August 24, 2011

Home » , , » Asal Usul Jalur Gemilang Terbongkar!

Asal Usul Jalur Gemilang Terbongkar!

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan 31 Ogos, marilah kita sama-sama kibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda cintakan tanah air. Namun, disebalik kibaran tersebut masih ramai yang tidak mengetahui asal usul terciptanya bendera Jalur Gemilang tersebut.. 
Mohamed Hamzah satu nama yang tidak begitu di kenali di kalangan rakyat Malaysia dan ramai tidak menyedari bahawa beliau adalah perekacipta Jalur Gemilang. Mohamed, yang dilahirkan pada 5 Mac 1918 sebelumnya bekerja sebagai seorang pembantu teknik di Jabatan Kerja Raya (JKR), Johor Bahru telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 19 Februari 1993 dalam usia 75 tahun. Ketika itu, negara sudah melupakan jasanya, malah jauh sebelum itu lagi tidak pernah dinyatakan di mana-mana mengenai sumbangannya sebagai penghargaan. Hanya pada 2004, usaha mengesannya dilakukan oleh mereka yang pernah bertugas dalam satu jabatan dengan Allahyarham. Akhirnya ciptaan Mohamed disahkan berikutan hasil lakaran bendera yang dicipta di atas kertas kalis air (tracing paper) berukuran A4 berserta tandatanganya, dijumpai dalam timbunan lebih 5,000 lakaran di stor kejuruteraan JKR, Kebun Teh, Johor Bahru.

Sebelum penemuan itu, ada beberapa individu tampil mengaku bahawa Jalur Gemilang adalah hasil rekaan mereka. Antaranya, seorang bekas wartawan radio Suara Amerika, di RTM, Ali Munawar mendakwa bendera itu dicipta oleh seorang penggiat seni, Allahyarham Idris Rauf pada 1948. Beliau menambah, disebabkan sifat patriotik dan cintakan negara, Mohamed menyertai pertandingan merekacipta Bendera Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1949 yang dianjurkan selepas pembatalan Malayan Union. Sebanyak 373 corak bendera diterima oleh Jawatankuasa Khas pertandingan dan tiga rekabentuk telah dipilih untuk dinilai di peringkat akhir dengan dipaparkan kepada rakyat melalui suratkhabar ‘Malay Mail’. Mohamed menghantar empat rekabentuk dengan dua daripada ciptaannya dipilih ke peringkat akhir. Akhirnya rakyat pula setuju memilih rekabentuk ciptaan Mohamed sebagai bendera negara. 

Ketika itu, Dato’ Onn Jaafar yang juga Menteri Besar Johor, telah berkunjung ke kediaman Mohamed di Jalan Ungku Puan, Johor Bahru dan mencadangkan Mohamed agar mengubahsuai sedikit rekaan bentuk bintang lakarannya kepada 11 bucu. Beberapa pengubahsuaian turut dibuat ke atas lakaran asal bendera seperti menukar warna putih pada bulan dan bintang kepada warna kuning bagi melambangkan warna DiRaja. Majlis Raja-Raja yang bersidang pada 22 dan 23 Februari 1950 telah memberi perkenan kepada rekabentuk bendera berkenaan dan dua bulan berikutnya, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara. 

Satu majlis mengibarkannya buat pertama kali dilakukan di bawah anjuran Pesuruhjaya Tinggi British pada 16 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh Raja-Raja Melayu. Namun sekarang, ia mengandungi 14 jalur merah putih melambangkan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna biru tua pula melambangkan perpaduan rakyat, manakala anak bulan sebagai tanda Agama Islam iaitu agama rasmi negara.


1 comment:

Dj Surendeng said...

bangsa yang besar adalah bangsa yang bisa menghargai jasa para pahlawannya....

reka cipta bendera suatu tindakan patriotisme.. dan wajib dihargai...

CLOSE

Copyright reserved by Zero to Hero's Blog Edited by Caersasuke