November 3, 2010

Home » , » Sygku Sandra !

Sygku Sandra !

Nama meow ni SANDRA! Aku jumpa meow ni kat Kolej Kediaman E, Universiti Malaysia Sabah. Masa tu dia kecik lagi, mata pun masih melekat lagi. Tak tau mana ibu bapa dia, mungkin dia seekor anak terbuang. Kesian dia, mengeow-ngeow dia dtg kat bilik aku. Waktu tu aku miskin, so aku cume mampu kasi dia susu F&N je, tak mampu nak kasi Whiskies. Sorry Sandra!

Dia suka tidur kat katil aku, bila aku tidur dia akan naik belakang badan aku dan menyandar kat sana. Kuat tau dia bendengkur. Kdg2 aku perati je time nak tidur mesti dia gigit2 hujung sarung bantal. Tak senonoh betul! Tapi aku rasa dia nak menyusu tu. Tapi malangnya aku xbole nak menyusukan dia, so aku bagi dia gigit jari manis aku sampai la dia tertidur. Kesian kan?

Bila dia besar sikit dan comel semua org nak amik dia. Aku teringin jugak nak amik bawak dia naik kapal terbang, tapi tak bole sbb takut dia akan kena kejutan budaya kat sini. So, aku biarkan dia membesar kat tempat dia, sekurang2nya dia boleh menjejaki ibu dan bapanya dan adik beradiknya yg lain. Sekarang dia da besar kot? Hilang sudah jejaknya, mungkin skrg dia dah pandai nak menggatal dan ikut si jantan hidung belang lari dari rumah (=_=*)

Sandra, dlm kenangan (T.T)

No comments:

CLOSE

Copyright reserved by Zero to Hero's Blog Edited by Caersasuke