressing us, we're cool bro! Tapi kalau ianya melibatkan our lovely TMJ seriously as a Johorean, kami tak boleh terima!


Tahukah kamu TMJ yang kamu caci tu berasal dari susur galur kerabat Diraja Johor dan Perak. TMJ berpengalaman dalam Angkatan Tentera India (IMA) dan disanalah beliau belajar selok belok kepimpinan serta dianugerahi pelbagai pangkat anugerah kerana menyerlah melalui kepimpinannya. 

Berbanding ayahandanya Sultan Ibrahim yang mempromosikan Johor dengan Kembara Mahkota Johor, TMJ come up dengan idea penyatuan rakyat Johor melalui sukan bola sepak. Dan ianya berhasil! TMJ telah membuka mata banyak pihak setelah mengambil alih Persatuan Bola Sepak Johor dan telah membuat perubahan besar terhadap bola sepak Johor ke arah yang lebih profesional dan kini merupakan Presiden kepada JDT Fc.

Kami mendoakan kedaulatan sultan kami, kesejahteraan rakyat negeri kami. Cuma kami mohon hentikan menuding jari kepada kerabat diraja kami, simbol kepada perpaduan rakyat secara umumnya dan agama Islam khasnya. Sedih, layanan yang kami berikan keatas rakyat negeri lain disini sememangnya baik, namun kerana sebiji bola kita rela berpecah-belah :'(

CLOSE

Copyright reserved by Zero to Hero's Blog Edited by Caersasuke