June 27, 2012

Facebook Timeline Yang Over!



Assalamualaikum & Slmt Sejahtera...
Benci dengan facebook timeline? Pakcik pun sama. Entah macam mana pada suatu hari tu, secara tiba-tiba facebook lama aku bertukar rupa. Ada pesanan ringkas kat atas tu: "Publish Now, or wait until your timeline goes live on May 28".

Bangkai! Bentak hati kecilku. Memang aku menyampes betul dengan facebook timeline ni, semakin kurang privacy, pastu semakin lambat loading mungkin kerana gambar-gambar yang bersaiz besar tu, pastu aku dah tak tahu kedudukan komen-komen yang bersepah tak ikut turutan..
Tak suke, tak suke, tak suke!

Aku pun google lah, cara-cara untuk membuang fb timeline ni.. Macam-macam cara aku jumpa dan aku cuba tapi tak ada satu pun yang menjadi, sigh*
Akhirnya aku mengalah. Tapi takpe, aku kan manusia yang sukakan cabaran. (Benda macam ni pun dikira sebagai cabaran ke labu?) Dan dengan itu, aku menggunakan segala kemahiran mengedit dan mem'blur'kan jerawat dimuka untuk menghasilkan timeline yang cantik,
Taraa... Suke tak? suke tak? suke tak?

Boss lah sangat!
Walaupun kau tak berapa suke dengan perubahan baru yang dilakukan oleh facebook ni kau tetap kena terima jugak sebab semuanya akan berubah secara automatik. So, pergi la tukar design timeline kau tu awal-awal ye.. Rock Bebeh!

Siapa rasa facebook timeline aku biasa-biasa je? Oh, aku pun rasa begitu sebenarnye. Haha. Tapi setakat ni, tu la yang aku mampu, kau mampu? ce tengok dan bandingkan timeline kau, Haha. Oh lupe pulak, kau mesti nak tau kan kat mana aku cedok design timeline ni? Meh sini: FirstCover.com. Ada banyak kategori yang boleh kau pilih kat situ. Selepas buat pilihan gambar, clik pada gambar dan ikut je step-step yang dia suruh, lepas tu kalau nak cantik-cantikkan sikit boleh edit kemudian.

So, macamana pulak dengan awak punye timeline? Cantik seperti saya atau lebih cantik lagi? Meh la add as a friends, nak jugak tengok betapa kreatifnye kawan-kawanku sekalian. Nanti aku masukkan dalam entri ni hasil kreativiti kau yang menarik ok! Muehehe.

P/s: tetap tak suke dengan timeline, sigh*

Update: Ok sila lihat siapa punya fb timeline yang ada kat di bawah ni ya?

CLOSE

Copyright reserved by Zero to Hero's Blog Edited by Caersasuke