12 RABIULAWAL 1433H bersempena Sambutan Maulidur Rasul atau Maulud Nabi dalam rangka mengenal Nabi Muhammad SAW, memperingati kelahiran, mukjizat, sirah serta akhlak mulia baginda sepatutnya bukan hanya ketika sambutan Maulidur Rasul sahaja. Mengenal baginda dan hal-hal tadi bukan hanya pada waktu tertentu dan dalam kumpulan tertentu, akan tetapi setiap saat, sepanjang waktu.
Kita sebagai manusia yang beriman seharusnya sentiasa mengingati Rasulullah SAW, meneladani sifat baginda dan berpegang dengan sunnahnya. Mereka yang mencintai Rasulullah SAW selepas mencintai Allah SWT, dan cintanya melebihi cinta terhadap ibu bapa, saudara dan dirinya sendiri, maka dijamin baginya ganjaran Syurga Jannah.Allah SWT sendiri mengangkat baginda SAW ke makam yang terpuji dan mencintai baginda sebagaimana firman-Nya;
Rasulullah SAW rindukan kita
Baginda setiap detik memikirkan hal ini. Kadangkala mengalir airmata baginda SAW memikirkan nasib umatnya di masa akan datang. Baginda terlalu khuatir, sedih dan hiba meninggalkan umatnya. Apatah lagi umat di akhir zaman ini. Hal ini digambarkan sendiri dalam kitab himpunan Hadis Sahih Muslim, Rasulullah SAW menyebut-nyebut, “Umatku! Umatku! Umatku!” sehingga menangis tatkala menarik nafas akhir sehingga kewafatan baginda SAW. Lalu Allah SWT mengutuskan malaikat Jibrail untuk memujuk Nabi SAW. Allah kemudiannya berfirman,
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. (Surah Al-Ahzab: 56)
Rasulullah SAW rindukan kita
Baginda setiap detik memikirkan hal ini. Kadangkala mengalir airmata baginda SAW memikirkan nasib umatnya di masa akan datang. Baginda terlalu khuatir, sedih dan hiba meninggalkan umatnya. Apatah lagi umat di akhir zaman ini. Hal ini digambarkan sendiri dalam kitab himpunan Hadis Sahih Muslim, Rasulullah SAW menyebut-nyebut, “Umatku! Umatku! Umatku!” sehingga menangis tatkala menarik nafas akhir sehingga kewafatan baginda SAW. Lalu Allah SWT mengutuskan malaikat Jibrail untuk memujuk Nabi SAW. Allah kemudiannya berfirman,
“Sesungguhnya Kami meredhaimu hai Muhammad, umatmu dan tidak akan menyakitimu” (Sahih Muslim)
Rindu dan cintakan Nabi
Rasul Junjungan - Hijjaz Mp3
Musicaddict.com
Di abad ini jika kita merindui atau ingin menyampaikan rasa cinta dan kasih kepada seseorang, maka kita dapat melakukannya dengan berhubung secara langsung dengannya. Samaada melalui telefon, SMS, email, surat, dan sebagainya. Namun, peralatan tersebut tidak mampu secara fizikalnya untuk menghubungkan kita langsung dengan Rasulullah SAW di sana untuk menyatakan rasa cinta dan iman kita terhadap baginda SAW.
Sungguhpun begitu, Nabi Muhammad SAW telah mengajar kita cara untuk menyalurkan rasa cinta, rindu dan kasih dengan cara yang paling baik dan berkesan iaitu dengan berselawat ke atas junjungan besar baginda SAW. Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud;
“Barang sesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah SWT akan berselawat ke atasnya sepuluh kali” (Hadia Riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a)
“Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku” (Hadis Riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a)
Oleh yang demikian, marilah kita curahkan rasa cinta, kasih, sayang penuh kerinduan kepada Rasulullah SAW dengan berselawat ke atas baginda. Mengikuti amalan dan sunnah baginda SAW bermaksud kita berserah diri kepada Allah SWT kerana seluruh hayat baginda adalah atas landasan yang lurus iaitu agama Islam sendiri. Sesungguhnya mereka yang mencintai Nabi Muhammad SAW selepas dia mencintai dan berserah diri sepenuhnya kepada Allah SWT, maka tempatnya adalah di syurga, Insya-Allah.
3 comments:
Salam Maulidur Rasul kepada umat Islam seluruh dunia. Jika kita ikut sunnah Nabi SAW, pasti kita akan berjaya dunia akhirat.
Bro, pasal nuffnang tu dah ok ke? blog ini ok je? x de 2 nuffnang kt bawah blog pun? hehe
@Firdaus Kasim
Slm Maulidur Rasul. oh pasal nuffnang tu dah alter rupanya kat unit iklan tu ade unit undian. puas cari kod HTML dan cari tutorial tp xjumpe.. BTW trimas FK,nnt nak buat button close guna tutorial ko eh. TQ
alhamdulillah telah ku baca entry indah ini, harap ada cahaya meresep ke jiwa ku..syukran
Post a Comment