January 24, 2013

Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

Assalamualaikum & Salam Maulidurrasul 1434H


Bertepatan dengan tema Sambutan Maal Hijrah; Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah, turut diangkat sebagai tema Sambutan Maulidurrasul kali ini. Wasatiyyah dari segi bahasa Arab membawa maksud seimbang dan pertengahan. Dalam konteks istilahnya ialah suatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan Negara Malaysia yang bersifat menyeluruh berdasarkan kepada ajaran Islam yang diamalkan secara sederhana serta berimbang bagi melahirkan individu dan masyarakat yang cemerlang.

Wasatiyyah dikalangan umat ini dapat disaksikan apabila umat tersebut tidak mengamalkan pendekatan Ifrat yang membawa maksud terlampau ketat, keras, ekstrim dan tasyaddud. Sementara tafrit pula terlalu longgar, terlampau mengambil mudah dan cuai. Menurut Imam Muhammad Abduh; Ifrat adalah lebih dari kadar yang sepatutnya, manakala tafrit adalah kurang dari kadar yang sepatutnya. Samada Ifrat mahupun tafrit kedua-duanya adalah terseleweng dari landasan yang lurus dan ia adalah tercela. Maka yang terbaik adalah ditengah-tengah antara kedua-duanya.(Rujukan)

Ingin aku kongsikan ceramah yang telah disampaikan oleh Ustaz. Sharhan  Shafie, pengamal perubatan Islam  yang popular dengan buku kontroversi beliau mengenai 77 nama Islam yang menjadi kegemaran jin. Beliau telah dijemput sebagai penceramah undangan di Masjid Jamek Kota Tinggi sempena Sambutan Maulidurrasul kali ini.Menurut Ustaz Sharhan ;

Manusia memerlukan dua jenis makanan, iaitu makanan rohani dan makanan jasmani. Bersihnya hati seseorang muslim itu dapat dilihat melalui perbuatan serta amalannya. Jika bersih hatinya, maka baiklah amalannya. Dan jika kotor hatinya, buruklah perangainya. Maka, ustaz telah berkongsi pengalaman beliau tentang kepercayaan masyarakat muslim pada hari ini terhadap bomoh dan amalan-amalan syirik yang boleh mengganggu aqidah umat Islam secara keseluruhannya. Menurut Ustaz Sharhan lagi, tiada satupun amalan 'bedah batin' yang wujud didunia ini selain daripada pembedahan yang dilakukan oleh malaikat Jibril keatas Nabi Muhammad s.a.w sebanyak 2 kali, iaitu semasa baginda kecil & sekali lagi ketika peristiwa Isra' Mikraj. Hati Nabi Muhammad s.a.w telah dibasuh menggunakan air zam-zam dan ayat daripada Surah Al-Isra' ayat ke-82 telah dibacakan:


Turut diceritakan oleh ustaz peristiwa Nabi Ayub a.s. Iblis laknatullah, telah memohon kepada Allah s.w.t untuk menguji iman Nabi Ayub a.s. Atas perkenan-Nya, diriwayatkan bahawa Nabi Ayub a.s. telah diuji dengan sakit yang amat pedih sehinggakan keluar ulat-ulat di kepala baginda a.s. Namun, sedikitpun tidak menghalang Nabi Allah, Ayub a.s. untuk sujud kepada Allah. Malah, sebaik sahaja selesai sujud, Nabi Ayub a.s. meletakkan semula ulat-ulat tersebut keatas kepala baginda.

Para malaikat yang menyaksikan peristiwa ini memohon agar Allah meringankan dan menyembuhkan penyakit Nabi Ayub a.s. Allah berfirman yang maksudnya, "Mintalah kepada-Ku, Kun Fayakun. Jadi, maka jadilah"
Maka, malaikat turun disisi Nabi Ayub a.s. untuk memberi khabar gembira tersebut. Nabi Ayub a.s., seorang Nabi Allah yang bersifat maksum, tidak tergesa-gesa untuk disembuhkan. Malah baginda telah memuji-muji Allah s.w.t dengan doa yang dibacakan di dalam Surah Al-Anbiya' ayat ke-83.


Menurut Ustaz Sharhan, doa ini InsyaAllah jika diamalkan, mujarab untuk menyembuhkan penyakit yang dihadapi. Penemuan ulat dalam perubatan moden seperti mengubati penyakit kencing manis (potong kaki) dan barah payudara sebenarnya telah ditemui daripada kisah Nabi Ayub a.s. sejak beribu tahun yang lalu. Masya-Allah!

Daripada kisah-kisah yang dikongsikan ini sedikit sebanyak mencarik rasa rindu kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w selain berusaha mencari penawar penyakit berpandukan al-quran yang merupakan mukjizat terulung yang diturunkan kepada baginda s.a.w. Maka, bersempena hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w ini, marilah kita memperbanyakkan selawat dan salam ke atas baginda...

اللهم صل على سيد نا محمد وعلى اله و صحبه وسلم
Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhammad Wa 'Ala Alihi Wa Sohbihi Wa Sallim
" Ya Allah kurniakanlah selawat dan salam ke atas junjungan kami Muhammad serta ahli keluarga dan para sahabat baginda s.a.w "


P/s: Kenang kembali sejarah Rasulullah s.a.w di SINI.

January 22, 2013

Menyediakan Link Blog Semasa Follow Blog Orang Lain

Assalamualaikum & Salam sejahtera

Ingat tak tutorial yang lepas aku ada ajar camna nak buat pengunjung selesa untuk komen di blog korang. Ada sesiapa yang belum try? Boleh rujuk SINI semula lah. So hari ni aku ada satu lagi tutorial. Hahaha. Ok satu je, lepas ni aku takkan buat tutorial lagi dah.

Eh cop! cop! Iklan kejap. Sebelum tu aku nak tanya sikit la pasal coding kat gadget comments aku ni. Aku baru pasang gadget ni supaya senang aku nak pantau the latest comment yang masuk dalam blog ni. Tapi aku tak reti bab coding-coding ni. Tengok gambar ni masalahnya. Aku cuma nak tukar warna tulisan tu jadi hitam & buang background hitam yang ada pada owner blog tu.. Ada sesiapa yang pakar kat sini? Tolong la bagi komen nanti aku rujuk semula kat blog / fb korang untuk beri code dia... Terima kasih.


Tutorial kali ni aku tak reti nak describe camana.. hmmmm... hmmm..
Berbalik kepada tajuk diatas, bagaimana cara memastikan link blog  wujud bersama ketika follow blog seseorang? Ok macam ni, kalau ada someone follow blog kita, mesti kita rasa teruja kan? (Aku lettew.. huhu) So, secara tak langsung kita akan mengklik gambar follower tersebut untuk mengetahui siapakah gerangan manusia yang baik hati nak follow blog kita tu kan?

Tapi masalahnya apabila dah klik tu kita tak dapat nak akses ke blog mereka disebabkan tiada link ke blog mereka. Faham tak? Alangkah ruginya kalau tiada link blog untuk diakses ke blog kita. Buat penat je letak gambar Neelofa sebagai profile picture tu kan. Hihi. So, aku sediakan tutorial ni bagi korang yang terlepas pandang.

Di atas ni ada tiga contoh follower yang dah follow blog aku tapi aku tak tau blog mereka disebabkan tiada link yang disertakan pada profile masing-masing. Sebenarnya dah banyak aku jumpa, sebab tu orang akan salah anggap kita ni sombong kalau taknak follow back. Bukan tak nak follow, tapi tak jumpa link blog diorang. Tupun nasib-nasib la kalau diorang ada komen kat entri @ shout box kan.. Nampak tak? Betapa ruginya kan?

Ok, sebenarnya langkah-langkah meletak link pada blog ni mudah sahaja:

Selepas menekan button follow pada satu-satu blog, page ini (seperti gambar dibawah) akan keluar. Sebelum menekan button Follow this blog, tekan button More options terlebih dahulu..

    Dan, page ini pula menyusul. Pastikan ada simbol blogger (warna oren) muncul. Jika tiada tu maksudnya tiada link blog yang disertakan sama semasa memfollow blog tersebut. Ok, apa yang anda perlu buat kalau tiada...

      ... tekan pada use it instead (atau juga boleh menggunakan Add links)...


      dan setelah itu,  pilih Blogger untuk blogger profile atau anda boleh memilih mana-mana button yang terdapat disitu sekiranya anda mempunyai akaun lain dan menginginkan orang memfollow Twitter, Netlog, etc.. Bagi yang tiada akaun blogger (Anonymous) boleh juga mengikuti blog dengan memilih akaun Google.


      Dan akhir sekali click button Follow & Done!
      Tara... Double check untuk memastikan yang profileanda benar-benar mempunyai link yang boleh diakses ke blog masing-masing. SEKIAN~


      P/s: Tahniah kepada Nadia Farhana kerana menjadi follower yang ke 200! Bravo! Bravo!
      Ucapan terima kasih seharusnya ditujukan kepada semua yang melawati, membaca, mengulas (komen) dan mengikuti blog ZERO to HERO. Walaupun angka yang tertera masih 'muda' namun kepuasan berblog tu letaknya kepada kepuasan anda yang membaca.
      Terima kasih sekali lagi :")

      January 15, 2013

      Cara Buang Word Verification & Buat Komen Pop-up Pada Blog

      Assalamualaikum & salam manis tanpa gula,


      Panjang pulak tajuk entri....
      Eh, ini hari aku nak buat tutorial sikit la, boleh tak? Sebenarnya aku ni bukan pro sangat pun bab edit-edit blog ni, yang basic-basic tu ok la.. Dan aku tak terfikir pulak nak buat blog tutorial, sebab apa-apa masalah kau boleh je refer kat google.

      Tapi untuk masalah ni sebenarnya adalah masalah aku sendiri. Mungkin bukan masalah kau, sebab mungkin kau tak de masalah pun dengan masalah ni. Oleh tu aku terpaksa la buat tutorial ni. Kalau tidak, aku pun tak hingin la nak buat! (Eh, kau dah kenapa meroyan ni setan?)

      Kejap ea, aku nak tanya kau ni. Kau tau tak apa itu word verification? Ni ha menatangnya:

      Sebenarnya takda la besar mana masalahnya pun, cuma aku ni biasanya suka bagi komen bila sesekali blogwalking tu. Tapi the problem is, word verification for comment ni membuatkan mata aku kecik besar! kecik besar! kecik besar! nak baca apa la tulisan yang terpapar kat situ tu ha. Dah lah aku ni OKU! Last-last kalau aku geram aku kasi pangkah je, tapi kalau aku baik hati aku tegur la jugak. Bukan salah ibu mengandung maaa, aku tau kadang-kadang korang pun tak perasan benda ni sebab kalau log in blog sendiri dia memang tak nampak masalah ni. Serius!

      So, kalau agak-agak korang kesian kat aku boleh lah ikut tutorial ni, dan secara tak langsung blog korang pun akan 'mesra rakyat' jugak, sebab tak de la leceh sangat orang yang gedik macam aku ni nak mengomen kat blog kau tu. Tak kan kau taknak orang datang komen kat entri blog kau kan, mustahil!

      Langkah-langkah membuang word verification:

      1) Sign in akaun blogger

      2) Dashboard >> Settings >> Posts and comments >> Show word verification? >> Sila klik pada "No" (Rujuk gambarajah di bawah, #2)


      Eh, cop! Sebelum save tu, untuk kasi lebih mantap, lagi best rasanya kalau kau kasi blog korang tu pop up comment! Pop up ni dia akan buka satu page baru just for comments sahaja, so takde la lambat sangat aku nak tunggu loading page blog ko tu. Bukan aku salahkan blog ko berat ke hapa, tapi salah broadband  murahan aku ni line dia slow gila, gila pun tak slow macam ni. Apepun takboleh!

      Ok, untuk buat pop up comments:

      3) Pada soalan "Comment Location?" Ok pada soalan itu, klik pada 'Popup window'. (Rujuk gambarajah di atas, #1)

      4) Klik Save & DONE!.

      Siap! Senang je kan? Semudah ABC. Secara tak langsung ada dua tutorial kat sini. So, dua kali lah kau kena klik iklan kat bawah ni. Buahaha. Sukahati aku je nak suruh-suruh, dah la tadi marah-marah kan? Nak bagi ilmu pun nak marah-marah. Alah marah itu kan tandanya sayang, OMG!


      p/s: Ok sekarang aku bukak sesi soal-jawab. Kalau kau ada apa-apa soalan kau boleh tanya. Kalau aku dapat jawab aku jawab. Kalau aku tak jawab tu tandanya aku tak dapat jawab la, huhu. Ok, Happy blogging!


      January 13, 2013

      Lelaki A, B atau C ?

      Assalamualaikum & selamat sejahtera

      Sepertimana golongan perempuan yang berborak XOXO publish dalam majlis tetingkap, begitu juga halnya sesama lelaki. Kami golongan lelaki juga tidak lepas dari sesi borak lazimnya ketika lepak dikedai mamak. Namun borak kami bukan borak kosong Najwa Latif, borak kami berfokus! Wah gitu. 

      Ketika kami berborak tu, ada satu isu yang diutarakan dan masing-masing berbalah dan mengeluarkan 'fatwa' masing-masing, ada yang menyokong dan ada yang tidak, dan akhirnya persoalan itu dibiarkan begitu sahaja. Oleh disebabkan isu yang belum selesai ini, maka aku publishkan kat sini untuk bantuan pakar semua....

      Salah seorang dari kami bersifat begini. Biarlah aku perkenalkannya sebagai A. A seorang lelaki yang pasif dan sangat selektif. Perempuan yang lalu lalang didepan kami ketika makan di warung tu dia 'scan' satu-satu. Nampak yang ayu sikit dia cuba senyum tapi "senyum tak perlu kata apa-apa", so akhirnya perempuan tu blah macam gitu aje.

      Seorang lagi, si B. Lelaki B pula sangat agresif dan pandai memikat hati wanita. Kiranya dia ni Kasanova la. Pantang ada perempuan yang lalu lalang di'siul'kan perempuan itu.
      *Disiulkan tu ertinya bersiul, bunyi berdesir macam tiup wisel, maaf atas penggunaan bahasa malaysia yang pftt..

      Manakala Lelaki C pula sangat handsome! Dan ketampanannya menjadi daya tarikan utama bagi kaum wanita, tapi sayang dia gay! So, perempuan yang lalu lalang tu dia buat tak endah je la... kesian. So, lelaki C ni kita tolak tepi lah. huhu

      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .

      Sekarang isunya adalah lelaki-lelaki ini mempunyai masalah yang sama iaitu sukar untuk mendapatkan teman wanita (kecuali si C). Lelaki B yang mendengar masalah A menasihati agar lelaki A menjadi lebih agresif dan pergi memburu perempuan yang disukai, namun lelaki A tidak bersetuju dengan cadangan itu disebabkan faktor malu direject. 

      Lelaki A sangat selektif dan memilih untuk mengenali seseorang perempuan itu ditempat yang sesuai, contohnya di library, di masjid, atau di Mekah (yang ni tak boleh blah). Lebih-lebih lagi dia tidak mahu dilabel sebagai bohjan, buaya darat, hidung belang, mata keranjang dan seumpamanya sepertimana yang dilabelkan kepada lelaki B.

      Namun lelaki B menolak dakwaan tersebut!
      Lelaki B berpegang pada prinsip Siapa cepat dia dapat! Tak mencuba tak tahu! Try and error! etc. Lelaki B tidak peduli kata orang. Tidak kiralah di kaki-kaki lima warung ke, bus stop ke, dalam bas awam ke, tepi tandas ke, tepi jalan raya ke, wherever lah! yang penting dia dah meluahkan isi hati kepada semua perempuan yang berkenan dihatinya.


      Kesimpulan...
      Inilah masalah atau dilemma yang dihadapi lelaki-lelaki tadi. Bagi lelaki yang mempunyai self-esteem yang tinggi sudah tentu mudah bagi mereka mendekati mana-mana perempuan dengan ayat berbunga (namun menggelikan bagi sesetengah pihak). Adakah lelaki sebegini mempunyai tarikan kerana terlihat macho ataupun ianya sangat murahan???

      Manakala bagi lelaki yang sedikit pemalu, memerlukan faktor perangsang atau lebih suka jika perempuan yang memulakan langkah pertama (namun tidak semua perempuan ingin memulakan langkah pertama bukan?). Adakah pemalu itu bermaksud pengecut atau lelaki yang budiman???

      Bolehkah anda membantu, yang mana satukah ciri lelaki idaman yang perlu ada bagi seseorang lelaki? A, B atau C?

      January 7, 2013

      Adakah Wujudnya Makhluk Sebelum Kewujudan Nabi Adam?

      Assalamualaikum & salam sejahtera

      Berbalik kepada entry lepas di SINI, pengamal perubatan Islam tersebut telah menggariskan beberapa ayat Al-Quran sebagai bukti menyokong kewujudan makhluk yang hidup sebelum Nabi Adam yang dikenali sebagai Al-Hin:

      1) Al Ankabuut - Ayat 19
      'Dan apakah mereka tidak memperhatikan bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya , kemudian mengulanginya (kembali). Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.'

      2) Al An'am - Ayat 6
      'Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu , dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka , kemudian. Kami binasakan mereka karena dosa mereka sendiri, dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.'

      3) Kisah bumi tak bagi malaikat ambil tanah untuk dijadikan manusia.
      Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, manusia pertama. Akan tetapi apabila Jibril sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, kerana ia tidak dapat berbuat apa-apa, setelah mendengar sumpah bumi. Seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masing kembali dengan tangan kosong.

      Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Firman Allah, Hai Izrail, engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu. Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil.

      Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman; Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia. Maka Izrail khuatir kerana bimbang dibenci oleh umat manusia kelak. Lalu Allah berfirman lagi; Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

      *Berikut merupakan riwayat yang menceritakan tentang proses awal penciptaan Adam; pengambilan tanah daripada bumi. Persoalan utama daripada riwayat ini adalah keenganan bumi untuk diambil tanahnya. Kebimbangan bumi bukanlah kerana takut tanahnya kurang, atau takut rupanya berlubang-lubang, tetapi bumi khuatir seandainya Adam itu menjadi maksiat kepada Allah. Tidakkah itu bermakna bumi telah menyaksikan kerosakan yang dilakukan oleh manusia terdahulu di muka bumi ini? Mengapa tiada riwayat yang menceritakan akan keengganan bumi apabila Allah S.W.T hendak menciptakan kambing, ikan atau lembu?

      ~ Wallahu a'lam


      Sebenarnya kisah tersebut menarik perhatian aku sejak beberapa bulan yang lepas. Sedikit perbincangan dan pencarian berakhir kepada penemuan blog Re-Matrix. Nah kau, kau boleh baca sampai muntah kat sana. Berbeza dengan Kisah Pengamal Perubatan Islam yang tadi, penulis blog Re-Matrix yang menyembunyikan identiti serta sumber kajian / sumber penulisan beliau, namun setiap ulasannya yang 'masuk akal' itu sebenarnya boleh mengelirukan bagi mereka yang terlalu fanatik terhadap perkara-perkara ghaib dan mistik.

      Bagi pendapat aku, tidak salah untuk membuat kajian kerana kewujudan makhluk selain daripada manusia, malaikat, syaitan, jin dan seumpanyanya haruslah diakui kerana ianya antara perkara-perkara ghaib sepertimana syurga-neraka, hari kiamat & hari akhirat yang terkandung dalam 6 Rukun Iman. Namun, kajian tersebut terbatas hanya kepada pengetahuan bersumberkan Al-Quran dan hadis. Yang selebihnya adalah rahsia Allah yang maha mengetahui.

      Malah, perkara-perkara mistik & ghaib yang tidak diketahui asal sumbernya ini kemungkinan besar adalah tipu daya syaitan yang bertujuan menyesatkan umat Nabi Muhammad SAW. Malah, ada kalanya benda-benda ini langsung tiada pada asalnya, tapi sebab kita memujanya maka ia jadi ada.

      Kisah-kisah mistik dan seram ini merupakan satu perkembangan ke belakang kerana berlawanan dengan arus pemodenan untuk menjadi manusia maju dan penuh beriman. Sedikit sebanyak kisah sebegini mencarik rasa takut bukan kepada yang benar-benar selayaknya, Takut kepada Allah azzawajalla..

      Menyokong kata-kata Dr.HM Tuah Iskandar Al-Haj, anda masih boleh tertawa oleh kisah-kisah mistik dan jadikanlah ia sebab untuk menambah keyakinan kepada-Nya. Mengapa orang boleh tersesat? Sebab selalunya mereka tiada asas, apabila didedahkan dengan satu-satu ajaran, mereka gagal membuat ukuran, lalu terus menganggap ajaran itu adalah yang benar lantas menjadi fanatik. ( Cipta Syurga Hati, 2010 )

      ~TAMAT~

      January 6, 2013

      Misteri Jam 12

      Assalamualaikum & salam sejahtera

      Hari ni aku nak berkongsi satu kisah mistik dimana kisah ni berlaku kepada seorang pengamal perubatan rawatan Islam yang aku ambil di SINI. Ceritanya bermula apabila beliau didatangi oleh sepasang suami isteri bersama anak lelaki mereka. Menurut pasangan suami isteri ini, anak mereka akan merenung ke arah bulan, kemudian menangis ketika waktu bulan mengambang sahaja.. Begitulah yang berlaku setiap bulan. Namun, pelik bin ajaib, apabila pengamal perubatan ini tidak dapat mengesan sebarang jenis gangguan pada lelaki tersebut semasa 'teknik scan' dilakukan. Beliau segera mandi, membersihkan badan dan memakai wangi-wangian dan menyambung semula rawatan...

      Pesakit: "Ermm..wanginya... lama dah tak bau macam ni.. Kamu pakai minyak wangi apa ni..?"
      Kelihatan suara pesakit berlainan. Maka saya yakin, ketika itu, pesakit sedang kerasukan.
      Saya: "Minyak atar 1001 Malam. Tak pernah bau ker?"
      Pesakit: "Pernah.. Tapi dah lama tak bau macam ni.. Masa kat Andalusia pernah la.. Harum betul baunya. Boleh bagi aku sikit? "
      Saya: "Boleh.. Tapi kena kerjasama la.. Setakat minyak wangi, apalah sangat.."
      Seraya itu dia tersenyum dengan kata-kata saya..
      Pesakit: "Boleh..tapi aku tak suka orang belagak.. Kalau kamu boleh cakap dengan aku elok-elok, tanya lah apa kamu nak. Dengan nama Allah, aku tak akan tipu.".
      Saya: "Ish...tak baik kamu main sumpah-sumpah macam tu.. Nanti makan sumpah baru tahu..Kamu ni Jin Islam ker?"
      Pesakit: "Kenapa aku nak takut. Aku cakap jujur la ni.. Memang aku sembah Allah, tapi aku bukan Islam.."
      Saya: "Hah...sembah Allah tapi bukan Islam..? Agama apa kamu ni?"
      Pesakit: "Agama Monoteisme"
      Saya: "Agama apa tu..?"
      Pesakit: "Agama yang satu la.. Tuhan hanya satu yakni Allah...Tak sekolah ker?"
      Saya: "Kamu jangan main-main pasal agama ni...!..Kang...."
      *Masa tu tangan kanan dah diangkat..rasa nak lempang jer...
      Pesakit: "Aku tak tipu lah...Aku bukan Jin, Syaitan atau Malaikat..Aku Poppy..Nama aku Mizari"
      Saya: "Poppy..? Makhluk apa tu..?"
      Pesakit: "Wahai hamba Allah...banyak lagi rahsia Allah yang kamu belum tahu.. Bukan semua rahsia boleh dicapai dengan akal manusia.."
      Saya: "Ceritakan...aku nak tahu.."
      Pesakit: "Aku wujud sebelum kaum jin diciptakan lagi... Sebelum banyak puak kami di binasakan Allah kerana kesalahan kami sendiri.."
      Kemudian dia menangis teresak-esak..
      Pesakit: "Puak kami dah kurang dari 1000.. Mungkin kerana kesalahan yang kami lakukan, kami tidak diizinkan Allah untuk melahirkan zuriat kami.."..
      Terduduk saya mendengar cerita si Mizari... Baru saya teringat akan sebuah buku yang dibaca karangan Isa Dawud.. Cerita yang diberitahu menepati penerangan yang diberitahu dalam buku tersebut..
      Saya: " Kalau begitu, betul kah nama golongan kamu ini adalah Al-Hin?"
      Seraya itu dia mengangguk..
      Pesakit: "Al-Hin adalah nama makhluk.. Kami hidup berpuak-puak.. Aku dari puak Poppy..Ada lagi musuh puak aku iaitu Neondertal. Nama puak lain banyak, tapi aku dah lupa...."


      Saya: " Apa yang puak kamu buat sampai Allah murka?"
      Dia terdiam sejenak..
      Pesakit: "Apa yang kamu tengok kemaksiatan dan kerosakan manusia hari ini, itulah yang kami buat dulu.. Tapi hari ini aku tengok, kerosakan manusia lagi hebat dari apa yang kami lakukan dulu..."
      Saya: "Wahai makhluk Allah, aku tiada kuasa untuk lakukan apa pun pada kamu kecuali dengan izin Allah.. Tapi boleh aku tanya, kenapa aku tak dapat 'scan' kau tadi? Mana kau menyorok?"
      Pesakit: "Aku tak pergi mana-mana. Memang dari tadi aku dalam badan ni. Jangan kau kecil hati pulak.. Setakat ini, dengan izin Allah, puak aku belum dapat di scan mana-mana perawat pun ketika mereka berubat. Mungkin kerana ada sebab yang kau dan aku sendiri belum tahu kecuali Allah..."
      Saya: "Dah tu, sekarang ni kamu boleh bercakap dengan aku..macam mana pulak tu?"
      Pesakit: "Itu kerana aku sendiri yang nak bercakap dengan kamu.. Bukan semua tau aku suka manusia...Aku nak duduk dengan kamu boleh? Kalau kamu izin kan la.."
      Saya: "Tak payah la...aku selesa dengan sesama manusia.. kamu tak marah kan..?"
      Pesakit: "Tak la..buat apa aku nak marah.. Kamu ada hak atas diri kamu.."
      Saya: "Erm..boleh kamu bagi sebab..kenapa kamu duduk dengan budak ni?"
      Pesakit: "Sebab dia kasi aku duduk dengan dia.."
      Dari badan pesakit tersebut, Mizari menceritakan penemuannya dengan budak tersebut ketika dia berjumpa di sebuah pusat rekreasi di Selatan tanahair. Katanya lagi, budak tu tak takut dengan dia.. Cerita tersebut disahkan bapanya. Memang anaknya ada mengikuti kursus kadet di tempat tersebut..

      Saya: "Wahai makhluk Allah, aku bukanlah dikalangan orang alim untuk mendakwah kamu. Tapi sudi tak kalau kau masuk Islam?"
      Pesakit: "Maaf ya..Aku masih yakin dengan agama ku. La ikra hafiddin kan...?"
      Saya: "Memang lah..tapi agama akhir zaman kan Islam..Kalau kamu menyembah Allah, kenapa tidak kamu ikuti agama akhir zaman ni..?Agama yang disuruh dan dijamin Allah..."
      Pesakit: "Aku tahu...tapi aku bukan dari Jin dan Manusia.. Tiada satu pun nama kaum aku dalam Al-Quran..."
      Lalu di bacakan ayat surah Adz-Dzariyaat:56
      Maksudnya:
      'Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.'
      Pesakit: "Jadi, aku yakin dengan pegangan aku sekarang.. Aku tidak pernah menduakan Allah.."
      *Tidak ada apa yang mampu saya katakan padanya. Kelu saya bila mendengar hujahnya..
      Saya: "Kalau begitulah kata kamu, tiada apa yang mampu aku katakan lagi.. Tapi, dengan nama Allah, boleh tak kamu keluar dari badan anak ini? Kesian aku tengok mak bapak budak ni.. Kamu tak rasa kesian ker..?"
      Pesakit: "Kesian jugak.. Banyak jugak la duit diorang habis pergi berubat.. Demi Allah, aku memang nak keluar, tapi, belum masanya lagi..."
      Saya: "Dah tu, bila agak-agak kamu masa tu sampai..?"
      Pesakit: "Sekarang..tapi dengan syarat.."
      Saya: "Apa syaratnya? Kalau boleh mensyirikkan, aku tak nak la.."
      Pesakit: "Aku nak salam kedua mak bapak budak ni..Aku nak mintak maaf sebab susahkan diorang. Lepas tu, aku nak kau doakan agar Allah pendekkan nyawa aku...boleh?"
      Saya: "Syarat yang pertama tu insyaallah, boleh (kedua ibu bapa pesakit mengangguk sama).. Tapi, pelik la dengan syarat kedua tu..Kenapa?"
      Pesakit: "Ada tak bapak budak ni cerita perangai pelik anak nya ni masa sakit tadi?"
      Saya: "Yang mana? Yang suka tengok bulan mengambang tu ker?"
      Pesakit: "Yelah...kamu tak nak tahu kenapa aku suka tengok bulan?"
      Saya: "A'ah...kenapa?"
      Pesakit: "Aku tengah kira umur aku la tu...Kiraan masa aku sama macam kalendar Islam.. Puak kami mana pakai Kalendar masihi..."
      Saya: "Oooo..tapi kau tak jawab lagi soalan kedua tu.."
      Pesakit: "Sabar lah..maksud aku, aku kira umur untuk tahu hayat aku.. Dah lama sangat aku hidup.. Sunyi betul hidup aku...Aku nak kamu doakan agar Allah pendekkan hidup aku sebab aku dah hidup lama sangat..."
      Saya: "Ooo...macam tu..Berapa dah umur kamu?"
      Pesakit: "Sikit jer...baru 4 juta 130 ribu tahun.."
      Saya: "Mak aiiii...lama nya kau hidup.."
      Pesakit: "Betul..sebab tu aku nak kau doakan aku.."
      Saya: "Insyaallah, kalau itu yang kau nak...Tapi, aku nak tanya soalan terakhir ni..Boleh?"
      Pesakit: "Tadi kata suruh aku keluar...? Ni makin banyak tanya pulak ni..Hah..apa dia?"
      Saya: "Boleh tak aku tengok kamu...Rasa nak tengok jer diri kamu tu..."
      Pesakit: "Boleh dengan izin Allah...kau baca Surah Al-Kautsar 1000 kali sebelum tidur...Mintak pada Allah nak tengok aku.. Bukan aku yang izin..Allah yang izin.. Sekarang, boleh aku keluar..?"
      Saya: "Dipersilakan wahai hamba Allah..Moga kamu tergolong dalam orang-orang yang beriman.."

      Sebelum dia keluar, dia mencium tangan kedua ibu bapa pesakit dan meminta maaf pada mereka.. Sekitar 5 minit selepas itu, pesakit tersedar.. Kelihatan penat dan lelah yang dialami akibat tenaga tubuh yang diguna oleh makhkluk lain..

      3 hari kemudian, bapa pesakit menelefon saya dan mengatakan anaknya sihat sepenuhnya.. Dia mengajak saya ke jamuan doa selamat di rumahnya sebagai tanda kesyukuran dan nazar yang diniatkan.. Saya juga telah mengamalkan apa yang dikatakan oleh Mizari.. Alhamdulillah, saya dapat melihat parasnya..

      Badannya berbulu putih, berwajah manusia yang tampan dan bersayap... Wallahu'alam.. Mungkin itu mainan mimpi....

      P/s: Anda percaya???  (bersambung..)


      January 1, 2013

      Buku Baru

      Assalamualaikum & happy new year 2013!  (Entri lambat..hehe)
      Bagi permulaan tahun 2013 ni, banyak aneka ragam yang boleh kita perhatikan baik dari sudut positif mahupun negatif.

      Susah nak kena hafal betul-betul ni..lol
      Pastinya ramai adik-adik kita diluar sana yang berduka sebab start sekolah bermula, menandakan cuti sekolah telahpun tamat dan harus mengurangkan aktiviti bermain sebagaimana cuti panjang yang lalu. Untuk tahun ni sebanyak 28,900 pelajar Tahun 1 mula bersekolah dan pastinya mengundang memori zaman kanak-kanak kita dulu. Ada yang seronok sebab dapat kawan baru, baju baru, dan peralatan persekolahan yang baru, dan tidak kurang juga yang berduka sebab perlu melalui fasa baharu dalam hidup. Manakala, bagi mereka yang berpindah ke sekolah baru seperti pelajar Tahun 1 / Tingkatan 1, boleh jadi kejutan budaya bagi mereka.. mungkin lebih serius apabila mula terlibat dengan gang, belajar merokok, dan lain-lain pengaruh rakan sebaya yang pastinya membimbangkan mak dengan ayah kita... So, hati-hati ya!

      Aksi panas mencemari tahun baharu!


      Tak salah nak sambut tahun baru tu dik, tapi biarlah berpada-pada asal tak lari daripada pegangan agama dan adat resam budaya kita itu sudah memadai. Tapi, lazimnya ada je berita yang tak sedap kita dengar saban tahun seperti meraikannya di pusat-pusat hiburan dan tidak kurang yang berazam untuk menyerahkan dara/teruna kepada pasangan. Sudahnya masing-masing ditahan atas dakwaan berkhalwat, kan buat malu orang tua tu!

      Dan antara yang mendapat perhatian adalah kelahiran atau bayi tahun baharu.


      Bayi yang lahir pada tarikh-tarikh menarik ni pasti mendapat liputan daripada media. Tak kisah la, Hari Merdeka ke, Hari Raya ke, Krismas ke termasuklah  pasangan kembar yang merupakan antara 46 bayi yang lahir pada tahun baru 2013. Tapi aku bukannya nak cakap tentang bayi kembar tu pun, aku saja je nak reminder kat korang tentang kelahiran seorang bayi yang lahir pada tahun 1987 tu. Tau tak siapa bayi yang dimaksudkan itu? Jeng, jeng, jeng.. yezza betul la tu, aku lah bayi bertuah tu.. bertuah punya budak! Buahaha. Lawak yang tak berapa nak lawak kat sini kan..


      Sepertimana kelahiran bayi-bayi tahun baru tu jugak, begitulah tamsilan yang boleh kita lihat sebagai pengajaran pada kehidupan kita iaitu dalam menyambut tahun baru ni jadikan diri kita seorang manusia yang  lebih baik, suci dari sebarang dosa layaknya seperti bayi yang baru lahir.. Meminjam kata-kata Dato' Dr. Hj Mohd Fadzilah Kamsah;
      Untuk gerakkan azam tahun baru agar berjaya di capai: 
      1. Doa sungguh-sungguh, 
      2.Murnikan hati agar tarik hidayah Allah, 
      3. Fikir secara positif sebab fikir itu doa, 
      4.Lakukan setiap tindakan dengan terbaik, 
      4.Jaga ibadah dengan sempurna, 
      5, Cari kawan yang dapat bantu untuk capai azam, 
      6.Penampilan yang anggun, 
      7.Cari guru... atau mentor yang dapat membimbing, 
      8.Bentuk budaya diri yang cemerlang, 
      9.Berterusan mencari ilmu, 
      10.Nilai & ubahsuai azam jika perlu, 
      11. Seimbangkan hidup-- rumah tangga, tempat kerja / sekolah & masyarakat, 
      12 Lakukan dengan istiqamah selama 40 hari utk jadi tabiat, 
      13.Redha & syukur atas setiap pencapaian. 
       Moga berjaya, wassalam.



      CLOSE

      Copyright reserved by Zero to Hero's Blog Edited by Caersasuke