May 22, 2012

Selamat Datang Rejab

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Sekejap je masa berlalu, sekarang kita dah masuk bulan Rejab, lepas ni Syaaban-Ramadhan-Syawal, Yeay RAYEEE.... Eh, eh.. bukan tu yang kite nak cakap kat awak, kite nak ingatkan je awak tu dah ganti ke puasa tahun lalu? Haha..


Tahu tak, bulan Rejab ni merupakan salah satu dari bulan 'Haram' dalam Islam termasuklah Muharram, Zulkaedah dan Zulhijjah. Kebanyakan imam empat mazhab (Syafie, Hanbali, Maliki dan Hanafi) bersetuju mengenai terdapatnya amalan berpuasa sunat didalam bulan-bulan haram ini, cuma ia berbeza pendapat mengenai cara implementasinya. Firman Allah dalam Surah At-Taubah: 9
"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa." 
Namun, banyak hadis-hadis dhai'f dan palsu mengenai fadhilat (kelebihan) beramal didalam bulan Rejab ini. Salah satu hadis palsu yang paling popular ialah:   
"Rejab bulan Allah. Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku"


Selain itu, ada juga hadis-hadis dhai'f yang menyatakan:
  • Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.
  • Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.
  • Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.
  • Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.
  • Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.
Perlu diingatkan hadis-hadis diatas adalah dhai'f dan mawdhu' (palsu). Sebagai umat Islam kita tidak seharusnya beramal untuk mendapat ganjaran  semata-mata. Kita juga dilarang memilih hari atau malam yang tertentu sahaja untuk melakukan ibadat khusus. Hal ini kerana, yang lebih utama adalah mendapatkan keampunanNya. Awasi diri kita dari terlibat menyebarkan hadis-hadis palsu, kerana ditakuti kita adalah sebahagian dari mereka yang mendustakan Rasulullah s.a.w. (Nauzubillahhu min zalik)

Untuk itu perlunya kita menghayati peristiwa-peristiwa bersejarah yang berlaku di bulan Rejab seperti Peperangan Tabuk, Pembebasan Al-Aqsa dari tangan tentera Salib dan berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. Untuk lebih lanjut boleh rujuk sini. 







May 21, 2012

Tahniah Kepada ZyraRoxx!


Assalamualaikum & Selamat sejahtera
Yang dihormati tuan pengerusi majlis, barisan para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru serta rakan-rakan yang saya hormati sekalian.. berdirinya saya pada pagi ini adalah bla bla bla.....
Hehe.. teringat lah pulak masa sekolah dulu masuk debat sempena Hari Guru, so dikesempatan ni nak wish Hepi Belated Teacher's Day buat semua guru di Malaysia termasuk guru mengaji dan guru memanduku.. Ade pulak belated-belated yea? Sorry i'm late.. thehehe

Sebenarnya beberapa minggu kebelakangan ni agak sibuk juga pasal urusan kerja dan program-program  seharian.. Gaji bulan lepas pun tertunggak berapa ratus lagi ni, (saje kasi bold) Ada banyak isu yang perlu disettlekan satu-persatu.. Idea nak menulis dan mengupdate blog tu ade tapi tu lah masalahnye...

Okey, takpe kite jalan slow-slow...
Firstly, aku nak bagitau satu khabar gembira iaitu blog kesayangan aku (walau bukan kesayangan ramai) telah berhasil mencecah sehingga 100 orang followers! Yeay!! Riak? Menunjuk? Tidak sama sekali. Pasal 100 followers tu bukan ramai mana pun, aku cemburu dengan engkau punye followers lagi ramai kan, tapi aku tetap nak melahirkan rasa syukur dan gembira pasal aku tak la mensasarkan kepada followers sebenarnya.. Aku sendiri pun sebenarnya jarang-jarang nak follow blog orang, suka jadi silent reader je.

Dan, sampailah kepada orang yang ke-100 beberapa bulan yang lepas, cume lambat je nak update.. Aku kan memang selalu ketinggalan bas.. phew. Sebenarnya aku dapat idea ni pun sebab dulu aku pernah menjadi followers yang ke-100 kat blog Naz Azhar, boleh review entry berikut : Award Follower ke-100.

Berbalik kepada pemilik blog ZyraRoxx | Keep on Roxxin! ni hah rupa pemilik blog tersebut. Aku tak berniat nak promote tuan punye blog sebenarnya, hehe tapi blog beliau tersangatlah awesome dan very the cantik. Penulisan beliau sangat sempoi & at the same time very informative entries. .ade doodles comels, ade gambar cantik-cantik, ade.. ade.. ade macam-macam lah!
P/s: Sometimes I used to speak like pondan~ ngehehe.

* tibe-tibe terpromote beliau.. hehe, jemput singgah: SINI

Ok, satu yang aku rasa hebat pasal beliau adalah beliau bukan hanya menulis secara semberono, setiap entry pasti ada fakta-fakta menarik dan ini membuktikan beliau membuat research dan sedikit kajian sebelum menghasilkan sesebuah entry. Hebat kan? Bravo-bravo..

Eh, banyak pulak membebel pasti kau rasa bosan yang amat. Ok lah, that's all for today, thank you.


May 9, 2012

EH! Blogger Wanita Jer....



Anda mungkin bertuah memenangi hadiah utama iaitu Penampilan Khas dalam Majalah EH! isu September 2012, Wang Tunai RM2000, Baucer Levi's bernilai RM1000 serta menerima LENCANA ANUGERAH yang akan dipamerkan di laman blog anda. Mudah saja, ikuti langkah-langkah berikut sebelum tarikh tutup 31 Mei 2012..
Langkah 1: Ambil gambar anda menggayakan seluar jean Levi’s® kegemaran dan nyatakan mengapa potongan yang menjadi keutamaan anda, bukan saiz. Langkah 2: Sertakan butiran lengkap anda seperti nama, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nombor telefon, blogspot, alamat dan e-mel ke promotions@bluinc.com.my sebelum 31 Mei 2012. (tajuk: EH! Levi’s® Curve ID Blogger’s Award)
P/s: Sayangnya peraduan ni untuk blogger wanita sahaja. tsk tsk tsk.. Takpe lah, nanti kalau awak dah menang boleh la kongsi hadiah tu ye, hehe.. Ok, boleh tengok iklan promosi kat sini: EH!
 

CLOSE

Copyright reserved by Zero to Hero's Blog Edited by Caersasuke