November 3, 2010

Hanya Bacaan Dewasa...

Hari ni aku nak cerita tentang kisah percintaan. Kisah cinta yang sadis di abad ini. Kalau buat novel tu pasti laris mcm pisang goreng panas dan kalau bikin filem mesti box-office! (Saje kasi kau teruja) So, aku nak kongsi jak la ni sedikit sebanyak pengalaman aku yg boleh dijadikan pedoman hidup korang kan.. Yg baik jadikan teladan dan yg buruk jadikan sempadan, Ok bebeh~
 
 Hati aku terpaut pada si dia ketika sama-sama melanjutkan pelajaran di negeri orang. Kami bermula sebagai kawan, setelah si dia mengubah prinsip yang kawan baik itu boleh menjadi teman, aku telah membiarkan si dia begitu sahaja, tiada usaha ke arah hubungan yang lebih serius. Walaupun pada ketika itu aku mempunyai alasan yang begitu kukuh, namun aku tak mampu untuk menyatakan hal yang sebenar. Aku akui salah aku, lembap dan tiada keyakinan, susah nak tunjukkan expression yang aku betul-betul menyayanginya. Kadang kala hati aku sangsi sejauh mana cinta si dia kepada aku? Sampai la satu tahap si dia dah tak boleh nak tunggu lagi.. waktu tu hati si dia dah kosong, time tu la baru aku sedar yang aku da buat satu kesilapan besar. Si dia hanya mampu utk menerima aku sebagai seorang sahabat, dan aku juga tidak mahu menjadi penghalang dalam perjalanan hidupnya serta mengongkongnya semata-mata untuk keinginan diri aku sendiri. Aku tak nafikan la, ia sangat menyakitkan.. lebih-lebih lagi melepaskan sesuatu yang kita sayangi. Namun aku redha dgn ketentuan-Nya. Mungkin ada hikmah disebalik semua ni.. Tisu, tisu... 

Ni la waktu bahagia kami.. gambar-gambar ni aku potretkan kat blog ni sebagai kenangan silam aku..
Harap-harap tak dak siapa marah especially bakal isteri aku nanti. Lol!

Memang aku sedikit terpukul dgn perkara ni.. Maklumla dalam hati ada taman. But, life must go on right? So, aku rasa mungkin anda di luar sana mempunyai peluang yang agak cerah! (kasi promote diri sendiri la sikit hehe). Aku ni jenis yg memilih sikit, apa yang aku pilih ialah sebagaimana yang di anjurkan; Agamanya, keturunannya,  rupa parasnya dan hartanya. Bukan mencari kesempurnaan tetapi biarlah yang berserdehana sahaja. Tak perlu la yang cantik-cantik sangat. Yang buat-buat cantik (gedik/make up tebal sekilo) paling aku menyampah! So, be yourself, proud to be yourself, Ok baby!

Selain tu ada jugak ciri-ciri lain (ops,jangan mengeluh dulu ye..hehe), dia mestilah boleh memasak dan menjahit. Sebab ape? Sebab aku nak anak-anak aku membesar dgn air tangan ibu mereka. Bak kata org tua, nak jaga suami kena jaga makan dan pakai dia. dulu kan. so, aku rasa benda ni agak munasabah jugak la kan..
Syarat-syarat lain,
  1. suka pada kanak-kanak & haiwan (harimau, biawak dan yang seumpama tu dikecualikan lah ye, hehe)
  2. menghormati ibu bapa dia dan mertua..
  3. boleh menerima pendapat org lain, dan boleh menyatakan pendapat (menegur dgn berhemah)..
  4. yg penting tak main kayu 3.. Sebab aku berjanji tidak akan menduakannya. Menigakan atau mengempatkannya pun tidak! So, rahsia dan kisah peribadi dia yg lepas aku tak nak persoalkan lagi bila kami sudah berumahtangga (Sebab aku akan menerima siapa dia waktu tu, bukan sejarah hitam yang mungkin dia pernah lalui...insyaAllah, aku yakin boleh kotakan!)
  5. dia mestilah Original.. bukan makhluk Tuhan paling Sexy jenis Amfibia, faham ye!
  6. Serta syarat2 lain yg mungkin aku tak terfikir waktu ni... ( aku rasa hari ni jugak aku akan di black list dari list korang semua.. Haha)
Aku sangat serius bila bercakap tentang masa depan. Bila aku serius, aku tak akan main2... bila aku tak main2, tu tandanya aku sedang serius! So, please pay attention!

Sygku Sandra !

Nama meow ni SANDRA! Aku jumpa meow ni kat Kolej Kediaman E, Universiti Malaysia Sabah. Masa tu dia kecik lagi, mata pun masih melekat lagi. Tak tau mana ibu bapa dia, mungkin dia seekor anak terbuang. Kesian dia, mengeow-ngeow dia dtg kat bilik aku. Waktu tu aku miskin, so aku cume mampu kasi dia susu F&N je, tak mampu nak kasi Whiskies. Sorry Sandra!

Dia suka tidur kat katil aku, bila aku tidur dia akan naik belakang badan aku dan menyandar kat sana. Kuat tau dia bendengkur. Kdg2 aku perati je time nak tidur mesti dia gigit2 hujung sarung bantal. Tak senonoh betul! Tapi aku rasa dia nak menyusu tu. Tapi malangnya aku xbole nak menyusukan dia, so aku bagi dia gigit jari manis aku sampai la dia tertidur. Kesian kan?

Bila dia besar sikit dan comel semua org nak amik dia. Aku teringin jugak nak amik bawak dia naik kapal terbang, tapi tak bole sbb takut dia akan kena kejutan budaya kat sini. So, aku biarkan dia membesar kat tempat dia, sekurang2nya dia boleh menjejaki ibu dan bapanya dan adik beradiknya yg lain. Sekarang dia da besar kot? Hilang sudah jejaknya, mungkin skrg dia dah pandai nak menggatal dan ikut si jantan hidung belang lari dari rumah (=_=*)

Sandra, dlm kenangan (T.T)

November 2, 2010

Kerja, kerja, kerja...

Assalamualaikum & Salam sejahtera
Ni gmbr lama dorg, hensem ke? hehe.
Hari ni aku sgt gembira (penat juga dlm masa yg sama) sbb telah mengikuti pergerakan ke Negeri bersama 2 org pegawai iaitu En.Ismail & En.Fauzi… serta En.Hairul (driver). 
Setelah menghantar En.Ismail & En.Fauzi meeting, aku kemudiannya ditemani En.Hairul ke CIDM, ABM (Akademi Binaan Malaysia) utk mendapatkan maklumat berkenaan kursus2 kemahiran yg boleh ditawarkan utk klien kami.
Abg.Halim & Pn.Salmiah (PLP aku)
Setelah itu, kami singgah pekena teh tarik secawan utk menghilangkan rasa dahaga dan mengantuk sepanjang 1jam perjalanan ke Negeri.
Kemudian, kami singgah ke Pejabat Daerah Johor Bahru utk mencuci kenderaan jabatan. Wah! Aku sungguh teruja kerana dpt mengimbau kenangan semasa berpraktikal di sini pada suatu ketika dulu. Telah banyak perubahan pada pejabat terutamanya susun atur dan tikar getah baru. Aku beramah mesra dan melepaskan rindu dengan pegawai2 di situ diantaranya Hasniah, Fakrurazi, En.Din, Nuhairi, Zihamdi, Saiful, Khairul Ain, Hamdan, Pn.Salmiah, Nizam, Tuan Azman… namun tidak berkesempatan berjumpa dengan Pn.Azyyati, Mariam, Adila, Nadzri, Esa, Hairul dll… hmmm..

Pn.Azy & Farish
 Mereka memuji ketampananku ^^v
…dan menanya gaji aku dah masuk ke belum??...
…. Aku ckp belum! (ringkas dan padat)
Paling penting, aku tengok Bobby dah besar panjang, kacak bergaya dan sangat aktif berolahraga… (Bobby : seekor ikan flower horn)…
Dalam jam12 tengahari, kami naik semula ke Negeri utk menjemput En.Fauzi dan En.Ismail pulang.. sempat juga aku bertemu dgn CC, Tn.Hj.Nor utk mendapatkan surat pengesahan jawatan. Dalam perjalanan pulang En.Fauzi telah membelanja kami makan cendol, dan aku pula membelanja makan mal gelek (kuih favourite aku tu..). Sedap dan lazat!

October 31, 2010

My Self - Who am I?

Assalamualaikum & Salam sejahtera...

Salam perkenalan untuk semua... sebelum aku berbicara lebih lanjut dalam blog yang tak seberapa ni, let me introduce myself to all of you.. Aku pun tak tahu nak mula dari mana. Hmm.. how to describes ourself? Oh ye, paling senang adalah dengan menyamakan diri kita dengan seseorang atau sesuatu yang well known.

Pada mulanya aku anggap diri aku ni macam Superman sebab aku suka watak super hero tu. Pulak tu nama aku bermula dengan huruf "S" tapi macam cibai je aku rasa, haha, so aku reset my mind jadi watak Kakashi pulak, seorang shinobi yang hebat dan cikgu kepada Uzumaki Naruto. Pastilah aku memilih Kakashi kerana matanya yang sebelah lagi tu boleh buat jurus sharingan! Ceh bajet mata aku ni boleh buat lagu tu jugak la? Noob.Biasalah budak-budak memang mudah dipengaruhi.. 


Pastu ada la jugak aku bercita-cita jadi macam Jacob dalam Twilight tu, atau Song Jong Ki dalam Running Man, Pergh.. angan-angan mat jenin betul! Tapi bila fikir balik semua watak @ figure tu lebih kepada siapa yang aku ingin jadi, bukan siapa diri aku yang sebenar, kan? Kan tujuan entri ni nak memperkenalkan diri, so aku kena describe dengan betul, this is real me. Gitu..
 
Ok, i got it!

NOBITA! Tahu Nobi Nobita? Nobita watak utama dalam Doraemon series tu? Yah, kartun tu mirip aku. Hampir 99.99%! Dari suduf fizikal ukuran saiz badan aku 'sedang-sedang elok', tidak terlalu gemuk dan tidak terlalu kurus, sebijik macam NOBITA. Tidak berapa rendah, dan tidak berapa tinggi, macam NOBITA jugak. Malah dari segi penampilan dan perangai pun hampir sama. Memakai spek, suka tidur siang, kuat tidur tak kira waktu, pemalas tahap gaban, suka makan, suka perempuan berdahi licin tapi malu meluahkan, (pon boleh?), suka membaca komik dan menonton televisyen serta tidak aktif bersukan & tidak produktif langsung, sejibik macam NOBITA kan!

Nobita mempunyai seorang ibu yang garang tetapi baik hati, Eh sama pulak macam Cik Salina engkau ye? Haha, siap mengata mak sekali ni. Takpe, mak gua rock! Nobita suka kucing (DORAEMON), maka aku pun suka jugak! Tapi kucing aku tak bijak macam Doraemon, kucing aku hampeh! buat perabih boras ajo yop! Hehe.. Apa pun, mereka tomei-tomei :)

Ok cukup!
Yang bestnya tentang diri aku ni (nak jugak angkat bakul sendiri) ialah aku seorang yang suka berkawan dan setia kawan macam NOBITA! Tidak mudah berputus asa macam NOBITA! Tiba-tiba menjadi cerdik dalam situasi kritikal sama macam NOBITA! Disukai ramai dan mempunyai sifat penyayang kepada haiwan, tumbuhan dan alam semesta, serta suka mengembara.. Lagi satu aku boleh buat suara macam Nobita, haa... kau boleh?



P/s: tak tau ape motif aku sebenarnya ni, bikin malu saja... Ahhh, belasah, siap satu entri! Hehe



July 10, 2010

Lirik Lagu Why Did I Fall In Love With You – DBSK | TVXQ











Tvxq - Why Did I Fall In Love With You


Doushite~ kimi wo suki ni natte shimattan darou
Why did I fall in love with u
Donna ni toki ga nagarete mo kimi wa zutto
No matter how much time has flown by
Koko ni iru to omotteta noni
I thought u would always be here
Demo kimi ga eranda no wa chigau michi
But what u choose was a different path

Doushite~ kimi ni nani mo tsutaerarenakattan darou
Why couldnt I get through to u?
Mainichi maiban tsunotteku omoi
The feelings get stronger day n night
Afuredasu kotoba wakatteta noni
The overflowing words although understood
Mou todokanai
Will never reach u again
Hajimete deatta sono hi kara
From the day we first met
Kimi wo shitteita ki ga shittanda
I felt like I’ve known u
Amari ni shizen ni tokekonde shimatta futari
We melted into each other so naturally
Doko ni iki nori mo isshou de
We went everywhere together
Kimi ga iru koto ga touzen de
U would always be there
Bokura wa futari de otonaninatte kita
We’ve grown up together
Demo kimi ga eranda no wa chigau michi
But what u choose was a different path
Doushite~ kimi wo suki ni natte shimattan darou
Why did I fall in love with u
Donna ni toki ga nagarete mo kimi wa zutto
No matter how much time has flown by
Koko ni iru to omotteta noni
I thought u would always be here
Mou kaerenai
But I can’t go back anymore
Tokubetsuna imi wo motsu kyou wo
This day of special meaning
Shiawase kao de tatsu kyou wo
This day u stand with a happy face
Ki reina sugata de kami sama ni negatteru kimiwo
Beautifully praying to god
Boku janai hito no tonari shukufukusareteru sugata wo
Beside someone who’s not me and being blessed
Boku wa douyatte miokureba ii no darou
How shall I let that go?
Doushite~ kimi wo suki ni natte shimattan darou
Why did I fall in love with u
Ano no koro no bokura no koto
What we did during those days
Mou modorenai (kangaeta~)
I can’t return to it anymore (I’ve thought it over)
Doushite~ kimi note wo tsukami ubae nakattan darou
Why couldnt I hold on to ur hands?
Donna ni toki ga nagare te mo kimi wa zutto
No matter hoe much time hv flown by
Boku no yoko ni iru hazu datta
I thought u would always be beside me
Sono mama aii
Just like we were
Soredemo~ kimi ga boku no soba hanarereteite mo
Eventhough u’re away from my side
Eien ni kimi ga shiawase de iru koto tada negatteru
I’m just praying u’ll be happy forever for eternity
Tatoe sore ga donna ni sabishikute mo
No matter how lonely I may be

CLOSE

Copyright reserved by Zero to Hero's Blog Edited by Caersasuke