August 29, 2012

Wordless Wednesday #2: My Memory


Assalamualaikum & Slm Sejahtera.
Today is Wordless Wednesday, try not to talk to much ok!
Just flying in my mind, This is Our Cupid.. but not this time anymore.. :')

August 28, 2012

Buku Percuma Sempena Hari Kebangsaan ke 55



Klik seterusnya bagi mendapatkan buku pdf percuma bertajuk
Semarak Merdeka 55 Tahun Merdeka:Janji Ditepati & 55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati

August 27, 2012

Mengapa Hawa Diciptakan Semasa Adam Tidur?

*Gambar sekadar hiasan
Seorang lelaki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci,
sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya...

Seandainya Hawa diciptakan dari Adam a.s saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebusnya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu (jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua.

Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu.

Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.
Maksudnya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang lelaki.

Maka wahai Adam, janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu bererti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang ...

P/s: Hanya sebagai renungan dan ikhtibar bersama, anda sudah tengok Adam dan Hawa?

August 26, 2012

Sinopsis Adam dan Hawa

Assalamualaikum & Salam sejahtera

Pastinya peminat drama melayu sedang tertunggu-tunggu kemunculan drama terbaru yang bakal disiarkan malam ini di Astro Mustika HD. Novel Adam dan Hawa yang ditulis oleh Aisya Sofea, merupakan antara novel tempatan terbaik terbitan Alaf  21 yang diangkat sebagai drama bersiri. Menyentuh drama Adam dan Hawa, ianya diterajui oleh Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa dan pembikinan babak pula dilakukan di sekitar Perth, Australia dan Makkah.

Sedikit sedutan dari sinopsis adalah seperti berikut;

AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.
Credit gambar: www.facebook.com/AdamHawaDramaOfficial

Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain?

Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung.

Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...



Aidilfitri Yang Penuh Epic!

Assalamualaikum & Salam syawal..

Masih berayakah? Mood beraya pada tahap berapa? 100% full, 50-50, atau dah takde mood sebab dah naik cuti bekerja? Kalau puasa tu sekejap, raya ni lagi sekejap rasanya.. tup-tup dah seminggu kita beraya, hari ni baru start nak puasa 6, harap-harap iman kuat. heehe.

Tema baju

Baju Cik Salina engkau! kemain lagi..
Entri kali ni sebenarnya berkisar tentang sambutan Aidilfitri aku dengan family. Untuk sambutan kali ni aku rasa kurang kemeriahan berbanding tahun-tahun yang sudah. Sebab ramai sepupu-sepapat yang tak balik tahun ni. selain tu, aku sendiri beraya tanpa baju baru, but i'm cool! Banyak lagi perkara penting & wajib yang perlu dibuat berbanding sepasang kurung biru Khairil Johari Johar. Tapi Cik Salina engkau mana boleh takde baju baru, baju dia ala-ala pengantin baru gitu. Haha. 

Tahun ni Cik Salina engkau guna tema warna kelabu, so aku recycle baju lama yang aku rasa baju ni 3 tahun lepas punya, still muat dan nampak baru lagi so apalah salahnya kan? Save sikit bajet hantaran kawin aku. Tapi aku perhati ramai pulak orang yang guna tema kelabu tahun ni kan.. cuma kakak dan abang ipar aku punya baju ganjil sikit. Maklumlah pengantin baru suam-suam kuku, so mereka guna tema kuning diraja. Haha.

Raya pertama
Malam raya tu baru kami bertolak ke kampung (F) Chemplak Barat, Labis, Segamat, Johor dengan dua buah kereta. Esoknya, usai mandi wajib sunat Aidilfitri, yang perempuan menyediakan juadah raya manakala yang lelaki ke masjib bagi menunaikan solat sunat hari raya Aidilfitri. Sayu je hati pabila mendengar laungan takbir raya, rasa kerdil sekejap diri ini.

my little sister with our ayah..
Selesai solat, kami berkumpul untuk membaca tahlil di rumah sahaja. Sedekahkan bacaan kepada arwah keluarga dan saudara-mara yang sudah pergi. Ianya lebih afdal berbanding pergi ke kubur dengan pakaian yang menjolok mata, meratapi si mati, atau menukar kain kafan di batu nisan. Oh ye, kalau tak silap perbuatan menukar kain yang diikat di batu nisan adalah difatwakan haram dan dilarang kerana ianya tiada asal dalam Islam, wallahualam.. ada sesiapa yang tahu tentang hukum ini?

Maaf-bermaafan
Ni perkara wajib mesti buat di pagi raya. Beratur-Salam-MintakAmpun-Peluk/Cium-Terima/Bagi duit raya. Dah tua bangka ni nak terima duit raya? HARAM! Jadi, aku mengelat sikit tahun ni, aku tak bagi angpow raya sebab aku dah bagi hamper kuih raya besar pada atok Saamah aku. Save lagi sikit bajet hantaran kawin aku! Huhu pui..

Mak datin dengan kipasnya :)
Aku bukan tanak bagi angpow raya, tapi aku tahu, tahun ni ada sesi pembahagian duit durian runtuh! Alah duit untuk peneroka felda tu ler! Sebenarnya aku tak dapat pun, sebab aku ni cucu-cicit peneroka felda je, so agak kelabu jugak mata aku tengok duit yang dibahagi-bahagikan sama rata kepada waris-waris, nampak sangat kau tu mata duitan :')

Ni pulak sesi membahagi-bahagikan duit..
aku tak da ditempat kejadian sebab aku dah lepak giler..

Makan!
Sesi seterusnya adalah makan beradab, lauk-lauk raya yang menjadi feveret aku ialah daging rendang satay, ayam masak kicap, kuah lodeh dan sambal goreng! Fuh meletop, tapi Cik Salina engkau tak sempat masakkan sambal goreng.. agak kecewa sikit, feel raya tu lari sikit :'( 

Tapi aku tetap melantak dengan jayanya seperti dunia ini ana yang punya. Semua makanan aku sebat dan akhirnya aku pulak berulang alik masuk ke tandas, SHIT!

Malam tu aku dah pening-pening dan muntah-muntah, rasa nak demam macam orang mengandung. Akhirnya aku terlantar tak bermaya dan Cik Salina engkau yang picit-picitkan dan urut-urutkan badan aku. Memang anak mak aku ni. Teheee. Lepas tu, segala macam ubat aku telan, dari panadol - ubat selsema - ino halia - ubat batuk - minyak panas cap burung unta..

Raya kedua
Raya kedua kami bertolak ke Pagoh dan Parit Kadir, Muar dan beraya ke sana pulak. Mak bapak aku ni dari dulu memang kaki beraya lah katakan. Aku pulak yang fed-up kadang-kadang sebab banyak sangat rumah yang nak di pergi. Maklum la cuaca kat kampung ni bila siang panas ya ampun, tapi bila malam sejuk macam kat salji, mana lah aku nak tahan dengan antibodi badan aku yang masih lemah ni. Haha. But it was fun! it's really good to ziarah menziarahi and kenal sedara yang jauh-jauh ni, setahun sekali pulak tu kan..
My beloved Atok Sa'amah. Yang depan ni lah hamper yang aku sebut-sebut dari tadi..

Raya ketiga
Masuk raya ketiga kami dah siap-siap go to back home. Tapi sebelum bertolak balik tu ade pulak satu insiden. Moyang aku (yang aku panggil nenek) jatuh tangga semalam harinya tapi waktu tu ada saudara mara yang lain jaga nenek dan bila aku tanya macamana boleh jatuh? Dia kata ada someone tolak dia. Sapalah yang tergamak tolak nenek tu, tsk tsk tsk. Aku malas nak fikir benda yang karut-karut sebab nenek aku ni banyak mengarutnya. So, kami pun hantar nenek ke Klinik Kesihatan Labis dan ditransfer nenek ke Hospital Segamat menggunakan ambulans. Macam-macam yang bermain difikiran aku. Namun, lepas x-ray dan check up nenek disahkan sihat dan keadaannya terkawal. Doktor bagi ubat dan kami bawa nenek pulang ke rumah. Alhamdulillah semuanya selamat!

Nenek Anis nengan cucu-cucunya :]
Sebenarnya waktu tu dah rasa letih, ingat nak sambung cuti lagi je. Tapi ku gagahkan jugak drive ke rumah yang mengambil masa lebih kurang 4 jam tu. Hari Rabu tu dah naik kerja macam biasa, sekejap je raya kan, nampak sangat la aku ni pekerja yang berdedikasi yang layak dinobatkan sebagai pekerja contoh. .....FFFFFFFFUUUUU..... bos aku kata dalam hati. Hahaha.

P/s: Memandangkan gambar raya semua kat kamera adik aku, so aku post entri je dulu, nanti aku update gambar kendian ok.. Bubye!
P/s: Ok, dah updated :)




August 18, 2012

Jumpa Lagi Ya Ramadan Mubarak

Assalamualaikum & Salam Ramadan yang terakhir...

Hari ni merupakan hari terakhir kita berpuasa, dan esok merupakan hari kejayaan dan kemenangan kepada umat Islam keseluruhannya. Harap-harap kita masih sempat untuk bertemu Ramadan yang seterusnya, Miss ya RAMADHAN :'(

Di sini,saya ada beberapa keping gambar berbuka puasa bersama rakan sepejabat, yang rata-rata dah pulang beraya ke kampung dengan jayanya :)

Mr.Shafwan, Mr.Redzuan & Brother Rock (Abg Batu) antara yang terawal datang untuk cop tempat. Hehe
Staff baru, Fiza bersama suami, Welcome to the club. Eh, Fiza hati-hati dgn org belakang!
Wajah sugul & kelaparan sewaktu menunggu adzan maghrib berkumandang.

Mr.Wan, Mr.Is, Mr.Botak, & Mr.Right .. eh, eh, eh!
Bos sampai tepat sewaktu berbuka, nasib baik kau sempat bos!
Kalau tak bahagian kau aku yg makankan XD
Boss memberi cenderahati kpd Mr.Tok Moh. Selamat bertugas di tempat baru :).

Mr.Fauzi: "Bos, cover sikit perut tu.."
En.Bos: "Muka aku dah biru ni tahan nafas, ngok!"
(=.=!)
The cutest group! Imen with his uncle,

Imen: "Uncle, Imen nak nasi tapayala.."
Uncle: "Nasi Tapaya ke Nasi Pataya?"
Mak bapak Imen, the sweet couple in the world
Mesti uols curious, betul ke tu mak Imen? Jgn risau, aku pun curious jugak mula-mula.. Haha
Nak kenal mak Imen yang fofular ni? Sini: http://noieizan.blogspot.com

Mata donat tgh stim, i bet uols know which one the Donat? hehe
Ina (free hair): http://akudiduniaitu.blogspot.com
Donat (memangku Imen): http://donalicious.blogspot.com
Maz (tutup muka dgn tisu): http://idibeijing.blogspot.com
Nurul Amalina (peace): tukang sponsor broadband
Next sesi, 'berasap' la apa lagi?
Muka kekenyangan.. Bbuerkk! Alhamdulillah
Group Mak Cik K-pop Kepoh 

Kesedihan dan kerugian apabila di bulan Ramadan ini tidak mengubah kita untuk menjadi umat Islam yang lebih baik.. Adat manusia melakukan kesilapan, untuk itu, saya memohon keampunan from the bottom of my heart, sekiranya terdapat keterlanjuran kata & kekhilafan sepanjang pembacaan anda di sini :)

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN!

August 14, 2012

Pengumuman Zakat Fitrah 1433H / 2012M

Assalamualaikum & selamat sejahtera

Zakat merupakan rukun Islam yang kelima. Islam menuntut kita berzakat dengan tujuan membersihkan harta yang dimiliki selain dapat membantu golongan memerlukan. Sebaiknya menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada golongan yang layak disempurnakan sebelum menjelang Hari Raya. Ia diwajibkan ke atas Muslim yang layak dengan syarat-syarat berikut.

Syarat-syarat wajib zakat:

1. Islam
Dikenakan kepada orang Islam. Bagi perniagaan perkongsian orang Islam dengan bukan Islam hanya peratusan ekuiti orang Islam sahaja diambil kira untuk zakat.

2. Merdeka
Individu yang bebas dan merdeka kerana mempunyai kuasa pemilikan atas harta. Hamba abdi tidak wajib berzakat kecuali zakat fitrah. Bagaimanapun tidak timbul persoalan hamba abdi masa kini, tetapi syarat merdeka masih dikekalkan sebagai salah satu wajib berzakat.

3. Sempurna milik
Harta yang dimiliki dan dikawal oleh seseorang dan tidak bersangkutan dengan orang lain. Pemilik dapat menggunakan dan memperoleh manfaat daripada harta tersebut.

4. Cukup nisab
Nisab adalah paras minimum yang menentukan sama ada wajib atau sebaliknya sesuatu harta dikeluarkan. Nisab bersamaan dengan 85 gram emas nilai semasa. Nilainya lebih kurang RM10,300 (bergantung pada harga semasa emas).

5. Cukup haul
Ia bermakna genap setahun harta itu dimiliki.

6. Niat untuk berniaga
Khusus untuk zakat perniagaan sahaja



 Jenis-jenis zakat

1. Zakat pendapatan
Ia termasuk semua jenis hasil pendapatan atau pulangan perkhidmatan, dengan diberikan gaji, upah, bonus, dividen, hasil sewaan, royalti, hibah, elaun, honorarium, pencen, perniagaan bermusim dan lain-lain bentuk perolehan semasa hidup, bersara atau mati.

2. Zakat perniagaan
Zakat ini dibayar sebanyak 2.5% daripada harta perniagaan yang layak untuk dizakatkan tertakluk kepada nisab.

3. Zakat wang simpanan
Zakat dikenakan daripada jumlah baki terendah, dalam tempoh setahun simpanan setelah cukup nisab dan haul dengan menyamai atau melebihi nisab. Wang tersebut disimpan di dalam akaun simpanan tetap, simpanan semasa, Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta lain-lain bentuk simpanan di bank atau mana-mana institusi kewangan.

4. Zakat saham
Pengiraan zakat ke atas saham terbahagi kepada dua kumpulan iaitu saham yang dimiliki melebihi setahun dan saham-saham yang dijual beli untuk tempoh kurang daripada setahun. Manakala, bagi saham pelaburan jangka panjang (melebihi setahun), zakat dikira daripada jumlah lot yang dipegang dan didarab dengan harga terendah seunit. Saham yang disimpan pada syarikat yang membayar zakat perniagaan tidak perlu dizakatkan.

5. Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Caruman KWSP, wajib dizakatkan apabila simpanan tersebut dikeluarkan yang berkonsepkan zakat simpanan atau mata wang.

6. Zakat emas
Zakat ini dikira dalam dua keadaan iaitu emas yang tidak dipakai (disimpan) dalam tempoh setahun dan jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85 gram (nisab) maka wajib zakat sebanyak 2.5%. Bagi emas yang dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib untuk dizakatkan.

7. Zakat perak
Berdasarkan hukum syarak, logam perak termasuk dalam kategori jenis-jenis harta yang dikenakan zakat. Barang-barang logam perak yang digunakan oleh manusia terdiri daripada empat bentuk utama iaitu jongkong perak, mata wang perak, perkakas atau perhiasan daripada perak dan barang kemas perak. Ulama menetapkan nisbah perak sebanyak 200 dirham bersamaan 595 gram.

8. Zakat pertanian
Zakat hendaklah dibayar mengikut peratus penghasilan jika bijirin dan buah-buahan cukup nisab. Kadar peratus pembayaran bergantung pada cara penghasilan. Hasil tanaman wajib dizakatkan adalah bijirin-bijirin dari jenis makanan asassi yang mengenyangkan dan tahan lama jika di simpan seperti padi, kurma, jagung, gandum dan sebagainya

9. Zakat ternakan
Zakat wajib dikeluarkan jika memenuhi syarat-syaratnya iaitu haiwan ternakan terdiri daripada kambing, biri-biri, lembu, kerbau dan unta. Haiwan yang dizakatkan perlu sempurna dan tidak cacat seperti hilang kaki atau tangan dan sebagainya.

August 11, 2012

Ucapan Selamat Hari Raya to Eqbal Zack

Assalamualaikum teman-teman,

Puasa tahun ini cukup atau tidak? Kalau tak cukup tak boleh berhari raya sebab hari raya ni khas untuk orang yang puasanya cukup saja, macam saya ni lah!
Walaubagaimanapun, saya di sini ingin mengucapkan selamat berpuasa dan selamat berhari raya.
Dengan ingatan tulus ikhlas, Maaf Zahir & Batin ya!

.................................................................................................................................................

Sedikit selingan ya, 
Kat atas nun khas buat tatapan pembaca sekalian, teman-teman & rakan taulan yang mengenali diri ini. Kalau dulu-dulu tak meriah kan raya, kalau tak berutus surat dan kad raya, waima kad yang cikai-cikai pun jadi la.. Tapi zaman sekarang dah moden, lain, nak dapatkan 1 kad raya pun susah!
Tak meriah....
TAPI.....
Ada KAD RAYA free untuk kawan-kawan.. boleh dapatkannya di SINI!


Bukan tu saja, untung nasib badan boleh dapat DUIT RAYA (RM50) beserta HAMPER RAYA sekali!!! Fuhyooo....
Tapi yang hamper dengan duit raya tu bukan free lah, madang nak free jek engkau ye! Hehe..
Ok, nak dapatkan tu bukan susah mana pun, pergi je kat SINI dan join contest ni.. 
Hah tak susah kan, kacang goreng je kan?
Tapi maaflah, tarikh tutup hari ni.. harap-harap sempat lah yea..


P/s: oh ye lupa pulak nak kena tag orang.. ermm mohon tag si comel SZUMIKA :)


August 8, 2012

Ayam Asam Pedas Mak Chom

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Tak dinafikan aku memang hantu asam pedas, tapi kalau ikutkan kat rumah aku biasanya Cik Salina engkau selalu masak ikan asam pedas je kan. So, sempena bulan ramadan ini, aku try ubah selera dengan menggunakan ayam pulak,  pastinya Cik Salina engkau terkejut malah berbangga bahawa anak bujangnya bukan sahaja reti memasak megi semata-mata. Haha.

Tak kan la sebulan kau puasa sebulan kau nak ke bazar ramadan kan? Seperti biasalah, tekak aku ni tekak javanese, jadi aku prefer masakan orang kampung than Italian dish;  pasta, lasagna, spaghetti  bagai. Dah nama pun berbuka puasa, makan nasik la best! Hehehe
Sedikit informasi, resepi ini telah disponsor oleh Cik Puan Maz. Thank you Maz!

Aha macam ni la rupenye ayam asam pedas yang siap tu, lupa pulak aku nak amik gambar hasil titik peluh aku tu, so aku grab gambar google je la.. Hehe. Credit gambar to: http://www.tiffinbiru.com

Ok, kalau sudah terliur jom sediakan bahan-bahan seperti dibawah:

Bahan
1.Seekor ayam di potong 14 (Suka potong kecil supaya cepat empuk & mesra gitu)
2.Jus asam jawa
3.Garam & serbuk perasa (secukup rasa)
4.Minyak masak (5 sudu makan)
5.Daum kesum

Bahan untuk menumis (dikisar halus)
1.Lada kering (lebih kurang segenggam/50 gram)
2.Bwg putih 2 ulas
3.Bwg kecil 6 ulas
4.Bwg besar 1 biji
5.Kunyit (2 inci)
6.Halia (2 inci)
7.Lada hitam (1 sudu makan)


Cara-cara: 
  1. Lada kering digunting dan direbus barang 4-5 minit bagi membuang bijinya, kemudian buang airnya
  2. Lada kering tadi bersama bahan-bahan menumis dikisar (campurkan secawan air masak bersama)
  3. Panaskan minyak dalam periuk
  4. Masukkan bahan yang siap dikisar. Kacau-kacau barang 15-20 minit sehingga pecah minyak. Pecah minyak tu maksudnye macam larva gunung berapi. Kawal dan slow-kan api.
  5. Masukkan ayam. 
  6. Masukkan air barang 8 cawan. Pastikan air/kuah meliputi ayam tadi dan biarkan ayam terendam. 
  7. Masukkan jus asam jawa basuhan pertama. Kawal api. Tutup periuk dan biar mendidih.
  8. Masukkan garam sesudu kecil/secukup rasa. Boleh letak serbuk perasa jika berminat. Dan masukkan daum kesum.
  9. Masukkan jus asam jawa basuhan kedua, tutup periuk dan biar mendidih. Cucuk ayam guna garfu utk pastikan ayam betul-betul masak/empuk. Matikan api.
  10. Hidangkan bersama milo ais.

P/s: Sebagai bahan sampingan boleh juga dimasukkan sayur seperti bendi/tomato/kentang jika berminat..

Senang kan? Jadi apa lagi, selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

August 1, 2012

Mr Uberman 2012 : HURRY!!!

UBERMAN sekali lagi mengajak jejaka yang mempunyai personaliti menarik, segak, tampan dan berkarisma untuk menyertai Pencarian Mr.Uberman 2012. Pencarian ini bermula dari sekarang and will continue to run till the 30th of Sept 2012. It's still not too late to join!

Ok, antara terma dan syarat adalah seperti berikut:


How do I enter?

What would I win?
I’m putting up this post for Mr Ubermen for no pun intended. I hope those who reads this and have interest do take part and give it a try. Orang kata tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa tahu, isn't it! So, feel free to visit the Facebook page for more information.

CLOSE

Copyright reserved by Zero to Hero's Blog Edited by Caersasuke