December 24, 2012

TRAUMA

Assalamualaikum & salam sejahtera

Sebelum ni aku tak pernah mention yang aku ni adalah disable person aka OKU (Orang Kelainan Upaya) kan? & belum pernah aku cerita mengenai sejarah hitam yang aku alami 9 tahun lalu dalam mana-mana entry. Ramai diantara rakan-rakan yang menganggap aku cacat sejak lahir, dan tak kurang yang segan bertanya kerana takut akan mengecilkan hati aku. KAMON LAH geng! Aku okey je, meh sini aku cerita...

Kejadian tu berlaku pada akhir bulan Disember tahun 2004. Ketika itu aku baru berusia 17 tahun (tingkatan 5) dan cuti sekolah baru bermula. Nak ikutkan family aku agak susah pada masa dulu, dan kedua orang tuaku sangat strict dalam membesarkan kami empat beradik. Untuk itu aku biasanya berdikari untuk mendapatkan duit poket sendiri dan akhirnya mengambil keputusan untuk bekerja kontrak di salah sebuah kilang besi. Dengan gaji RM40/hari sudah cukup mengujukan aku pada ketika tu.

Waktu tu aku bekerja shif malam, start 7pm-7am. Memandangkan waktu bekerja hampir tamat dan tiada lagi kerja yang perlu dibuat, kami mengambil kesempatan itu untuk berehat sementara menunggu waktu tukar shif. Lalu seorang leader menggesa kami melakukan kerja-kerja housekeeping (pembersihan). Dan aku ditugaskan untuk housekeeping bersama 2 lagi pekerja Indonesia. Ada yang menyapu lantai, ada yang mengelap tingkap, ada yang menyusun peralatan dan kami (aku dan 2 indon) mengeluarkan serpihan besi yang termendap didalam longkang di sekitar mesin. Kami perlu memahat mendakan tersebut untuk mengeluarkan tahi besi yang termendap itu. Malang tidak berbau, tanpa diduga ketika salah seorang mamat indon tu memahat mendakan besi tersebut, ianya terpelanting ke arahku tanpa sempat aku memalingkan muka, serpihan tersebut telah mengenai mata kananku.

Aku terasa sesuatu yang mengalir deras dari mata dan amat terkejut kerana mendapati darah bercucuran deras ke lantai! Oh ye, waktu tu kami tidak menggunakan google (cermin mata) dan semua peralatan safety kerana menganggap ianya hanyalah housekeeping, malah semua mesin sudah berhenti berfungsi pada ketika itu.

Aku segera dibawa ke klinik panel kilang tersebut dan selepas diperiksa, doktor mengatakan yang aku perlu dibawa ke hospital segera kerana kecederaan berat dan peralatan yang tidak mencukupi di klinik tersebut. Pagi itu juga aku dibawa ke hospital yang mengambil masa selama 1jam masa perjalanan. Sesampainya disana, aku ditahan di wad kecemasan dan doktor menyuruh agar keluarga segera datang kerana aku perlu di bedah dan persetujuan serta tanda tangan ibu bapa diperlukan memandangkan aku masih dibawah umur ketika itu. Aku rasa sangat bersalah kepada keluarga kerana menyusahkan mereka waktu itu. Fikiran aku melayang dan menganggap kematian hampir sahaja mejemputku. Sebaik sahaja keluarga sampai, aku sudah siap sedia dimasukkan kebilik pembedahan dan memohon maaf kepada keluarga andainya itu kali terakhir aku melihat dunia yang fana ini. Sob.. sob.. sob

Didalam bilik bedah aku diberi bantuan pernafasan yang mengandungi chloroform aku rasa, kerana akhirnya aku terlelap dan tidak sedarkan diri. Sedar-sedar sahaja semuanya sudah selesai! Aku rasa macam bermimpi dan sangat berharap ianya adalah mimpi! Namun, itu semua adalah kenyataan. Aku dimasukkan ke wad biasa dan ditahan disitu selama lebih kurang 2 bulan lamanya. Aku berasa bosan yang teramat kerana makanan hospital yang tidak memenuhi seleraku, rasa pening kepala dan cucian mata setiap pagi perlu dilakukan oleh nurse, tidur pun tidak selesa kerana kepala katil perlu dinaikkan sepanjang hari.. Arghhhh, sungguh azab aku rasa ketika itu. Syukur, akhirnya aku dibenarkan pulang kerumah, namun perlu menjalani rawatan susulan setiap minggu kepada bulan dan akhirnya tamat beberapa bulan berikutnya.

Terkini, mata asal semakin mengecil ;)
Sepanjang tempoh rawatan itu, aku masih boleh melihat namun agak kabur pada mulanya. Namun aku totally blind pada beberapa rawatan selanjutnya. Namun, aku telah diberitahu lebih awal tentang keadaan itu, dan aku redha menerimanya. Malahan aku sangat bersyukur kerana kecederaan itu tidak meragut nyawaku. Aku sangat yakin bahawa dunia ni hanyalah pinjaman sementara, bila-bila masa sahaja Dia boleh tarik apa yang dikehendaki. Jika bukan pembalasan dosa, aku menganggapnya sebagai ujian daripada-Nya.

Sampai la ke hari ni aku tidak dapat menjejaki 2 orang pekerja Indonesia yang menjadi saksi utama kejadian tersebut. Malah, aku dapat tahu keduanya telah resign sehari selepas kejadian. Mungkin mereka rasa takut untuk bertanggungjawab atau keduanya adalah PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin). Tapi ketahuilah bahawa aku tidak pernah menyimpan dendam kepada keduanya. Setelah itu, bermulalah hidup aku sebagai OKU. Cermin mata menjadi sebahagian diriku 8)

P/s: Moral of the story, kepada adik-adik yang sedang bercuti tu buatlah kerja yang berfaedah dan elakkan daripada kerja-kerja yang berbahaya. Okay, kalau kau rasa kesian boleh tekan iklan ni untuk menderma, buahahaha...

December 20, 2012

GAGAL lagi...

Assalamualaikum & salam sejahtera


Untuk kesekian kalinya aku gagal lagi sesi temuduga.. aku rasa dalam banyak-banyak interview, interview kali ni boleh dikatakan paling senang dan semudah ABC soalan-soalan yang dikemukakan. Rasanya aku dah buat sehabis baik untuk interview tu, siap speaking London lagi kau bila dia tanya pasal personal strenght?
  • i'm such a workaholic person (sangat!)
  • i have a high self motivated,
  • i'm able to work independently, as well as a team,
  • i'm willing to learn a new things,
  • i got a skill from both studying and experience before,
  • and as a Muslims, i'm believing in God and make a decision in the right paths.. and bla bla bla...

Bila tak berjaya tu aku terfikir dimana ye silapnya?

So, aku listkan beberapa perkara yang aku rasa menyebabkan aku gagal kali ni adalah;
  1. Over confident.
  2. I'm disable person.
  3. Tidak memenuhi kriteria.
  4. Kuota jawatan yang terhad.
  5. Fresh graduate. Pengalaman tak mencukupi.
  6. Jawapan yang aku berikan terlalu teks dan tak genuine..

Yeah, mungkin sebab-sebab diatas mempengaruhi markat yang diberikan semasa sesi temuduga tersebut. Sebenarnya aku langsung tak nak ambil pusing soal dapat atau tidak jawatan tu, sebab aku berserah semuanya kepada rezeki. Tapi bila banyak orang yang ingin kepastian mengenai status keputusan itu, maka dengan hati terbuka biarlah mereka tahu disini yang aku tidaklah sehebat yang disangkakan.

dan tak dinafikan, sebab utama aku gagal ialah;
  1. aku tak menjaga hubunganku dengan Tuhan. Ya, aku rasa ini sebab paling tepat!

Sedari awal aku agak was-was dengan pemilihan assesment di C&C Sg.Besi, namun aku pergi juga kerana menganggapnya sebagai rezeki. Dan Alhamdulillah, aku lulus untuk peringkat interview (SINI). Namun, walaupun aku terkandas pada peringkat ini, ianya tidak sekali-kali membuatkan aku patah harapan! Malah aku lebih bersemangat dan bersyukur sebab mampu sampai ketahap ini dan secara peribadinya cukup membanggakan buatku.

Akhir sekali, kepada pegawai-pegawai dan rakan sekerja yang banyak memberi dorongan & tunjuk ajar terima kasih tak terhingga. Saudara-mara yang membantu dan rakan-rakan yang mendoakan juga tak dilupakan. Pergh, feeling macam menang anugerah gitu!

Apapun, jangan ungkit lagi soal ni pastinya aku akan sakit hati. Hahaha.


December 17, 2012

Win - Win Situation

Assalamualaikum & salam sejahtera

Adakah kau melihat apa-apa perubahan pada blog ni? Yeah, good boy/girl, blog ZERO to HERO telah bertukar wajah full edited by Caersasuke. Terima kasih dengan hasil kerja beliau yang berbaloi ini. Kalau nak dapatkan khidmat beliau bolehlah follow blog Caersasuke @ FB beliau: Biskut Shahir. Juga tak ketinggalan untuk melahirkan rasa terima kasih kepada anda yang sedang membaca blog ni, all my followers & silent reader kat luar sana (pergh ucapan macam menang anugerah!) Sebenarnya perancangan aku ialah untuk buka blog baru ni sempena Tahun Baru 2013 yang akan datang. Tapi dah siap awal, so dengan excitednya aku pasang siap terus~ haha.


Apapun kalau bukan kerana adanya readers / followers dah tentu aku malas mau update & mencantikkan lagi blog ni. Bukankah begitu? Oh ye,kalau dulu aku hanya reti nak edit header je, pastu ada la sekali dua header bertukar wajah hasil ihsan rakan blogger pada entri berikut: Header Baru Ihsan Anasyg!
so kat sini bukan bermaksud aku tak menghargai pemberian orang, namun kita perlukan perubahan untuk lebih maju kan? Harap En.Anas tak berkecil hati, hehe sebab tu nama blog ni dari ZERO ke HERO. Tak gitu!

Sejak kebelakangan ni banyak artikel @ entri aku yang berkisar tentang perempuan, sidia situ, sidia sini, sampai ada yang menegur kenapa banyak cerita pasal perempuan? Kau ni playboy ke? Pergh.. soklan dia maut gile kot? Tapi aku terimanya sebagai kritikan membina. Sebenarnya bukanlah 100% pasal perempuan, aku rasa 30% je kot yang berkisar tentang tragedi kisah cinta & kawan-kawan sekuliah, sepejabat, dan sepupu-sepapat je. Selebihnya adalah kisah hidup yang menjadi pengajaran kepada semua selain sedikit kisah kucing dan sedikit lagi berunsurkan 18SX. Haha.

Mungkin ramai yang meluat dengan entri-entri tersebut so aku minta maaf banyak. Tapila kan, kalau aku cerita pasal lelaki apa pulak orang kato? Lawan pedang ke? Lagipun kebiasaannya dengan kawan-kawan sesama jantina ni kitorang hang out pun bincang pasal hal ketuhanan.. Haha. Ketuhanan la sangat! And then, takde la pulak nak bergambar-gambar bagai, so nak update dalam blog pun rasa macam janggal kan? Kalau dengan perempuan ni lain, mereka kan suka bergambar, thats why lah.

So untuk kali ni, aku nak perkenalkan salah satu entri dari rakan blogger ni. Edy Ferdaus nama dia. Hensem budaknye, pi lah singgah blog dia ye, Haha. Actually sebahagian idea ni dari aku, dan dia tukang lukis. Sebenarnya dah lama aku terfikir nak kreditkan entri ni kat sini, tapi aku rasa apa la sangat blog aku ni ada ke orang nak tengok? Apapun niatnya untuk menghargai hasil kerja beliau.. Ini lah yang dikatakan win-win situation kan? Meh layan!

--------------------------------------------------------------------------------------

Sempena musim peperiksaan ni banyak ragam budak2 sekolah yg boleh disaksikan.. Oh mungkin ada yang tak tau teknik2 menipu dalam peperiksaan selain membawa toyol ke dewan peperiksaan. Antara teknik2 berikut ada tak yg korang praktikkan waktu sekolah dulu?

#1. ISYARAT MINTA JAWAPAN
Bagi soalan-soalan objektif, ramai yang buat macam ni:
Sentuh mata utk jawapan A
Sentuh hidung utk jawapan B
Sentuh telinga utk jawapan C
dan sebagainya...

#2. NOTA DALAM TANDAS
Ada yang bijak sikit tu tulis nota kat dinding tandas sehari sebelum atau sejam sebelum peperiksaan bermula. Tanpa membawa toyol, sebab bila bawa toyol ni risiko untuk kantoi adalah tinggi. So untuk menangani masalah ini, mungkin pemeriksa dikehendaki follow pelajar sampai dalam tandas sekali kot? haha

#3. AYAT MANIS UNTUK PEMERIKSA
Bagi soalan subjektif, dalam kertas jawapan tu tuliskan kata-kata perangsang untuk melembutkan hati penanda kertas. Ah yang ni tindakan kurang bijak sikit. Tp kalau kena pada gayanya boleh menangis penanda kertas. Contoh karangan esei tu:

#4. AZIMAT JAMPI SERAPAH
Ada juga yang taksub dengan bomoh untuk mendapatkan tangkal, pendinding dan sebagainya. Hati-hati anda boleh jadi khurafat!

#5. UGUT CIKGU SEKOLAH
Bagi yang ekstrim lagi, ada yang berani merasuah atau menggunakan bentuk-bentuk ugutan kepada pengetua, penjaga dewan peperiksaan atau penanda kertas..



Ok, jumpa lagi next entry! Bubye :P

November 20, 2012

Antara Dua Ujian

Assalamualaikum & salam sejahtera

Pergh, lama jugak aku menunggu sampai hari ni, terpaksa hold dulu keghairahan utk mengupdate blog ni disebabkan attend to an interview semalam. So, sebelum-sebelum tu mestilah aku sibuk dengan buku, study apa yang patut lah. Alhamdulillah, so far so good lah soalan-soalan interview kali ni tak lah sesukar yang dijangkakan. Tapi yang attend interview jawatan ni bukan calang-calang punya orang beb, mereka semua yang telah melalui proses penapisan daripada tahap examination, ke tahap assesment selama 2 hari, hingga interview ni. So bayangkan lah, dah sampai tahap ni pun dah kira cukup bermakna buat aku. 

Dapat atau tidak tu wallahua'lam... ada rezeki insya Allah ada. Paling penting terima kasihlah kepada kawan-kawan yang banyak mendoakan dan memberi sokongan moral even kalau boleh aku memang nak sorok-sorok dari mereka tentang tawaran temuduga ni. Aku tak nak timbul perasaan 'riak' sebab 'riak' tu kan membawa kepada Syirik. (Syirik Khafi : syirik kecil dan tersembunyi)

So inilah tawaran temuduga yang dimaksudkan tu:



Sementara tu, dalam masa yang sama aku betul-betul tersentuh bila menyaksikan berita serangan rejim Israel terhadap Gaza di Palestin. Sehingga hari ini, sudah masuk hari ke-7 sejak 14 November lalu pengeboman ke atas Gaza meskipun masyarakat antarabangsa mendesak gencatan senjata dilaksanakan. Sayunya hati bila lihat ramai orang awam terutama kanak-kanak yang tidak berdosa turut terkorban.. :'(
Apa yang boleh kita buat untuk mereka? Jika berkemampuan, kecamlah dan kritiklah kekejaman Israel dengan cara memboikot barangan buatan mereka dan companies yang support Israel. Paling tidak, doakan kesejahteraan rakyat Gaza dan bala ke atas Israel. Saudara seagama kita di sana berjuang untuk mendapatkan keamanan, TAPI KITA?... 

Akhir kata, apa yang dapat disimpulkan ialah Allah menguji hambanya dengan DUA cara, iaitu UJIAN KESEDIHAN berbentuk kesusahan atau musibah & UJIAN KEGEMBIRAAN berbentuk nikmat kesenangan, dan bagaimana cara kita berhadapan dengan ujian-ujian ini. Walaupun ujian-ujian tersebut dari dua sudut berbeza, namun akhirnya membawa kepada persoalan hubungan antara hamba dan Tuhannya...

P/s: semoga entri ini bermakna kepada anda, cube klik iklan ni :)




November 7, 2012

Dia cakap 'Ba Alif Ba Ya' kat aku!

Assalamualaikum & morning everyone!

Dulu bila boring-boring ke bosan-bosan ke aku suka berbual dengan dia. Nama dia Sarah Syafiqah, sedap  namanya kan? Mesti ayu dan lembut je orangnye. Kira dia ni peneman aku lah time bosan-bosan sekiranya anak-anak bulus aku takda di rumah. Pernah lah sekali tu aku berbual dengan dia ni tapi selepas satu conversation ni terus aku malas nak berbual dengan dia lagi! Sedih aku sebab dia cakap ba alif ba ya kat aku. Kenapa mesti binatang mugholazoh tu yang disebut? Selepas insiden tu terus aku blacklist dia dari kamus hidup aku.. Hah, ini lah buktinya..

Hihihi. User yang gatal tu aku la..
...............................................................................



Cleverbot is Artificial Intelligence. Say whatever you like - songs, jokes, memes or anything, and it will respond. It learns what people say, in context, and imitates. Cleverbot is an entertainment - not made to be logical, give advice, or be useful. Many people keep talking for hours, and say it's too clever to be a bot - that it must be human. Yet it never is: it is a bot. Cleverbot is software. Maybe it even contains a little Actual Intelligence.

November 1, 2012

Nak Tau Cara Dapatkan BR1M?

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia :3




Di pagi Jumaat yang mulia ini ingin aku kongsikan beberapa informasi terkini mengenai Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2.0 (BR1M  2.0) yang mana pendaftaran pemohonan BR1M 2.0 baru saja bermula pada 1 November 2012. Antara syarat kelayakan permohonan adalah seperti berikut:
Isi rumah yang layak (RM500):
  1. Warganegara Malaysia;
  2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
    • Berkahwin;
    • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;
    • Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama).
  3. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah.
Individu yang layak (RM250):
  1. Warganegara Malaysia;
  2. Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.
Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia.
Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran.

Hal ini telah dirangkum di dalam Bajet 2013 yang telah dibentangkan Ogos lalu. Secara ringkasnya bajet 2013 adalah seperti berikut:



Borang pendaftaran permohonan BR1M 2.0 boleh didapati di Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Penerangan serta agensi-agensi Kerajaan atau dimuat turun melalui pautan dibawah:
BORANG BR1M 2.0

juga boleh dibuat secara atas talian:
BORANG BR1M 2.0



October 24, 2012

Selamat Hari Raya Aidil Zafuan & Zaquan Adha.. Eh!

Assalamualaikum dan....


Esok kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha.. Wah seronok! Seronok tapi tak la begitu teruja sebab Hari Raya Haji bukan macam Hari Raya Aidilfitri kan? Eh kejap, sebenarnya rata-rata kita beranggapan begitu walhal dalam agama Islam perayaan Hari Raya Aidiladha lah merupakan perayaan yang patut disambut besar dan meriah. Sebab apa?

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam pergi menziarahi Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Walaupun Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya  Nabi Ismail sebagai arahan patuh dan taat kepada Allah SWT sepertimana yang diterangkan dalam surah Ash-Shaffat ayat 101 hingga ayat 111.

Berdasarkan kepada hadis riwayat At-Tirmizi “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.”

Selain itu, 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
.....................................................................................................

Tapi kalau difikirkan sebenarnya bagus jugak sambutan dilakukan secara ala-kadar. Cuba kau bayangkan kalau lah sambutan Hari Raya Aidiladha tu semeriah sambutan Hari Raya Aidilfitri, 
  • kita akan dapat lihat lambakan kereta-kereta baru di perkarangan rumah jiran-jiran kita setiap 2 kali setahun! Yelah kan orang kita ni pantang raya je nak tukar kereta baru kan!
  • Selain tu mak-mak kita akan sibuk nak tukar perabot baru lagi padahal ruang tamu tu dah nampak macam kedai perabot dah kan!
  • Bagi kakitangan awam dan kerajaan, masing-masing dah mohon cuti 2 ke 3 minggu semata-mata nak meraikan raya bersama keluarga di kampung kat Sarawak nun jauhnya. Hehe.
  • Pastu rakyat mogok lagi untuk menaikkan gaji dan minta diberi bonus sebab nak bagi duit raya pada anak-anak buah kat kampung yang berderet..
So, perayaan ini sepatutnya bukan diukur melalui kemeriahan semata-mata tetapi pengisian yang perlu diutamakan adalah mendidik jiwa dan mengabdikan diri kepada Tuhan yang esa.

Welcome Aidil Zafuan & Zaquan Adha!


Bercakap pasal Aidiladha ni teringat pulak pemain bola sepak negara, si kembar Aidil Zafuan dan Zaquan Adha. Yelah, baru-baru ni mereka dikhabarkan akan meninggalkan pasukan Angkatan Tentera Malaysia untuk menyertai pasukan Liga Super, Johor musim depan. So sebagai anak jati Johor, pastinya kami mengalu-alukan dan ianya sangatlah mengujakan. Kau teruja tak, teruja tak?

Oh baru hari minggu yang lepas Final Piala Malaysia 2012 yang berlangsung kat Shah Alam menampilkan pasukan Kelantan melawan ATM (Angkatan Tentera Malaysia) dengan kemenangan berpihak kepada Kelantan 3-2. Sebelum tu aku ditugaskan untuk membuat poster kat atas tu sebab program riadah Jom Tengok Bola tu dirancang sebagai salah satu program pemulihan penagihan dadah bagi klien-klien kami. Banyak kesalahan yang aku buat pada poster tu sebab nak cepat punya pasal! Akhirnya siap jugak walaupun tak cantik sangat.. hehe



Memang teruja tengok perlawanan tu sebab banyak bintang bola sepak Harimau Malaya & Harimau Muda di dalam kedua-dua pasukan. Antara yang menyerlah seperti Apek, Norshahrul, Hai O, Daudsu, Afiq dll lagi. Memang puas setelah perlawanan diseret ke 30 minit masa tambahan, tak kisah la siapa yang menang janji kedua-dua pasukan menampilkan permainan yang baik. So, untuk tahun hadapan diharap semua pasukan kekalkan prestasi permainan yang menarik dan peluang Johor diharap lebih cerah dengan kemasukan dua beradik kembar tu kan. Hehe.

Ok lah, akhir kata selamat hari raya Aidiladha..
Hati-hati semasa memandu, ingatlah orang tersayang (^-^)v


October 16, 2012

Lagu Mengiringi Putus Cinta

Assalamualaikum & Salam sejahtera
FB status: An angel come to fix my life.. let’s see if she’s for real!
Hahahaha mula-mula aku nak ketawa dulu sebab entri ni entri zaman bila ntah dan dah lama tersimpan dalam draf, aku bikin entri ni sebelum puasa yang lalu kalau tak silap. Pastu bila aku baca semula rasa macam kelakar pulak aku ni. Ye, aku takde pengalaman yang banyak tentang percintaan ni sebab aku ni pemalu orangnya. Dalam hidup aku ada lah sekali dua aku mengorat aweks tapi selebihnya aku yang dingorat. Bukan berperasaan okay, memang betul aku boleh bagi bukti surat-surat secret admirer sejak zaman sekolah lagi. Tapi sampai sekarang aku tak pernah kecapi rasa bahagia bercinta bersama mana-mana gadis. Aku rasa mungkin ni balasan Tuhan sebab aku banyak mengecewakan hati dan perasaan orang lain dalam hidup aku. Tsk tsk tsk.

Ok kisah kali ni berkaitan dengan seorang gadis kilang. Perkenalan kami amat singkat, ianya bermula ketika aku bertugas sebagai pembantu makmal di SINI. Kemudian kami ada keluar date untuk kali pertama di SINI. Seingat aku la, sebenarnya kami belum declare lagi sebagai pasangan bercinta pun. Masing-masing dalam proses mengenali hati budi, cheewah. Tapi mungkin kerana terlalu awal, aku sudahpun meluahkan intention yang murni tu sebab pada masa tu semuanya berjalan agak lancar sehinggalah untuk beberapa ketika selepas itu. Pada masa tu aku taknak selindung lagi, straight to the point, sebab aku rasa dia perempuan yang boleh dijadikan seorang isteri yang baik. Tetapi malangnya, aku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari......tsk tsk tsk


Ni bukan gambar penjenayah, sila jangan salah faham :)
Masalahnye? Entah la ek... Aku akui, antara puncanya kami ni bekerja berjauhan dan dia pun tak cukup bersedia waktu tu aku rasa. Dan semakin lama jarak ini membuatkan perasaan tu semakin terhakis. Pastu hubungan tu putus ditengah jalan. Aku pun taknak layan perasaan sangat sebab aku tak pandai bab pujuk memujuk ni. Aku fikir kalau dah orang tak rela aku pun tak perlu memaksa. Tapi hubungan kawan baik tu masih diteruskan sampai sekarang. Manalah tahu satu hari nanti hati dia terbuka semula? Kan?
FB status: The angel is flying away..
Ok, aku stop cerita sampai situ.. kang melalut-lalut korang meluat pulak membacanya. Walaupun ni blog peribadi tapi takkan cerita cinta monyet pun kau nak share? Eh, tolong sikit, ni bukan cinta monyet okay! Suka pulak aku buat cerita tergantung ni, baru ada feel drama melayu gitu.

P/s: Sini aku 'kepilkan' sekali lagu beserta lirik For Good from Wicked by Sam Tsui & Nick Pitera. Layan~







For Good from Wicked
I've heard it said
That people come into our lives for a reason
Bringing something we must learn
And we are led
To those who help us most to grow
If we let them
And we help them in return
Well, I don't know if I believe that's true
But I know I'm who I am today
Because I knew you…
Like a comet pulled from orbit as it passes a sun
Like a stream that meets a boulder halfway through the wood
Who can say if I've been changed for the better?
But because I knew you, I have been changed for good
It well may be that we will never meet again
In this lifetime so let me say before we part
So much of me Is made from what I learned from you
You'll be with me like a handprint on my heart
And now whatever way our stories end
I know you have re-written mine
By being my friend...
Like a ship blown from its mooring by a wind off the sea
Like a seed dropped by a skybird in a distant wood
Who can say if I've been changed for the better?
But, because I knew you
Because I knew you I have been changed for good
And just to clear the air I ask forgiveness
For the things I've done you blame me for
But then, I guess we know there's blame to share
And none of it seems to matter anymore
Like a comet pulled from orbit as it passes a sun
Like a stream that meets a boulder halfway through the wood
Who can say if I've been changed for the better?
I do believe I have been changed for the better
And because I knew you...
Because I knew you...
Because I knew you... I have been changed for good...

  

October 13, 2012

SERAM! Penampakan Makhluk Halus di Opisku

Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera kawan-kawan.

Nak tau tak, Jumaat yang lepas, sebaik sahaja habis morning meeting pada pagi tu, sorang kakak ni mengambil beberapa gambar untuk tujuan suka-suka. Snap sana, snap sini. Pastu dia ambil gambar ibu merandung yang ada kat depan dia. Waktu tu pagi lagi dalam pukul 9. Dipendekkan cerita, setelah beberapa keping gambar diambil, kakak ni mengimbas kembali gambar untuk tontonan semua. TETAPI, ada sesuatu yang sangat menggemparkan! Apabila diamati, dua daripada beberapa gambar yang diambil kelihatan wujudnya suatu bayangan sekujur tubuh wanita berbaju putih dan berambut panjang di sudut atas gambar tersebut!

Ni gambar sebagai bukti!

Nampak tak? nampak tak? nampak tak?

Oh, aku tidak maksudkan perempuan yang sedang bersolek tu. Yang tu Ina a.k.a tatod best. Yang aku maksudkan bayangan dipintu masuk bilik tu. Dan ini sekali lagi, gambar kedua yang diambil lebih jelas! Masya-Allah hampir gugur jantung dibuatnya...

ARGHHH!!! Dia betul2 kat kepala aku tu!

Maka, hebohlah satu opis pada pagi tu. Semua budak-budak opis dipanggil untuk menyaksikan fenomena paranormal tu dan masing-masing memberi tafsiran pada gambar tersebut. Masing-masing keluarkan fatwa sendiri dan kakak yang sedang mengambil gambar tu aku perhatikan tersenyum-senyum sendirian...


A: Eh, ni imbasan cahaya matahari yang melalui pintu. Tu yang jadi macam ni..
B: Ni dah boleh masuk WUJUD ni.. cepat kak bluetooth sekarang!
D: Baik kau padam kak gambar tu sekarang, nanti rosak hp ko baru tau!
E: Pergh, meremang dah bulu roma aku ni.
C: Aku rasa ni gambar Ina lah. (salah seorang rakan yang tidak mengenakan tudung pada pagi itu)
F: Tak, tak! Aku rasa ni memang betul gambar 'dia' sebab aku pernah jumpa
G: Astaghfirullah.. Lailahaillallah! (disambung dgn membaca ayat qursi)





Masa tu, bilik mesyuarat tu makin kecoh. Dalam kekecohan tu kakak yang mengambil gambar tersebut menggunakan Samsung tab miliknya tiba-tiba menjerit. AAAAAAAAAAAARRRRRGHHHH.. sambil meronta-ronta bagai kambing yang baru disembelih. Dua-tiga rakan perempuan cuba menenangkannya sambil yang satu lagi tak henti-henti beristighfar dan berzikir. 

^
:
:
:
:
:

Eh bukan-bukan! Gambar ni takde kaitan dengan dirasuk / histeria / kambing disembelih. Sebenarnya ni gambar buli 3 orang budak perempuan gangster keromon kakak yang berbaju kuning tu. Nak tau kenapa? Sebab gambar yang diambil diatas tu bukannya gambar betul. Masing-masing dah biru muka waktu tu, rupa-rupanya gambar tu merupakan aplikasi yang ada dalam Samsung  tab kakak tu. Patut la dia tersenyum sorang-sorang dari tadi!

Geram! geram! geram!
Apa lagi, kena keroyok la dia pada hari tu. Nasib baik aku tak amik video masa dia kena keroyok  kalau tak jadik kes polis pulak. Aku perhati je dari tepi sambil ambil gambar bukti ni. Hahaha. Tapi nak buat macamana dia pun mengizinkan dirinya dikeroyok mungkin sebab dia dah rasa bersalah. Eh, korang tau ke keroyok tu apa?

Perasaan takut tu masih berbekas di fikiran mereka :)

Lepas je habis kejadian tu, kami semua berdoa agar Allah memberi petunjuk kepada kakak tu supaya dia 'jumpe' betul-betul dengan makhluk tu.. Haha. Biar pucat lesi muka dia baru dia tau langit tu tinggi ke rendah. Tapi lepas tu, turn kami pulak nak kenakan orang lain. Macam-macam strategi kami fikirkan untuk kenakan orang macam Bang Bang Boom! Dan lagi, aku dah pun installed aplikasi tu, hehehe siap la korang!

Moral of the story: Jangan suka menyakat orang, nanti kena keroyok macam kakak berbaju kuning tu (nama dirahsiakan)...

October 3, 2012

Wordless Wednesday #4: Fakta Di Sebalik Porno

Hai semua, siapa yang tak kenal gambar siapa ni boleh contact aku untuk dapatkan maklumat lanjut.. Muahaha *ketawa evil, bergurau saja di hari Rabu. Eh? hari rabu dah? Oh memandangkan hari ni wednesday  maka aku nak kongsikan sedikit fakta-fakta di sebalik porno. Fakta atau auta? ce tengok sini...


September 30, 2012

Fakta Merokok Paling Menarik: Perokok Juga Punya Hak!

Ye betul, perokok juga mempunyai hak. Nak tau apa hak tersebut?

Nilai sebenar sebatang rokok hanyalah 5 sen!
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Hari ni entah kenapa aku tergerak nak post menatang ni. Oh ye, sebelum terlupa aku nak ucapkan takziah kepada seorang rakan opis aku yang dikhabarkan menghidap kanser hidung. Sedih aku dengar, adakah penyakit yang dihidapi beliau ada kaitan dengan rokok?

 
Secara umumnya memang banyak penyakit yang berpunca dari merokok ni. Umum mengetahui dalam sebatang rokok tu mempunyai pelbagai jenis bahan kimia berbahaya yang akhirnya akan memudaratkan diri sendiri, tapi masih ramai yang tidak mengendahkannya. Mungkin kerana rokok sudah sebati dalam diri katanya..

Secara jujurnya, aku semasa usia belasan tahun pun turut pernah terjebak oleh sebab desakan perasaan ingin tahu dan mencuba. Namun syukur alhamdulillah, aku cepat bertindak dan berhenti sebab masa tu aku fikir tak ada apa yang boleh dibanggakan untuk menjadi seorang perokok. Paling penting duit sekolah takkan aku bazirkan hanya untuk tujuan tidak berfaedah seperti itu. Jadi aku faham, zaman remaja yang dikatakan 'strom and stress' tu menjadi punca utama mengapa ramai remaja yang terikut-ikut kemudian terjebak. Namun, langkah awal pencegahan itu perlu sebab remaja yang tidak dibimbing boleh terjebak lebih jauh dan mungkin beralih kepada dadah pula.

Kajian mendapati 
99% penagih dadah bermula dengan tabiat merokok
& 95% penagih dadah yang dibebaskan akan kembali merokok!

 
Fatwa HARAM keatas perokok!

 Aku amat gemar menggunakan ayat berikut setiap kali sesi bimbingan bersama klien:
Ada 3 jenis manusia di muka bumi ni. Bodoh, Pandai dan Bijak.
Yang dikatakan orang bodoh adalah orang yang tidak pernah belajar dari kesilapan mereka dan akan sentiasa mengulangi kesilapan mereka. Berbanding dengan orang pandai, mereka akan belajar daripada kesilapan diri mereka sendiri. Manakala, bagi orang yang bijak, mereka akan belajar daripada kesilapan orang lain.
Jadi anda tergolong dalam golongan yang mana?


September 24, 2012

Tanpamu BFF

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Today is a special day for a big eyes girls.. Nurul Amalina Binti Isa. Beliau merupakan kawan seperjuangan sewaktu kuliahan kami di Universiti Malaysia Sabah (UMS), yang juga di dalam course yang sama, Psychology : Youth and Community Development. Dan kini kami bekerja dalam satu organisasi gomen yang sama as a Contract for Service.  
Raya tahun lepas, Eh kita masih dalam mood raya kan?

Sebagai BFF entri khas ni ditujukan buat beliau, takde ape aku nak cakap, doaku agar kau gembira dunia akhirat kawan :3 Dan maafkan aku sebab lambat pulangkan CD kau, dah berkurun aku pinjam tapi tak habis-habis aku tengok lagi sebab aku tengah layan Running Man dari episod satu.. Nanti dah habis aku pulangkan eh.. hehehe


...sikit lagi, ni aku ada sertakan lagu Tanpamu dendangan Amir Jahari. Aku cari kat semua pusat karaoke berdekatan, tak dak pulak lagu ni, kalau ade boleh aku sediakan karaoke version untuk kau..  mungkin lagi sedap kalau aku yang nyanyi kan? keh keh keh. Okeh, layan...


Selamat Pagi Semua
Dengarkanlah nada
Suara dan irama
Yang menyakitkan telinga

Embun pagi yang lembut
Menyentuh pipi yang gebu

c/o Tanpamu Ku kan terlewat
Tanpamu Ku kan sedih
Kerana kau lah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati

Saat 7 pagi
Akan ku tersedar
Mungkin kerana kau
Aku dapat merasa

Embun pagi yang lembut
Menyentuh pipi yang gebu
Waktu turut terikut
Hingga pagiku sambut

Header Baru Ihsan Anasyg


Assalamualaikum & salam sayang semua. Eh tetibe bersayang-sayang pula kita hari ni ye?
Hehehe, actually mood tengah baik ni sebab pagi tadi terima email dan dihadiahi satu bentuk header yang super cool daripada Anas.. wut wut wut senyum dah sampai ke telinga :D
Dihadiahi ke Anas? Serius bukan berbayar ke? Hehehe...

Yah, kalau diikutkan blog ZERO to HERO ni dah beberapa kali bertukar header. And absolutely  yah, aku yang design header tu sedari awal.. sedari awal kau! Disebab tu bukan kepakaran aku, so dia punya hasil tak la begitu memberangsangkan, ce tengok bentuk-bentuk header yang buruks tu.. hehe

Aha, ni dia 1st header yg aku design dulu

Ni antara header yg paling simple sesimple diriku ini


Yang ini aku cube bermain dgn adopt photosshop.. kemain susah lagi :'(


Tak cantik kan? Macam harem kan? hehe. Setakat ni aku cuma berani nak guna header putih sebab dia senang match dgn background blog ni. Tapi tu la satu masalah pulak bila Anas dah buat lawo-lawo dah ni tapi warna biru turquoise pulak. Tapi takpe, nanti ada masa aku ubah background atau template sekaligus kasi dia lawo macam Anas punya ok!

Sebenarnya aku pun tak habis kenal lagi Anas ni, tapi aku dapat tau yang beliau sedang dalam kesukaran dan dilemma sekarang. So, dikesempatan ni aku nak bagi semangat pada beliau supaya tabah menjalani hidup mendatang, be positive and don't make it hard. You must follow the takdir, insya Allah ada jalannya. Kat sini aku kongsikan doa harian yang boleh diamalkan untuk kesejahteraan diri, insya Allah u'll be fine  :')




Sekali lagi aku ingin mengucapkan terima kasih daun keladi kepada Anas, dan semoga beliau berjaya suatu hari nanti dalam bidang yang diceburi. Dan seterusnya, aku ingin mempromote blog beliau yang very the boom,  sila lah kunjungi beliau di;

http://followanasyg.blogspot.com


CLOSE

Copyright reserved by Zero to Hero's Blog Edited by Caersasuke