October 31, 2010

My Self - Who am I?

Assalamualaikum & Salam sejahtera...

Salam perkenalan untuk semua... sebelum aku berbicara lebih lanjut dalam blog yang tak seberapa ni, let me introduce myself to all of you.. Aku pun tak tahu nak mula dari mana. Hmm.. how to describes ourself? Oh ye, paling senang adalah dengan menyamakan diri kita dengan seseorang atau sesuatu yang well known.

Pada mulanya aku anggap diri aku ni macam Superman sebab aku suka watak super hero tu. Pulak tu nama aku bermula dengan huruf "S" tapi macam cibai je aku rasa, haha, so aku reset my mind jadi watak Kakashi pulak, seorang shinobi yang hebat dan cikgu kepada Uzumaki Naruto. Pastilah aku memilih Kakashi kerana matanya yang sebelah lagi tu boleh buat jurus sharingan! Ceh bajet mata aku ni boleh buat lagu tu jugak la? Noob.Biasalah budak-budak memang mudah dipengaruhi.. 


Pastu ada la jugak aku bercita-cita jadi macam Jacob dalam Twilight tu, atau Song Jong Ki dalam Running Man, Pergh.. angan-angan mat jenin betul! Tapi bila fikir balik semua watak @ figure tu lebih kepada siapa yang aku ingin jadi, bukan siapa diri aku yang sebenar, kan? Kan tujuan entri ni nak memperkenalkan diri, so aku kena describe dengan betul, this is real me. Gitu..
 
Ok, i got it!

NOBITA! Tahu Nobi Nobita? Nobita watak utama dalam Doraemon series tu? Yah, kartun tu mirip aku. Hampir 99.99%! Dari suduf fizikal ukuran saiz badan aku 'sedang-sedang elok', tidak terlalu gemuk dan tidak terlalu kurus, sebijik macam NOBITA. Tidak berapa rendah, dan tidak berapa tinggi, macam NOBITA jugak. Malah dari segi penampilan dan perangai pun hampir sama. Memakai spek, suka tidur siang, kuat tidur tak kira waktu, pemalas tahap gaban, suka makan, suka perempuan berdahi licin tapi malu meluahkan, (pon boleh?), suka membaca komik dan menonton televisyen serta tidak aktif bersukan & tidak produktif langsung, sejibik macam NOBITA kan!

Nobita mempunyai seorang ibu yang garang tetapi baik hati, Eh sama pulak macam Cik Salina engkau ye? Haha, siap mengata mak sekali ni. Takpe, mak gua rock! Nobita suka kucing (DORAEMON), maka aku pun suka jugak! Tapi kucing aku tak bijak macam Doraemon, kucing aku hampeh! buat perabih boras ajo yop! Hehe.. Apa pun, mereka tomei-tomei :)

Ok cukup!
Yang bestnya tentang diri aku ni (nak jugak angkat bakul sendiri) ialah aku seorang yang suka berkawan dan setia kawan macam NOBITA! Tidak mudah berputus asa macam NOBITA! Tiba-tiba menjadi cerdik dalam situasi kritikal sama macam NOBITA! Disukai ramai dan mempunyai sifat penyayang kepada haiwan, tumbuhan dan alam semesta, serta suka mengembara.. Lagi satu aku boleh buat suara macam Nobita, haa... kau boleh?



P/s: tak tau ape motif aku sebenarnya ni, bikin malu saja... Ahhh, belasah, siap satu entri! Hehe



CLOSE

Copyright reserved by Zero to Hero's Blog Edited by Caersasuke