July 6, 2014

Patah

Assalamualaikum dan salam ramadhan,

Betul kata Ros, bekerja dalam sektor perubatan memerlukan kepakaran dan fokus yang tinggi. Sedikit kelalaian boleh mengakibatkan kemudaratan berterusan. Yang tak sakit mungkin akan sakit dan yang sakit bertambah sakit. Hal ini boleh jadi disebabkan doktor tersalah diagnosis penyakit ataupun pharmacist tersalah memberi ubat kepada pesakit.  Itu yang berlaku kepada emak, tangan patah.

Sudah hampir 2 minggu lebih mak jatuh, dan telah mendapatkan rawatan awal di sebuah klinik. Pengimejan diagnostik (x-ray) yang dilakukan oleh doktor di klinik itu tidak dapat memastikan keretakan tulang bahu dan engsel yang teralih sedikit. Mungkin bukan kepakarannya lalu mengandaikan ia hannya sekadar terseliuh. Jadi dalam tempoh itu mak hanya diberi ubat tahan sakit dan cuba berurut secara tradisional.

Akibat rasa sakit yang tidak kurang baiknya dan desakan ayah untuk membawa mak melakukan pemeriksaan lanjut di sebuah poliklinik barulah keretakan tulang tadi dikesan. Dan seterusnya mendapatkan rawatan di sebuah hospital untuk disimen. Mujurlah mak tidak ditahan wad dan hanya dibenarkan pulang selepas waktu berbuka pada hari itu.

Walaupun insiden ini tidak melibatkan kecederaan parah atau kehilangan nyawa, tetapi ia cukup membuatkan kami berjaga-jaga dan berhati-hati, lebih-lebih lagi ia melibatkan kedua orang tua. Aku tak dapat bayangkan kesakitan yang ditanggung oleh emak dalam tempoh itu, tidur tidak lena, makan kurang berselera, sakit perut dan sebagainya kesan akibat tidak mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

Aku sebagai model tak berbayar -.-'

Hari minggu lepas, aku pulang lagi dan terfikir untuk membelikan mak fabric sling. Aku saja memilih corak kartun agar nampak ceria dan menceriakan hari emak. Rupanya ayah terlebih dahulu membelikannya, warna biru yang klise itu~ haha. Memandangkan mak dah ada satu, so aku letak je la kat tepi. Rupanya mak guna juga yang aku beli. Terharu. 

Lebih hiba, ketika kami berkumpul berbuka ketika hari pertama berpuasa, mak tidak menyentuh kerang yang dimasaknya, mak diam aje mungkin taknak mengganggu anak-anak yang pelahap semua tak ingat dunia. Dengan tangan kanan yang sakit itu pasti menyukarkan pergerakannya, aku perasan lalu aku kopekkan dia sedikit. Aku terfikir, macamana dengan hari-hari lain ketika aku tiada?

Kini ayah menggalas tugas-tugas yang biasanya emak buat seperti membasuh, mengemas rumah dan memasak waktu berbuka. Terima kasih ayah! 

Walaupun emak suka membebel dan keras kepala, tapi dia adalah satu-satunya emak yang kami ada. Aku amat jarang dan susah menitiskan air mata tapi jika melibatkan emak, memang aku beremosi. Raya tahun ni pasti kurang meriah tanpa masakan air tangan mak, tapi tak mengapalah.. mak rehat je tak payah susah-susah masak dan jangan buat kerja berat. Doa kami semoga emak cepat sembuh ye...

February 9, 2014

JDT oh JDT

Assalamualaikum & salam sejahtera

Isu kemelut Liga Bola Sepak Malaysia, terutama yang melibatkan pasukan JDT sungguh 'hangat' diperkatakan pada masa kini sehingga menimbulkan rasa kurang selesa banyak pihak. Mari kita dengarkan komen mereka;

 photo awas_ngintip_waka.gifApa yg sgt meresahkan jiwa rakyat ialah bila phk pemerintah mengumumkan ekonomi negara sedang rancak berkembang, lambakan peluang pekerjaan, pembangunan sdg pesat dijalankan, org miskin dah xde sgt, negara lagi sipi-sipi je niiii nak capai taraf negara maju, dan pendek kata semuanya tengah baik-baik belaka lah. Pastu JDT ada game pulak malam ni, wuuu resah bukan main lagi...

 photo hula_hula.gifSebiji bola nak gaduh, kalau gaduh sebab perempuan dapat juga buat bini. Bola nak gaduh buat apa? Pening arrr..

 photo sinar_penghancur.gifSegelintir orang melayu tak habis-habis emosi...tak tau pangkal cerita dah buat justifikasi sendiri, belum cite politik lg. X kisah la jd macai bola, macai politik...kesemuanya nmpk bodoh sbb menyokong membabi buta.

 photo ngupil.gif Jangan kata bola sepak je.. tp sume sukan.. kita bersukan utk sihatkan bdn n tambah kawan. bkn cari musuh

 photo jurus_patok_ayam_wakaka.gifAlahai bolasepak, setakat tendang telo tak berapa nak ganas pon. Kalau nak tengok aksi ganas better tengok gusti...


Aku suka yang the second last punya komen tu. Betul, kita bersukan untuk menyihatkan badan dan tambah kawan, bukan cari musuh. As a Johorean we are aware about that. Poyo ke, Lanun ke, Penyangak ke and what so on are u addressing us, we're cool bro! Tapi kalau ianya melibatkan our lovely TMJ seriously as a Johorean, kami tak boleh terima!


Tahukah kamu TMJ yang kamu caci tu berasal dari susur galur kerabat Diraja Johor dan Perak. TMJ berpengalaman dalam Angkatan Tentera India (IMA) dan disanalah beliau belajar selok belok kepimpinan serta dianugerahi pelbagai pangkat anugerah kerana menyerlah melalui kepimpinannya. 

Berbanding ayahandanya Sultan Ibrahim yang mempromosikan Johor dengan Kembara Mahkota Johor, TMJ come up dengan idea penyatuan rakyat Johor melalui sukan bola sepak. Dan ianya berhasil! TMJ telah membuka mata banyak pihak setelah mengambil alih Persatuan Bola Sepak Johor dan telah membuat perubahan besar terhadap bola sepak Johor ke arah yang lebih profesional dan kini merupakan Presiden kepada JDT Fc.

Kami mendoakan kedaulatan sultan kami, kesejahteraan rakyat negeri kami. Cuma kami mohon hentikan menuding jari kepada kerabat diraja kami, simbol kepada perpaduan rakyat secara umumnya dan agama Islam khasnya. Sedih, layanan yang kami berikan keatas rakyat negeri lain disini sememangnya baik, namun kerana sebiji bola kita rela berpecah-belah :'(

January 14, 2014

Selawat Nabi dan Terjemahan


صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad

صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad

صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi

يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Wahai Nabi salam atasmu

يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Wahai Rasul, salam atasmu

يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Wahai kekasih, salam atasmu

صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ
Selawat Allah ke atasmu

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا
Bulan purnama menyinari kita

فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ
Hilang segala cahaya

مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا
Indah menawan tak pernah dilihat

قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ
Wajah gembira sepanjang hayat

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ
Kaulah matahari, kaulah bulan

أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ
Kaulah cahaya mengatasi cahaya

أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي
Kaulah rahsia hidup mulia

أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ
Kaulah menyuluhi jiwa

يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد
Wahai kekasihku, ya Muhammad

يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ
Wahai pendamping indah sejagat

يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ
Wahai Nabi dijulang dipuja

يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ
Wahai imam 2 kiblat

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد 
Bahagialah orang memandang wajahmu

يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ
Wahai penghulu keturunan mulia

حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد
Kolam airmu sejuk jernih

وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ
Kunjungi kami pada hari akhirat

مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ
Sepanjang malam unta berjalan

بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ
Tiada berhenti rindukanmu

وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ
Engkau dipayungi awan putih

وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ
Dan Malaikat sama berselawat

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى
Allah mengetahui rahsia sulit

مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ
Dialah menyahut semua seruan

رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا
Wahai Tuhan Rahmatilah kami

بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ
Dengan segala amalan soleh

وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد
Selawat Allah ke atas Muhammad

عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ
Sebanyak baris kertas ditulis

أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد
Ahmad Muhammad petunjuk jalan

صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ
Empunya wajah berseri menawan

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad

صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad

صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ 
Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya


Terjemahan selawat dalam bahasa inggeris :

Salutations On You, O Prophet
Salutations On You, O Messenger Of Allah
Salutations On You, O Beloved
Blessings Of... Allah Be Upon You.

A Full Moon Rises Over Us
The Other Moon Disappears
We Never Saw The Like Of Your Beauty
O Face Of Gladness

You Are The Sun, You Are The Moon
You Are Light Upon Lights
You Are Gold And Even More Priceless
You Are The Light Of Hearts

O My Beloved, O Muhammad
O Star Of East And West
O Star Of East And West
O Leader Of Both Qiblats

Whoever Sees Your Face, Gets Happiness
O The Kind One To Both Parents
Your Clear And Cool Fountain
Is Our Goal On The Day Of Reckoning

The Knower Of The Secret And Even More Hidden
One Who Accepts Supplications
O Lord Forgive Us All
For The Sake Of All The Good Deeds

November 24, 2013

GB

Assalamualaikum & salam sejahtera

Ops, lama tak bersua. Relevan lagikah blog ni dimata kalian?...
Kalian? Siapa kalian? Pembaca semua dah lari kot, yang ada cuma aku dan kucing aku kat sebelah ni yang dok menung tuan dia membebel sorang-sorang -.-'

Ahh..persetankan itu semua. Kau tahu kenapa susah betul aku nak update blog ni? Biasalah, batas waktu kala bekerja. Hari-hari kerja. Siang kerja, malam pun kerja. Kerja, kerja, kerja nak kumpul duit kawin. Malas pun iya sebenarnya. Haha. Sejak berpindah bilik ni nak akses internet memang susah, tapi sekarang dah ada line so bolehlah aku 'action' sikit! Hahaha

Oh, lupa. Pelancaran group baru diberi nama GB, stand for Gay Boys eh silap, Geng Bijak (bijaklah sangat!). Kalau time rehat memang kat sini lah tempat dituju. Cerita kami bukan basa basi. Masing-masing punyai matlamat dan cerita yang sama. It's all about money-money-money!

Kalau para wanita makan makanan yang bergizi, kami hanya mampu makan megi. Megi pun berkongsi :'( Kesian tak kesian la kan. hahaha. Dah sepurnama lamanya, ini tak boleh jadi! Kami mesti berbuat sesuatu!

Apa yang kami boleh buat untuk meningkatkan pendapatan isi rumah? aiseh.. Banyak! banyak sebenarnya idea yang diutarakan. Ada yang nak jadi broker saham, ada yang nak jadi penyanyi jalanan macam Tegar dan memuatnaik video youtube, ada yang nak bela kucing servis grooming/mating/etc, ada yang nak buka bengkel motor/kereta, ada yang nak part time 7E/pam minyak/warung mamak, ada yang nak macam-macam lagilah!

Akhirnya ini pilihan kami; Jeng-jeng-jenggg!!!

Inilah percubaan buat julung kalinya setelah hampir sepurnama tu. Apa tu? rahsianya akan dibongkar selepas ini.. (malas lagi..) Nantilah aku cerita, kasi suspense sikit..huhu


June 1, 2013

Trip To Langkawi

Assalamualaikum & Salam sejahtera!

Pada 24, 25 & 26 Mei yang lepas aku join trip ke Langkawi.. murah je RM50, disebabkan murah tu lah aku join! Dan disebabkan murah itu juga lah banyak berlaku perkara yang diluar jangkaan kami.. buahaha...

So, meh aku tunjuk gambar kenangan kami di sana. Jom cuti-cuti Malaysia!


Sebaik selesai solat Jumaat, kami berkumpul di opis around 3 petang. Muka masing-masing berzemangat waja pada masa ni! Oh ya, perjalanan mengambil masa lebih kurang 12 jam perjalanan. So, tak hairanlah aku awal2 lagi dah keluarkan selimut hijau. Kihkihkih..

Tips: disebabkan perjalanan yang panjang itu, dinasihatkan korang memakai pakaian yang selesa bermula dari rumah. Terus sahaja niat bermusafir, nanti mudah untuk membuat solat jamak. Oh ya, jgn lupa baca doa menaiki kenderaan :)


Kami tiba di Kuala Perlis kira-kira jam 5 pagi. Suasana masih gelap waktu tu, singgah di Masjid Jamek Al-Hussain untuk bersihkan diri, solat subuh dan bersiap untuk bertolak ke jeti! Masjid ni seolah-olah terapung sewaktu air pasang, subhanallah! Eh, itu dia ferry kita dah sampai..


Disini bermulanya triller episode, berlaku salah faham menyebabkan tiket feri yang ditempah awal HABIS! Disebabkan pihak pengurusan tidak mahu bertanggungjawab, maka kami terpaksa menunggu beberapa jam untuk the next ferry. Cobaan...

Tips: jangan lupa booking tiket awal. Make sure double confirm pada pihak pengurusan, dapatkan nama & hp no yang boleh dihubungi ok. Yang bawak baby tak perlu bayar harga dewasa.. tp kenapa aku tak dapat harga baby? kan aku baby face.. aha lawaknye, lawaknye...


Jyeah, Langkawi i'm coming! Naik feri ni boleh tahan lama jugak. Ada dalam 1jam setengah kalau tak silap aku. Dari kejauhan tu kami nampak burung helang melambai-lambaikan sayapnya.. Berhenti rehat dan makan dolu~


Selepas check in home stay (lupa nama tempat tu) kami bersiap-siap untuk shopping! Tapi aku tak la, aku window shopping je kat sini hihi. Idaman Suri tempat popular untuk beli pinggan mangkuk 'akopal' murah-murah terbaik dari ladang. Syurga bagi makcik-makcik. hehe..

Tips: sediakan peruntukan untuk membeli pinggan mangkuk, jangan lari bajet! Coklat & cenderahati tak perlu beli disini..

Malam tu kami jalan lagi ke bangunan Haji Ismail Group, kat sini popular bagi penggemar coklat. Selain itu, rokok murah dan air kencing syaitonirrojim pun banyak dijual disini. Maklumlah, Langkawi bebas cukai kan. Suasana malam di situ mengingatkan aku kepada Kampung Air di Kota Kinabalu Sabah, cumanya takde mutiara je kat situ.. huhu


Kalau hari pertama shopping, maka hari kedua adalah lawatan ke tempat bersejarah. Tak lain tak bukan "Kota Mahsuri". Kat sini boleh tengok rumah peninggalan Mahsuri, Beras terbakar, Perigi Mahsuri, Mahsuri's memorial yang punyai kaitan dengan supernatural power, dongeng atau lagenda tu kena tanya pakar sejarahlah okay..
Cuba teka, darah Mahsuri warna merah ke putih?


Banyak bergambar je ni, bosan gila lagi-lagi muka aku.. huhu. Ketiak dah basah ni, so kami mengambil keputusan untuk pulang ke home stay. Ingatkan dapat pergi Cable Car & Suspension Bridge, tapi masa tak mengizinkan.. huaa...


Alphard Hijau ni banyak berjasa pada kami sepanjang tempoh lawatan. Kat dalam alphard hijau ni jugak aku temui cinta sejati.. Eh! eh! eh! apa aku merepek ni :P


Balik ke pangkal jalan...
Okay, nampaknya bukan setakat Coklat Daim sahaja yang familiar dengan Langkawi, malah minyak gamat, buah pelam harum manis, pinggan mangkuk, barangan craft boleh dijadikan cenderahati kepada keluarga. Maklum lah, pelancongan bajet ciput, tak banyak lah tempat yang boleh dilawati. 

So, lepas ni aku bercadang untuk ke Dayang Bunting Island, Wildlife & Snake sanctuary, Crocodile farm, Underwater World, Temurun & Seven wells waterfall, dan aktiviti-aktiviti mencabar lain seperti scuba diving, surfing, mandi manda di pulau-pulau dan naik cable car..

Dah nak balik tu masing-masing daripada satu beg jadi tiga beg. Penangan Idaman Suri la ni! Konon pelancongan bajet lah sangat kan. Hihi. So, tips terakhir adalah ukur baju dibadan sendiri. Jaga kesihatan dan keselamatan sepanjang percutian. Selamat cuti-cuti Malaysia!


March 5, 2013

Rahsia MLM dan Cara Menolaknya

Assalamualaikum & salam sejahtera

Di entry lepas (Klik Sini) aku ada kongsikan pengalaman hampir terjebak dengan salah sebuah program MLM (Multi Level Markening) tak perlulah aku cakap nama MLM tu. Sebenarnya bukanlah aku nak condemn mana-mana program MLM ni, tapi realitinya kebanyakan dari mereka menggunakan kaedah manipulasi dan head hunting untuk merekrut downline. Sepatutnya dalam sesebuah perniagaan, fokus utama kepada perkhidmatan atau kualiti barang, contohnya seperti Amway, Avon, Tupperware (sekadar contoh MLM yang memfokuskan kepada kualiti barang) bukannya produk ntah hape-hape! Dah lah produk ntah hape-hape, harga tak munasabah langsung.. Aku faham kebanyakan program MLM ni mereka mewujudkan produk “sekadar ada” sebab apa? Sebab kalau tak de produk tu dah dikira sbg Skim Cepat Kaya! That was totally scam..

Nampak tak kat sini, produk tu untuk tutup sebelah mata je, padahal yang diagung-agungkan adalah pelan pemasaran/sistem networking mereka iaitu untuk merekrut ahli bawahan. Sebab apa nak rekrut kaki? Sebab keuntungan berlipat ganda tu wujudnya daripada modal yang dilaburkan oleh mereka.. sebab tu lah, antara soalan lazim yang akan di soal adalah;
http://www.emocutez.com "pernah buat loan tak? Kerja apa, gomen? Kalau gomen memang senanglah nak buat loan dengan Bank Rakyat! Memang kau orang yang ‘terpilih’ untuk join bisnes ni! Macam ni lah prospek yang berpotensi! Kalau orang kerja-kerja biasa ni, hmmmm... "(fikir 2-3 kali)

Nampak tak? Kalau mereka kata nak membantu orang yang lemah, nak membantu orang melayu, itu semua POYO!!! Lepas tu, kalau tak jadi nak join, ayat lazim mereka adalah;
http://www.emocutez.com“Inilah orang melayu, berfikiran sempit! Bodoh sombong! Suka dengar cakap orang, buat lah dulu baru tahu! Bill Gates pun tak kaya sekelip mata laaa...”

Lepas tu, dia punya pung pang pung pun boleh tahan jugak!
http://www.emocutez.com“sistem kamilah yang terbaekkk! Ramai yang dah berhenti kerja dan buat bisnes kami ni secara full time! Ada Doktor, Polis, Guru, Ustaz pun ada! Sebab apa diorang berhenti kerja? Sebab kerja lama banyak karenah birokrasi, stress lama-lama burn out, dah lah gaji sikit! Masa dengan keluarga pun tak ada, tengok kami ni rilek je.”

Paling aku tak boleh blah ada yang cakap gini kat aku;
http://www.emocutez.com“kau tu kerja dengan penagih, tak mustahil satu hari nanti kau jadi penagih macam diorang. Aku tengok banyak ‘nombor cermin’ ada pada tarikh lahir kau ni!”
Amboi, aku rasa macam nak kakikan aje, nasib baik aku bukan Israel!

Kalau kita tanya pasal halal haram produk ni agak-agak apa mereka jawab?;
http://www.emocutez.com“Apa nak ditakutkan? Kami ada sijil halal bro! Ustaz polan bin polan pun join. Takkan lah ustaz tu tak boleh bezakan yang halal dan haram?” 
Weh sini jap aku kasitau, bukan sebab ada ustaz join kau boleh cop ianya halal. Ustaz pun manusia jugak bukan malaikat. Kadang-kadang dia main sebut je nama ustaz polan tu padahal ustaz tu tak tahu menahu pun pasal MLM ni. Terus aku teringat pasal Pegawai Farmasi yang aku jumpa tempohari. Aku ada terserempak dengan dia masa naik opis mereka malam tu, so ada sorang member ni duk pung pang dengan aku Pegawai Farmasi tersebut dah lama join bisnes ni.. Then, bila aku jumpa face-to-face dengan Pegawai Farmasi tu dia menafikan! Bijak kau mendaah kat situ! Tapi yang bagusnya bisnes ni menjadikan kami kamcing, dan menambah pengetahuan aku untuk mengkaji lebih dalam lagi from A-to-Z.
http://www.emocutez.com"So nampak tak bagusnye bisnes kami ni? Kalau bukan bisnes kami ni kau tak kenal pun kawan tu, pastu kau ada percambahan ilmu lagi..... kan? kan?"

Dan memang tak dinafikan, ada jugak yang berjaya dengan program MLM tersebut.
Sebab apa? sebab dia antara orang terawal yang join MLM tu & dalam masa sama ramai yang telah terpengaruh untuk menjadi downline dia. Tapi kau kena ingat, tak semua orang mampu untuk keluarkan modal berpuluh-puluh “K” tu sepertimana yang kau buat.
http://www.emocutez.com “Kita ada cara untuk usahakan modal tu. Banyak cara! Nanti kami ajar! Si polan tu ha, first time join bisnes kami ni sehelai sepinggang, tapi dia usaha buat jugak. Tengok, sekarang dia dah berjaya!”


MLM Tidak Haram, Jika:
  1. Produk yang halal (Produk halal tapi harga berpatutan tak? Ada unsur pembaziran tak?)
  2. Jujur & tidak menipu (Kalau dah join, nak tarik diri dapat tak 90% dari modal?)
  3. Tiada penindasan & penganiayaan (manipulasi? Skim piramid infiniti?)

Sebenarnya, aku tak berkuasa untuk menjatuhkan hukum halal haram kepada program MLM ni. Sebab kalau nak ikutkan halal haram, gaji kita dalam bank, investment, dividen, beli rumah/kereta/tanah, semua tu boleh dipertikaikan. Tapi kita ada hak untuk memilih! Kalau kau rasa bisnes ni boleh buatkan kau kaya cepat, kau yakin dan atas kerelaan sendiri untuk buat. Aku pun tiada hak untuk menghalang! Yang penting kau faham dan tengok guideline Garis Panduan Perniagaan Jualan MLM Menurut Syariah (Klik Sini). Sesuai ke tidak?

Tak ramai mereka yang rugi dalam bisnes MLM mahu tampil dan mengakuinya, sebab seolah-olah ianya membuka aib sendiri kan. So, nasihat aku untuk yang sudah menyesal tu anggap sahaja ianya total lost (rugi/gagal). Tak perlu lah nak kurangkan kerugian itu dengan memperdayakan orang lain...

Cuma 1 soalan yang bermain difikiran aku adalah fasal bekas-bekas doktor yang join MLM ni atas alasan untuk mendekatkan diri dengan Tuhan, sebab masa bekerja mereka on call dan kadang-kala waktu solat pun terlepas. So, apa pendapat korang semua tentang ‘alasan’ tu?


February 27, 2013

Baik! Sangat Baik! Berjaya bersatu! Oooh.. yes!

Assalamualaikum & salam sejahtera

Aku dan seorang rakan perempuan di menengah rendah berjumpa secara kebetulan. Kami bertegur sapa di fb pada mulanya dan membawa kepada pertemuan disebuah restoran segera seperti dijanjikan. Oleh kerana lama tidak berjumpa, banyak yang kami bualkan termasuklah sejarah silam, tekanan kerja sehinggalah kepada gaji semasa. Semasa rancak berbual tu aku agak terkejut kerana kebanyakan orang didalam restoran tersebut menyapa aku dan rakan tadi. Pada mulanya aku ingat tu pembaca blog aku, wah glamer jugak blog aku ni, kata hati kecilku. Haha. Namun sangkaanku meleset apabila rakanku memperkenalkan aku kepada mereka yang menyapa kami. Mereka diperkenalkan sebagai “bisnes partner”. Namun, apa yang paling aku musykil pada waktu itu adalah bukan hanya seorang-dua, malah hampir keseluruhan orang dalam restoran segera tersebut merupakan kenalan baliau. Hampir 20-30 orang kesemuanya! Dalam pemikiran aku ligat berfikir, apa yang sedang berlaku di sini?

Sehinggalah salah seorang daripada kenalan rakan ni membuka cerita mengenai ilmu membaca ciri-ciri individu melalui tarikh lahir. Oh ye, aku familiar dengan benda ini! Pernah kupelajari di UMS dahulu. Ianya berkaitan tentang Kaedah Potensi & Prestasi Dinamik Astronumerologi, turut dimuatkan dalam Mingguan Wanita Cik Salina engkau. Secara asasnya ia adalah salah satu kajian dalam bidang psikologi dan perkara ini menarik minat aku untuk mengetahui lebih lagi. Namun, rakan tadi meyakinkan aku untuk join bisnes mereka agar aku dapat lebih banyak ‘ilmu’ tersebut. Pada masa tu, aku tak nampak apa-apa hubungan atau kaitannya dengan MLM. Kalau MLM, adakah mereka menjual ilmu astronumerologi sepertimana Skor-A? 
Aku bertanya untuk mendapatkan lebih kepastian; “Adakah ini MLM?”
“Bukan, bisnes kami ni networking. Kami mencari bisnes partner.” katanya.
Lalu aku bertanya lagi, “Boleh terangkan lebih lanjut?”
“Kalau nak tahu naik lah opis kami!” balasnya.


Beberapa minggu selepas tu, aku dijemput ke opis mereka dan di situlah aku diperkenalkan dengan syarikat mereka. First impression orang yang masuk situ akan mengatakan ini syarikat yang gah, sesak dengan ramai orang yang segak berkot, berkasut kilat.. Aku dibawa dari satu sudut ke satu sudut seperti lawatan sambil belajar. Diperkenalkan dengan pengasas syarikat, dengan gambar-gambar aktiviti, dengan produk-produk kesihatan, dengan sijil-sijil halal antarabangsa, terdapat bilik-bilik kubikal, dan meja-meja kopi kecil. Akhirnya aku diperkenalkan dengan salah seorang ahli yang agak berpangkat. Pangkat apa ntah aku lupa, dia memulakan presentation melalui power point. Disitu aku diperkenalkan dengan plan marketing atau sistem networking mereka.

BINGO!
Inilah MLM. Sumpah aku tak suka dengan cara mencari ahli /kaki /downline ni. Katanya, jika tidak cukup duit bolehlah menjadi ahli biasa dahulu melalui pendaftaran sekali seumur hidup dengan harga RM130 shj. Dan dengan bayaran RM2 ribu barulah boleh mencari downline. Selepas itu dia banyak brainwash, 2K tu kita labur dan dapat produk untuk kegunaan sendiri nak jual pun boleh, kalau mati bisnes boleh diwarisi, income lebih daripada gaji, takde tekanan kerja & ada banyak masa lapang bersama keluarga!

Aku balik dengan 1001 persoalan. Adakah aku betul-betul ingin memilih jalan ini? Adakah pilihan aku ini akan berjaya membantu keluarga untuk kehidupan yang lebih senang? Aku ikhtiar dengan solat hajat dan istikharah. Aku rasa tidak tenang. Aku mula confuse, asalnya aku ingin mendalami ilmu astronumerologi, namun ilmu tu tidak disentuh langsung! Malah sangat sedikit berkaitan produk, selebihnya adalah plan marketing mereka. Aku perlu bersikap asertif untuk mengatakan tidak!

Beberapa hari selepas itu aku berjumpa lagi dengan rakanku tadi, dan aku berterus terang yang aku langsung tidak berminat. Fikiranku tidak akan berubah lagi, itu yang pasti. Memandangkan dia perempuan, kaum yang lemah, aku menolak dengan cara yang paling baik dan berhemah aku rasa. Sebaik sahaja kami berpisah, aku bertemu dengan rakan yang bekerja sebagai Pegawai Farmasi di salah sebuah klinik kesihatan. Dan ketika itu segala-galanya terbongkar dan diterangkan dengan lebih terperinci... (Bersambung)



January 24, 2013

Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

Assalamualaikum & Salam Maulidurrasul 1434H


Bertepatan dengan tema Sambutan Maal Hijrah; Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah, turut diangkat sebagai tema Sambutan Maulidurrasul kali ini. Wasatiyyah dari segi bahasa Arab membawa maksud seimbang dan pertengahan. Dalam konteks istilahnya ialah suatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan Negara Malaysia yang bersifat menyeluruh berdasarkan kepada ajaran Islam yang diamalkan secara sederhana serta berimbang bagi melahirkan individu dan masyarakat yang cemerlang.

Wasatiyyah dikalangan umat ini dapat disaksikan apabila umat tersebut tidak mengamalkan pendekatan Ifrat yang membawa maksud terlampau ketat, keras, ekstrim dan tasyaddud. Sementara tafrit pula terlalu longgar, terlampau mengambil mudah dan cuai. Menurut Imam Muhammad Abduh; Ifrat adalah lebih dari kadar yang sepatutnya, manakala tafrit adalah kurang dari kadar yang sepatutnya. Samada Ifrat mahupun tafrit kedua-duanya adalah terseleweng dari landasan yang lurus dan ia adalah tercela. Maka yang terbaik adalah ditengah-tengah antara kedua-duanya.(Rujukan)

Ingin aku kongsikan ceramah yang telah disampaikan oleh Ustaz. Sharhan  Shafie, pengamal perubatan Islam  yang popular dengan buku kontroversi beliau mengenai 77 nama Islam yang menjadi kegemaran jin. Beliau telah dijemput sebagai penceramah undangan di Masjid Jamek Kota Tinggi sempena Sambutan Maulidurrasul kali ini.Menurut Ustaz Sharhan ;

Manusia memerlukan dua jenis makanan, iaitu makanan rohani dan makanan jasmani. Bersihnya hati seseorang muslim itu dapat dilihat melalui perbuatan serta amalannya. Jika bersih hatinya, maka baiklah amalannya. Dan jika kotor hatinya, buruklah perangainya. Maka, ustaz telah berkongsi pengalaman beliau tentang kepercayaan masyarakat muslim pada hari ini terhadap bomoh dan amalan-amalan syirik yang boleh mengganggu aqidah umat Islam secara keseluruhannya. Menurut Ustaz Sharhan lagi, tiada satupun amalan 'bedah batin' yang wujud didunia ini selain daripada pembedahan yang dilakukan oleh malaikat Jibril keatas Nabi Muhammad s.a.w sebanyak 2 kali, iaitu semasa baginda kecil & sekali lagi ketika peristiwa Isra' Mikraj. Hati Nabi Muhammad s.a.w telah dibasuh menggunakan air zam-zam dan ayat daripada Surah Al-Isra' ayat ke-82 telah dibacakan:


Turut diceritakan oleh ustaz peristiwa Nabi Ayub a.s. Iblis laknatullah, telah memohon kepada Allah s.w.t untuk menguji iman Nabi Ayub a.s. Atas perkenan-Nya, diriwayatkan bahawa Nabi Ayub a.s. telah diuji dengan sakit yang amat pedih sehinggakan keluar ulat-ulat di kepala baginda a.s. Namun, sedikitpun tidak menghalang Nabi Allah, Ayub a.s. untuk sujud kepada Allah. Malah, sebaik sahaja selesai sujud, Nabi Ayub a.s. meletakkan semula ulat-ulat tersebut keatas kepala baginda.

Para malaikat yang menyaksikan peristiwa ini memohon agar Allah meringankan dan menyembuhkan penyakit Nabi Ayub a.s. Allah berfirman yang maksudnya, "Mintalah kepada-Ku, Kun Fayakun. Jadi, maka jadilah"
Maka, malaikat turun disisi Nabi Ayub a.s. untuk memberi khabar gembira tersebut. Nabi Ayub a.s., seorang Nabi Allah yang bersifat maksum, tidak tergesa-gesa untuk disembuhkan. Malah baginda telah memuji-muji Allah s.w.t dengan doa yang dibacakan di dalam Surah Al-Anbiya' ayat ke-83.


Menurut Ustaz Sharhan, doa ini InsyaAllah jika diamalkan, mujarab untuk menyembuhkan penyakit yang dihadapi. Penemuan ulat dalam perubatan moden seperti mengubati penyakit kencing manis (potong kaki) dan barah payudara sebenarnya telah ditemui daripada kisah Nabi Ayub a.s. sejak beribu tahun yang lalu. Masya-Allah!

Daripada kisah-kisah yang dikongsikan ini sedikit sebanyak mencarik rasa rindu kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w selain berusaha mencari penawar penyakit berpandukan al-quran yang merupakan mukjizat terulung yang diturunkan kepada baginda s.a.w. Maka, bersempena hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w ini, marilah kita memperbanyakkan selawat dan salam ke atas baginda...

اللهم صل على سيد نا محمد وعلى اله و صحبه وسلم
Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhammad Wa 'Ala Alihi Wa Sohbihi Wa Sallim
" Ya Allah kurniakanlah selawat dan salam ke atas junjungan kami Muhammad serta ahli keluarga dan para sahabat baginda s.a.w "


P/s: Kenang kembali sejarah Rasulullah s.a.w di SINI.

January 22, 2013

Menyediakan Link Blog Semasa Follow Blog Orang Lain

Assalamualaikum & Salam sejahtera

Ingat tak tutorial yang lepas aku ada ajar camna nak buat pengunjung selesa untuk komen di blog korang. Ada sesiapa yang belum try? Boleh rujuk SINI semula lah. So hari ni aku ada satu lagi tutorial. Hahaha. Ok satu je, lepas ni aku takkan buat tutorial lagi dah.

Eh cop! cop! Iklan kejap. Sebelum tu aku nak tanya sikit la pasal coding kat gadget comments aku ni. Aku baru pasang gadget ni supaya senang aku nak pantau the latest comment yang masuk dalam blog ni. Tapi aku tak reti bab coding-coding ni. Tengok gambar ni masalahnya. Aku cuma nak tukar warna tulisan tu jadi hitam & buang background hitam yang ada pada owner blog tu.. Ada sesiapa yang pakar kat sini? Tolong la bagi komen nanti aku rujuk semula kat blog / fb korang untuk beri code dia... Terima kasih.


Tutorial kali ni aku tak reti nak describe camana.. hmmmm... hmmm..
Berbalik kepada tajuk diatas, bagaimana cara memastikan link blog  wujud bersama ketika follow blog seseorang? Ok macam ni, kalau ada someone follow blog kita, mesti kita rasa teruja kan? (Aku lettew.. huhu) So, secara tak langsung kita akan mengklik gambar follower tersebut untuk mengetahui siapakah gerangan manusia yang baik hati nak follow blog kita tu kan?

Tapi masalahnya apabila dah klik tu kita tak dapat nak akses ke blog mereka disebabkan tiada link ke blog mereka. Faham tak? Alangkah ruginya kalau tiada link blog untuk diakses ke blog kita. Buat penat je letak gambar Neelofa sebagai profile picture tu kan. Hihi. So, aku sediakan tutorial ni bagi korang yang terlepas pandang.

Di atas ni ada tiga contoh follower yang dah follow blog aku tapi aku tak tau blog mereka disebabkan tiada link yang disertakan pada profile masing-masing. Sebenarnya dah banyak aku jumpa, sebab tu orang akan salah anggap kita ni sombong kalau taknak follow back. Bukan tak nak follow, tapi tak jumpa link blog diorang. Tupun nasib-nasib la kalau diorang ada komen kat entri @ shout box kan.. Nampak tak? Betapa ruginya kan?

Ok, sebenarnya langkah-langkah meletak link pada blog ni mudah sahaja:

Selepas menekan button follow pada satu-satu blog, page ini (seperti gambar dibawah) akan keluar. Sebelum menekan button Follow this blog, tekan button More options terlebih dahulu..

    Dan, page ini pula menyusul. Pastikan ada simbol blogger (warna oren) muncul. Jika tiada tu maksudnya tiada link blog yang disertakan sama semasa memfollow blog tersebut. Ok, apa yang anda perlu buat kalau tiada...

      ... tekan pada use it instead (atau juga boleh menggunakan Add links)...


      dan setelah itu,  pilih Blogger untuk blogger profile atau anda boleh memilih mana-mana button yang terdapat disitu sekiranya anda mempunyai akaun lain dan menginginkan orang memfollow Twitter, Netlog, etc.. Bagi yang tiada akaun blogger (Anonymous) boleh juga mengikuti blog dengan memilih akaun Google.


      Dan akhir sekali click button Follow & Done!
      Tara... Double check untuk memastikan yang profileanda benar-benar mempunyai link yang boleh diakses ke blog masing-masing. SEKIAN~


      P/s: Tahniah kepada Nadia Farhana kerana menjadi follower yang ke 200! Bravo! Bravo!
      Ucapan terima kasih seharusnya ditujukan kepada semua yang melawati, membaca, mengulas (komen) dan mengikuti blog ZERO to HERO. Walaupun angka yang tertera masih 'muda' namun kepuasan berblog tu letaknya kepada kepuasan anda yang membaca.
      Terima kasih sekali lagi :")

      January 15, 2013

      Cara Buang Word Verification & Buat Komen Pop-up Pada Blog

      Assalamualaikum & salam manis tanpa gula,


      Panjang pulak tajuk entri....
      Eh, ini hari aku nak buat tutorial sikit la, boleh tak? Sebenarnya aku ni bukan pro sangat pun bab edit-edit blog ni, yang basic-basic tu ok la.. Dan aku tak terfikir pulak nak buat blog tutorial, sebab apa-apa masalah kau boleh je refer kat google.

      Tapi untuk masalah ni sebenarnya adalah masalah aku sendiri. Mungkin bukan masalah kau, sebab mungkin kau tak de masalah pun dengan masalah ni. Oleh tu aku terpaksa la buat tutorial ni. Kalau tidak, aku pun tak hingin la nak buat! (Eh, kau dah kenapa meroyan ni setan?)

      Kejap ea, aku nak tanya kau ni. Kau tau tak apa itu word verification? Ni ha menatangnya:

      Sebenarnya takda la besar mana masalahnya pun, cuma aku ni biasanya suka bagi komen bila sesekali blogwalking tu. Tapi the problem is, word verification for comment ni membuatkan mata aku kecik besar! kecik besar! kecik besar! nak baca apa la tulisan yang terpapar kat situ tu ha. Dah lah aku ni OKU! Last-last kalau aku geram aku kasi pangkah je, tapi kalau aku baik hati aku tegur la jugak. Bukan salah ibu mengandung maaa, aku tau kadang-kadang korang pun tak perasan benda ni sebab kalau log in blog sendiri dia memang tak nampak masalah ni. Serius!

      So, kalau agak-agak korang kesian kat aku boleh lah ikut tutorial ni, dan secara tak langsung blog korang pun akan 'mesra rakyat' jugak, sebab tak de la leceh sangat orang yang gedik macam aku ni nak mengomen kat blog kau tu. Tak kan kau taknak orang datang komen kat entri blog kau kan, mustahil!

      Langkah-langkah membuang word verification:

      1) Sign in akaun blogger

      2) Dashboard >> Settings >> Posts and comments >> Show word verification? >> Sila klik pada "No" (Rujuk gambarajah di bawah, #2)


      Eh, cop! Sebelum save tu, untuk kasi lebih mantap, lagi best rasanya kalau kau kasi blog korang tu pop up comment! Pop up ni dia akan buka satu page baru just for comments sahaja, so takde la lambat sangat aku nak tunggu loading page blog ko tu. Bukan aku salahkan blog ko berat ke hapa, tapi salah broadband  murahan aku ni line dia slow gila, gila pun tak slow macam ni. Apepun takboleh!

      Ok, untuk buat pop up comments:

      3) Pada soalan "Comment Location?" Ok pada soalan itu, klik pada 'Popup window'. (Rujuk gambarajah di atas, #1)

      4) Klik Save & DONE!.

      Siap! Senang je kan? Semudah ABC. Secara tak langsung ada dua tutorial kat sini. So, dua kali lah kau kena klik iklan kat bawah ni. Buahaha. Sukahati aku je nak suruh-suruh, dah la tadi marah-marah kan? Nak bagi ilmu pun nak marah-marah. Alah marah itu kan tandanya sayang, OMG!


      p/s: Ok sekarang aku bukak sesi soal-jawab. Kalau kau ada apa-apa soalan kau boleh tanya. Kalau aku dapat jawab aku jawab. Kalau aku tak jawab tu tandanya aku tak dapat jawab la, huhu. Ok, Happy blogging!


      January 13, 2013

      Lelaki A, B atau C ?

      Assalamualaikum & selamat sejahtera

      Sepertimana golongan perempuan yang berborak XOXO publish dalam majlis tetingkap, begitu juga halnya sesama lelaki. Kami golongan lelaki juga tidak lepas dari sesi borak lazimnya ketika lepak dikedai mamak. Namun borak kami bukan borak kosong Najwa Latif, borak kami berfokus! Wah gitu. 

      Ketika kami berborak tu, ada satu isu yang diutarakan dan masing-masing berbalah dan mengeluarkan 'fatwa' masing-masing, ada yang menyokong dan ada yang tidak, dan akhirnya persoalan itu dibiarkan begitu sahaja. Oleh disebabkan isu yang belum selesai ini, maka aku publishkan kat sini untuk bantuan pakar semua....

      Salah seorang dari kami bersifat begini. Biarlah aku perkenalkannya sebagai A. A seorang lelaki yang pasif dan sangat selektif. Perempuan yang lalu lalang didepan kami ketika makan di warung tu dia 'scan' satu-satu. Nampak yang ayu sikit dia cuba senyum tapi "senyum tak perlu kata apa-apa", so akhirnya perempuan tu blah macam gitu aje.

      Seorang lagi, si B. Lelaki B pula sangat agresif dan pandai memikat hati wanita. Kiranya dia ni Kasanova la. Pantang ada perempuan yang lalu lalang di'siul'kan perempuan itu.
      *Disiulkan tu ertinya bersiul, bunyi berdesir macam tiup wisel, maaf atas penggunaan bahasa malaysia yang pftt..

      Manakala Lelaki C pula sangat handsome! Dan ketampanannya menjadi daya tarikan utama bagi kaum wanita, tapi sayang dia gay! So, perempuan yang lalu lalang tu dia buat tak endah je la... kesian. So, lelaki C ni kita tolak tepi lah. huhu

      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .

      Sekarang isunya adalah lelaki-lelaki ini mempunyai masalah yang sama iaitu sukar untuk mendapatkan teman wanita (kecuali si C). Lelaki B yang mendengar masalah A menasihati agar lelaki A menjadi lebih agresif dan pergi memburu perempuan yang disukai, namun lelaki A tidak bersetuju dengan cadangan itu disebabkan faktor malu direject. 

      Lelaki A sangat selektif dan memilih untuk mengenali seseorang perempuan itu ditempat yang sesuai, contohnya di library, di masjid, atau di Mekah (yang ni tak boleh blah). Lebih-lebih lagi dia tidak mahu dilabel sebagai bohjan, buaya darat, hidung belang, mata keranjang dan seumpamanya sepertimana yang dilabelkan kepada lelaki B.

      Namun lelaki B menolak dakwaan tersebut!
      Lelaki B berpegang pada prinsip Siapa cepat dia dapat! Tak mencuba tak tahu! Try and error! etc. Lelaki B tidak peduli kata orang. Tidak kiralah di kaki-kaki lima warung ke, bus stop ke, dalam bas awam ke, tepi tandas ke, tepi jalan raya ke, wherever lah! yang penting dia dah meluahkan isi hati kepada semua perempuan yang berkenan dihatinya.


      Kesimpulan...
      Inilah masalah atau dilemma yang dihadapi lelaki-lelaki tadi. Bagi lelaki yang mempunyai self-esteem yang tinggi sudah tentu mudah bagi mereka mendekati mana-mana perempuan dengan ayat berbunga (namun menggelikan bagi sesetengah pihak). Adakah lelaki sebegini mempunyai tarikan kerana terlihat macho ataupun ianya sangat murahan???

      Manakala bagi lelaki yang sedikit pemalu, memerlukan faktor perangsang atau lebih suka jika perempuan yang memulakan langkah pertama (namun tidak semua perempuan ingin memulakan langkah pertama bukan?). Adakah pemalu itu bermaksud pengecut atau lelaki yang budiman???

      Bolehkah anda membantu, yang mana satukah ciri lelaki idaman yang perlu ada bagi seseorang lelaki? A, B atau C?

      CLOSE

      Copyright reserved by Zero to Hero's Blog Edited by Caersasuke