February 9, 2009

JUE....


Aku betul-betul rasa berat hati dan dilemma, setiap kali terserempak dengan jue hati aku berdetak-detak. Sampaikan aku fikir mau berterus terang bahawa aku sangat menantikan perhatian darinya. Dia seringkali mengelak dan berasa malu, aku pula hipokrit di depan semua orang.. semakin lama hatiku tak tertahan lagi menunggu jue di pangkuanku. Tapi bagaimana? Aku masih tak berani. Apa kata dia? Adakah dia turut mempunyai harapan dan keinginan yang sama dengan ku?

Jue bukanlah seorang yang menawan, bukan juga seorang yang bijak, malah jue hanya pendiam yang pasif. Kelebihan yang ada pada dia? Hanya petah berkata-kata pada topik yang dia suka.. Selain itu? Comel dan baik hati.. sissy girl. Tapi, itu sudah cukup utuk menggoncang imanku.. aku gila kah??

Aku mula menaruh harapan sejak pertama kali melihat dia pada semester kedua. Nombor telefonnnya sudah ku dapatkan melalui rakan sekamarnya. Namun, dia tidak banyak melayan sms yang aku berikan. Adakah itu tandanya dia tidak mempedulikanku? Siapalah aku, bukan kacak, bukan baik hati, bukan sanggup berkorban demi dia, malah sanagt pengecut!!
Jadi untuk apa dia mengharapkan aku? Agama dan bangsa yang berlainan.. Ya mungkin itu sebab utama.... SALAH AKU JUGA, aku tak fikir dgn teliti hubungan ini boleh kekal sehingga ke mana? Dapatkah aku menutup saja mata? memekakkan telinga? Apa tanggapan orang pada aku?? Apakah Jue sanggup menghadapi cabaran ini? aku yakin dia tidak mampu!!!

Tapi, Kenapa dia tidak menghiraukan aku? Tidak pernah mengendahklan aku? Tidak pernah mula untuk melihat diriku dengan dekat? Menegur aku tatkala terserempak dijalan pun aku yang mulakan..

Kecewanya aku..

Ingin saja ku ucapkan ayat: Jue, i love u, do u love me? I miss u, do u miss me? I need u, do u need me? I want u to be my friend, my lover, my partner, myself.... do u feel like my feeling to u right now??
Answer me, please...


CLOSE

Copyright reserved by Zero to Hero's Blog Edited by Caersasuke