November 30, 2011

Ucapan Takziah Kepada Keluarga si Mati..

Assalamualaikum & Slmt Sejahtera

Lama tak update blog ni.. Sepanjang tempoh ni, banyak perkara yang telah berlaku.. Antaranya, pada 24 November 2011 pakcik aku, Mahadir Adam telah kembali ke rahmatullah.. Takziah diucapkan kepada ahli keluarga, terutama isteri; Marsha Mahdir & anak-anak Farriz Daniell & Hazmi Hariz..


..Al-fatihah buat Allahyarham..

Kesian aku tengok muka budak-budak tu, kecik lagi dan tak tau apa-apa.. Sehari selepas tu, boleh pulak si abang (Hazmi Hariz) cakap kat aku: "Malam tadi papa jadik pocong!" Seram plak aku dibuatnya, huhu.. mungkin sebab dia tengok jenazah papa dia yang dah siap dikapankan malam tu.. 

Dan khabarnya, arwah meninggal kerana terhidu gas beracun di tempat kerjanya mengorbankan dua nyawa, termasuk seorang rakan arwah.. Banyak perkara yang perlu disettlekan, pastinya hal ini memberi tamparan hebat kepada aunty aku..
Firman Allah, Surah Ali-Imran 185: Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.. 
Maka, redhalah dengan pemergian arwah.. sesungguhnya Allah lebih menyayanginya dan Malaikat Maut telah menjalankan tugasnya atas perintah Allah. Walau apapun penyebabnye kita yang hidup perlu teruskan kehidupan dan mendoakan mereka yang sudah tiada. 
Semoga Allah memelihara kita & diberi serta dikekalkan hidayah serta taufiq-Nya hingga ke akhir hayat.. Wallahualam..

CLOSE

Copyright reserved by Zero to Hero's Blog Edited by Caersasuke