Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Tak dinafikan aku memang hantu asam pedas, tapi kalau ikutkan kat rumah aku biasanya Cik Salina engkau selalu masak ikan asam pedas je kan. So, sempena bulan ramadan ini, aku try ubah selera dengan menggunakan ayam pulak, pastinya Cik Salina engkau terkejut malah berbangga bahawa anak bujangnya bukan sahaja reti memasak megi semata-mata. Haha.
Tak kan la sebulan kau puasa sebulan kau nak ke bazar ramadan kan? Seperti biasalah, tekak aku ni tekak javanese, jadi aku prefer masakan orang kampung than Italian dish; pasta, lasagna, spaghetti bagai. Dah nama pun berbuka puasa, makan nasik la best! Hehehe
Tak kan la sebulan kau puasa sebulan kau nak ke bazar ramadan kan? Seperti biasalah, tekak aku ni tekak javanese, jadi aku prefer masakan orang kampung than Italian dish; pasta, lasagna, spaghetti bagai. Dah nama pun berbuka puasa, makan nasik la best! Hehehe
Sedikit informasi, resepi ini telah disponsor oleh Cik Puan Maz. Thank you Maz!
Aha macam ni la rupenye ayam asam pedas yang siap tu, lupa pulak aku nak amik gambar hasil titik peluh aku tu, so aku grab gambar google je la.. Hehe. Credit gambar to: http://www.tiffinbiru.com
Ok, kalau sudah terliur jom sediakan bahan-bahan seperti dibawah:
Bahan
1.Seekor ayam di potong 14 (Suka potong kecil supaya cepat empuk & mesra gitu)
2.Jus asam jawa
3.Garam & serbuk perasa (secukup rasa)
4.Minyak masak (5 sudu makan)
5.Daum kesum
Bahan untuk menumis (dikisar halus)
1.Lada kering (lebih kurang segenggam/50 gram)
2.Bwg putih 2 ulas
3.Bwg kecil 6 ulas
4.Bwg besar 1 biji
5.Kunyit (2 inci)
6.Halia (2 inci)
7.Lada hitam (1 sudu makan)
Cara-cara:
- Lada kering digunting dan direbus barang 4-5 minit bagi membuang bijinya, kemudian buang airnya
- Lada kering tadi bersama bahan-bahan menumis dikisar (campurkan secawan air masak bersama)
- Panaskan minyak dalam periuk
- Masukkan bahan yang siap dikisar. Kacau-kacau barang 15-20 minit sehingga pecah minyak. Pecah minyak tu maksudnye macam larva gunung berapi. Kawal dan slow-kan api.
- Masukkan ayam.
- Masukkan air barang 8 cawan. Pastikan air/kuah meliputi ayam tadi dan biarkan ayam terendam.
- Masukkan jus asam jawa basuhan pertama. Kawal api. Tutup periuk dan biar mendidih.
- Masukkan garam sesudu kecil/secukup rasa. Boleh letak serbuk perasa jika berminat. Dan masukkan daum kesum.
- Masukkan jus asam jawa basuhan kedua, tutup periuk dan biar mendidih. Cucuk ayam guna garfu utk pastikan ayam betul-betul masak/empuk. Matikan api.
- Hidangkan bersama milo ais.
P/s: Sebagai bahan sampingan boleh juga dimasukkan sayur seperti bendi/tomato/kentang jika berminat..
Senang kan? Jadi apa lagi, selamat mencuba dan selamat menjamu selera!





