January 15, 2013

Home » , » Cara Buang Word Verification & Buat Komen Pop-up Pada Blog

Cara Buang Word Verification & Buat Komen Pop-up Pada Blog

Assalamualaikum & salam manis tanpa gula,


Panjang pulak tajuk entri....
Eh, ini hari aku nak buat tutorial sikit la, boleh tak? Sebenarnya aku ni bukan pro sangat pun bab edit-edit blog ni, yang basic-basic tu ok la.. Dan aku tak terfikir pulak nak buat blog tutorial, sebab apa-apa masalah kau boleh je refer kat google.

Tapi untuk masalah ni sebenarnya adalah masalah aku sendiri. Mungkin bukan masalah kau, sebab mungkin kau tak de masalah pun dengan masalah ni. Oleh tu aku terpaksa la buat tutorial ni. Kalau tidak, aku pun tak hingin la nak buat! (Eh, kau dah kenapa meroyan ni setan?)

Kejap ea, aku nak tanya kau ni. Kau tau tak apa itu word verification? Ni ha menatangnya:

Sebenarnya takda la besar mana masalahnya pun, cuma aku ni biasanya suka bagi komen bila sesekali blogwalking tu. Tapi the problem is, word verification for comment ni membuatkan mata aku kecik besar! kecik besar! kecik besar! nak baca apa la tulisan yang terpapar kat situ tu ha. Dah lah aku ni OKU! Last-last kalau aku geram aku kasi pangkah je, tapi kalau aku baik hati aku tegur la jugak. Bukan salah ibu mengandung maaa, aku tau kadang-kadang korang pun tak perasan benda ni sebab kalau log in blog sendiri dia memang tak nampak masalah ni. Serius!

So, kalau agak-agak korang kesian kat aku boleh lah ikut tutorial ni, dan secara tak langsung blog korang pun akan 'mesra rakyat' jugak, sebab tak de la leceh sangat orang yang gedik macam aku ni nak mengomen kat blog kau tu. Tak kan kau taknak orang datang komen kat entri blog kau kan, mustahil!

Langkah-langkah membuang word verification:

1) Sign in akaun blogger

2) Dashboard >> Settings >> Posts and comments >> Show word verification? >> Sila klik pada "No" (Rujuk gambarajah di bawah, #2)


Eh, cop! Sebelum save tu, untuk kasi lebih mantap, lagi best rasanya kalau kau kasi blog korang tu pop up comment! Pop up ni dia akan buka satu page baru just for comments sahaja, so takde la lambat sangat aku nak tunggu loading page blog ko tu. Bukan aku salahkan blog ko berat ke hapa, tapi salah broadband  murahan aku ni line dia slow gila, gila pun tak slow macam ni. Apepun takboleh!

Ok, untuk buat pop up comments:

3) Pada soalan "Comment Location?" Ok pada soalan itu, klik pada 'Popup window'. (Rujuk gambarajah di atas, #1)

4) Klik Save & DONE!.

Siap! Senang je kan? Semudah ABC. Secara tak langsung ada dua tutorial kat sini. So, dua kali lah kau kena klik iklan kat bawah ni. Buahaha. Sukahati aku je nak suruh-suruh, dah la tadi marah-marah kan? Nak bagi ilmu pun nak marah-marah. Alah marah itu kan tandanya sayang, OMG!


p/s: Ok sekarang aku bukak sesi soal-jawab. Kalau kau ada apa-apa soalan kau boleh tanya. Kalau aku dapat jawab aku jawab. Kalau aku tak jawab tu tandanya aku tak dapat jawab la, huhu. Ok, Happy blogging!


17 comments:

Edy Fee said...

hrap semua blogger buang code tu.leceh aku nak taip..

Akhelaken said...

dorang xperasan kot? sbb xda yg menegur..hehe.Releks2 jgn marah2 Edy Fee huhu

AFNI said...

kdg2 code tu buat org mls nk komen

Aidiel Iman said...

kan? nyampah bila nak komen je tak boleh. rasa macam tak ikhlas nak komen. hehe

Nick Nashram said...

kebanyakkannye blogger baru yg x buang benda tu..maklom la,diorang x tau dan takde org gtau..hahah

Akhelaken said...

@Afni: a'ah tu la pasal.. kdg2 hangin je sbb dah komen panjang2.hehe

@Aidiel Iman: tu la pasal kena tegur2, sharing is caring huhu

@Nick Nashram: setuju dgn Nick,kebiasaannya diorg tak tau..sbb itu lah..

abelxheer said...

paling menyampah kena taip code .bila tak jadi ,dia 'try another captcha' wadehel betul

abelxheer said...

kahkah kau baru perasan aku punya pun ada =..=

abelxheer said...
This comment has been removed by the author.
Hans said...

saya dah lama buang
kan?
hehehe

Akhelaken said...

@abelxheer: dah tau tu, so apa lagi?? hehe...

@Hans: Alamak! blogger hebat dtg komen.. hehe. Hans dah mesra rakyat sgt la tu bro :)

fadh leyanie said...

hilang niat pembaca nak komen kalau kna typing code2 kecik besor tu.

nadia farhana said...

kebanyakkan blogger tak perasan word verification tuu :)

Ros said...

Assalamualaikum,

Kak Ros setuju dengan fadh leyanie tu he.he...Kak Ros selalunya taip code tu tak betoi he.he..

Akhelaken said...

@fadh leyanie: haha, kejap kecik kejap besor.. senoneng jap kepala :P

@nadia farhana: tu lah nak kena bagitahu.. kesian kat pengomen :'(
Eh,komen blog awk Full page & bukan pop-up kan? kalau tak silap la...

@kak ros: sama la kita~ hehe

Anasyg said...

:) skang dah bertutor lah dia ni ... kudos !

Akhelaken said...

@Anasyg tutorial utk kepentingan peribadi semata ni nas,haha :D

CLOSE

Copyright reserved by Zero to Hero's Blog Edited by Caersasuke