February 10, 2012

World Kite Festival / Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang ke-17, 2012

Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG) yang dulu dikenali sebagai Festival Layang-Layang Antarabangsa akan berlangsung sedikit hari lagi pada 15 hingga 19 Februari 2012. FLLSPG merupakan acara tahunan berprestij yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat tempatan dan luar negara. Hal ini berikutan penyertaan peserta antarabangsa yang memberi sambutan menggalakkan dari 34 buah negara yang turut serta sempena FLLSPG ke-17 ini, termasuklah Indonesia, Thailand, Singapura, Brunei, Filipina, Macau, China, Jepun, Korea, England, Jerman, Sepanyol, Itali, Belgium, Austria, New Zealand, Australia dan terbaru penyertaan dari Kepulauan Curacao, Colombia dan Turki.

Penganjuran utama FLLSPG 2012 ini ialah untuk mempromosikan Negeri Johor sebagai destinasi pelancongan menarik melalui pertemuan pertandingan permainan tradisional bertaraf dunia dari perlbagai negara, menggalakkan dan memperkembangkan aktiviti pelancongan berasaskan sukan riadah.

Tidak ketinggalan, ia juga mempopularkan dan mempamerkan pertandingan wau, layang-layang tradisional/moden yang menonjolkan budaya dan kreativiti seperti Wau Merak sebagai Wau Tradisi Negeri Johor sendiri.








sumber gambar [link]

Sedikit Info Tentang FLLSPG
  • Ketinggian Bukit Layang-Layang kira-kira 20m dari aras laut dengan tiupan angin pada kelajua 3 hingga 10m sesaat membolehkan layang-layang diterbangkan dengan mudah.
  • Kelajuan ini juga membolehkan layang-layang diterbangkan sehingga melebihi 200m
  • Pada hari kemuncak (biasanya sehari sebelum acara tamat) ramai jemputan artis yang turun membuat persembahan.
  • Zaman kegemilangan Siti Nurhaliza dan New Boys beberapa tahun lalu adalah salah satu sambutan yang hebat kerana ketika itu kamera film menggunakan kodak masih digunakan secara meluas. Malah, dapat bergambar dan bersalaman dengan Siti Nurhaliza yang ketika itu masih solo menjadi kebanggaan! Kemudian gambar-gambar artis tersebut dijual dengan harga sekeping RM1 kepada rakan-rakan yang tidak berpeluang hadir pada masa tersebut.. Hahaha~
Jadi, marilah beramai-ramai memeriahkan FLLSPG pada kali ini! Kita jumpe di sana!

Lirik Lagu You Are So Beautiful – Junsu (JYJ) | OST Scent of A Woman



Apa perasaan korang bila dapat tahu yang korang tidak dapat hidup lama lagi kat dunia ni? Dah lah tu, sepanjang hidup ni korang tak peduli menjalani hidup yang susah dan menabung bagai nak gila semata-mata untuk kegunaan keluarga dan masa depan, asyik kena buli rakan sekerja dan pasangan hidup pun tak sempat nak cari lagi ni. Kesian, kesian, kesian.. Bagi memenuhi masa hidup yang singkat itu, adakah korang sanggup buat keputusan untuk berhenti kerja dan buat apa sahaja benda yang telah dihajati sejak sekian lama?

Ok, macam tu la lebih kurang sinopsis drama Korea yang bertajuk Scent of A Woman ni. drama bergenre romantik ni sesuai sekali ditonton bersama yang tersayang, cheeewah~

Kalau tak silap heroin drama ni pernah berlakon cerita My Lovely Sam Soon dulu berganding dengan Hyun Bin, masa tu nampak dia 'gebu' giler. Bagi peminat drama Korea pasti tak kan lupe hero drama My Girl yang kacak ni. Nampak sangat la aku ni peminat sejati drama Korea. Hahaha, layan~

Seperti biasa, drama-drama Korea ni dia punya lagu tema memang terbaik! Ni la sebab dan tujuan utama aku post entri ni. Lagu berjudul You Are So Beautiful nyanyian Xiah Junsu (JYJ) memang patut dipuji. Cube  la dengarkan lagu berikut, sambil 'miming' dengan lirik yang disertakan di bawah. Enjoy, hehe..

February 4, 2012

Memperingati Rasulullah SAW

12 RABIULAWAL 1433H bersempena Sambutan Maulidur Rasul atau Maulud Nabi dalam rangka mengenal Nabi Muhammad SAW, memperingati kelahiran, mukjizat, sirah serta akhlak mulia baginda sepatutnya bukan hanya ketika sambutan Maulidur Rasul sahaja. Mengenal baginda dan hal-hal tadi bukan hanya pada waktu tertentu dan dalam kumpulan tertentu, akan tetapi setiap saat, sepanjang waktu.

Kita sebagai manusia yang beriman seharusnya sentiasa mengingati Rasulullah SAW, meneladani sifat baginda dan berpegang dengan sunnahnya. Mereka yang mencintai Rasulullah SAW selepas mencintai Allah SWT, dan cintanya melebihi cinta terhadap ibu bapa, saudara dan dirinya sendiri, maka dijamin baginya ganjaran Syurga Jannah.Allah SWT sendiri mengangkat baginda SAW ke makam yang terpuji dan mencintai baginda sebagaimana firman-Nya;
Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. (Surah Al-Ahzab: 56)  

Rasulullah SAW rindukan kita

CLOSE

Copyright reserved by Zero to Hero's Blog Edited by Caersasuke