April 24, 2012

Bercinta Dengan Buku Atau Bercinta Kerana Buku?

Assalamualaikum, Hello everyone.


First of all I want to thanks to all of you readers, because reading this awesome blog! (I’m not sure either you are reading or just blogwalking here, but let me think that you’re reading it now!) 
Reading is my hobby, I think most of you like it too. So, i’m very interested to invite all of you going to “WORLD Book Day” event at Popular book company outlets start on 20.4.12 until 06.05.2012. That’s all. 
 (Okay, i felt “dumb-ass” when i speak in English Muahaha..)

Aku bukanlah duta Popular ni, dan tak pernah pulak diberi melanggan Majalah Mangga secara percuma selama setahun ye. Cume aku nak bagitahu yang aku memang suke dengan Popular. Seriously, aku boleh duduk berjam-jam lamanya kat Popular ni pasal banyak buku baru yang kau boleh baca free of charge!. Dari buku masakan ke pelancongan ke motivasi ke agama ke politik ke sukan ke kesihatan ke komik ke novel ke majalah hiburan .. semuo ado eh jang! Dah lah tu, kalau kau jadik ahli dan mempunyai members card, memang berbaloi lah berbelanja buku kat sini, pasal discount tu.. discount yang kau tak dapat apabila membeli buku di Kedai Buku En.Mariapan.. 

Ah, banyak lagi kelebihan yang disediakan, cepat-cepat apply 1 kad kat SINI

Cerita pasal membaca ni, dulu zaman aku sekolah kan ade Program Nilam, tak tau la sekarang masih wujud lagi ke tak. Masa tu kalau tak silap aku ade 2 kategori bahan bacaan iaitu Bahasa Melayu dan English. Nilam BM aku memang mantop, siap sorang demi sorang rakan sekelas mengcopy-paste sinopsis daripada Nilam aku. Berbanding Nilam BI aku pulak memang hancus, tang ni aku pulak yang mengcopy-paste orang lain punye sinopsis, baru lah adil dan saksama! kan?

Nak cerita punye lah obses aku dengan buku ni sampaikan time berdating dengan si dia pun aku bawak pi kedai buku Popular! Aww kelass kau Maria! Ade ke dating kat kedai buku? Sungguh tidak romantik langsung! Haha. Itu kata kau, bagi aku ianya lebih bermakna sebab masing-masing dapat menimba ilmu (ilmu ape tu aku pun tak sure.. haha). Yes, compared to watching movie or eating, i’d prefer to doing somethings valuable like reading. 

Kau pernah tengok cerita ni?
*boleh tekan bagi tumbesaran untuk jadikan wallpaper kau..

 
Tidakkah kau rasa dunia ni sangat indah? Ahaks

Antara yang best kat Popular ni pasal dia ade tempat yang dipanggil CD-RAMA department. Semasa kau sedang enak membaca buku tu, boleh la pi ushar tempat ni sambil mendengar music sentimental. Kena pulak tu, sedang kau seronok membaca novel Ombak Rindu diiringi pulak lirik-lirik mendayu “Tuhan tolong lembutkan hati dia~” Hah, tak ke menangis kau kat situ sorang-sorang? Tu pun kalau kau dah hilang kemaluan la, aku memang tak la sampai ke tahap emo macam tu.. Walaupun ia nampak senang, secara praktikalnya benda macam ni memang susah mau buat, lagi-lagi kalau kau berhadapan dengan kekangan masa, atau keadaan sekeliling yang tidak mengizinkan, ade yang kena maki dengan orang yang beratur kat belakang. Baik-baik ko nak bagi si dia terharu, haru dibuatnye! 

“A book is a gift you can open up over and over again”

The very best gifts are books! Kau juga boleh hadiahkan buku kepada si dia sebagai tanda keikhlasan, dan itu menjadikan kau seorang yang intelektual walaupun muka kau poyo dan perangai kau tak ubah macam budak darjah 1. Hoho.

See? Benda ni senang je nak buat dan kalau kau ikhlas, buku yang kau hadiahkan pulak buku-buku berunsur agama, lalu si dia mengamalkannya sebagai panduan hidup, tak ke free-free je shared pahala? Tapi aku nasihatkan lebih baik kau perbaiki diri kau dulu, kalau perangai kau pun tak ubah macam Syaiton, pastu ade hati nak bagi si dia buku bertajuk Menangani Hasutan Jin&Syaitan, sah-sah esoknye kau kena reject sebab si dia dah dapat hidayah untuk menjauhi diri kau. Hahaha. (Ni aku nasihat kepada diri aku sekali tau)

p/s: Ade yang kena maki hamun aku ni pasal mengajar benda yang tidak-tidak. Oh no! Gambar di atas adalah untuk ilustrasi sahaja ya ibu-ibu bapak-bapak. Kepada adik-adik, kau budak bawah umur jangan coba-coba nak mengaplikasikan teknik-teknik di atas untuk kepentingan peribadi kau ye. Belajar pandai-pandai sampai masuk U baru boleh guna teknik tu ye. Ada paham?

April 20, 2012

Selamat Tinggal Mickey!


Dah lama rasanya tak update entry pasal anak-anak bulus aku ni. Ok entry kali ni aku tulis khas untuk anak-anak bulus yang ku sayangi..  

Happy birthday! Mickey & Minney :)
 
Alkisahnye bermula pada 20.12.2012, Si Montel telah selamat melahirkan buat pertama kalinya, dua ekor baby kittens yang cute dan diberi nama Mickey and Minney. Aku pun tak tau dia ber-romance dengan jantan kurap mana kat luar tu, tsk.. tsk.. tsk.. bohsia betul!

 
Usia 1 hari

Usia 1 bulan

Usia 2 bulan

Mula-mula mereka membesar dengan aktif, but after 3 month, si Mickey mula muntah-muntah dan berak cair, simptom yang sama macam mak dia si Montel dulu. Air kelapa dan rumput merupakan satu-satunya cara yang dapat aku ikhtiarkan buat masa tu memandangkan waktu tu aku tengah pokai. Alhamdulillah cara tu nampaknye mujarab sepertimana sebelum ni. Teror jugak aku! So, aku tak berapa nak kisah sangat la waktu tu.
Muka si Mickey berubah macam alien workshop!

Sampailah pada satu hari tu aku tengok muka si Mickey bengkak dan mengembang macam alien. Aku bagitau Cik Salina engkau, Cik Salina suruh aku bawak pi vet secepat mungkin. Terpaksalah aku mengorbankan duit simpanan kahwin aku sebanyak 40 ringgit lebih (lepas buat mas kawin tau!) untuk merawat si Mickey.

Ubat-ubatan si Mickey

Doktor bagi injection kat Mickey, satu tin makanan Presciption-diet dan 2 pack serbuk untuk ubat bengkak. Balik rumah aku terus buka tin tu kasi dia makan, berselera betul Mickey makan, si Minney dan Montel pun menyibuk makan sama. Sebab kibbles dia tak dapat nak kunyah, mungkin sebab muka yang tembam tu. Badan dia memang banyak susut la jika nak dibandingkan dengan adik dia Minney, jauh panggang dari api..

Kendian aku tengok dia dah tak lalu makan, minum pun tak! Terbaring lesu. Aku kasi lah minum menggunakan picagari yang disediakan Dr. vet. Aku angkat dia, dongakkan kepala, dan memasukkan setitis-setitis air dalam mulut si Mickey. Tiba-tiba tangan dia terkuis-kuis, mulutnya ternganga, aku rasa dada dia dah tak berdegup lagi, aku cube pastikan sekali lagi, aku usap-usap dada  Mickey, aku tepuk-tepuk belakang dia dengan lembut, aku panggil nama dia, 

“Mickey, oooo Mickey...”. Tiada reaksi, Innalillah. 
Sebak dada aku, aku usap pulak dada aku sendiri..

“Mak, Mickey dah mati mak!” aku bagitau pada Cik Salina. Terkejut sungguh beliau. Abis nak buat macamana mak, dah ajal dia mak...



Aku bawak jenazah (jenazah?) si Mickey jauh ke belakang rumah untuk ditanam. Lebih elok ditanam aku rasa dari dibiarkan bangkainya berulat atau buang ke tong sampah. Dengan beralaskan surat kabar lama, aku timbus si Mickey sambil diiringi bacaan Al-fatihah dan surah-surah lazim. Biar hantu Mickey tak menuntut bela atas kematiannya, eh bukan sebab tu ye, biarlah dia aman damai dan tenang kat sana. Amin.

Tapi yang buat aku terkilan sangat pasal di hujung hayat si Mickey aku kasi dia makanan yang tak halal. Baru aku sedar, melalui informasi seorang kawan fb aku, makanan tin yang diberi Dr Veterinar tempoh hari ada mengandungi hati babi. Ye kawan-kawan, haiwan yang berkaki pendek dan berhidung penyek tu...

Bersambung ke SINI .... da~

April 18, 2012

Hidup Tak Selalunya Indah, Tapi Yang Indah Itu Tetap Hidup Dalam Kenangan

Assalamualaikum, Hello everyone. 

Setelah lama aku menghilang, ni nak share cerita sikit lah sepanjang ketiadaan aku dalam tempoh ini. Dekat 2 bulan jugak 'bercuti' sebelum kontrak baru ni disambungkan. Dalam tempoh bercuti tu, aku ingat nak lepak goyang kaki je sambil menonton tv kat rumah. Tapi biasalah kan, makcik-makcik kat sini tak senang dengan gaya metropolitan aku (ape aku merepek ni Syaiton). Baru 3 hari kat rumah sorang makcik merangkap ahli tetingkap ni menanya: "Man, kau tak kerja ke sekarang? Berapa lama lagi cuti?". Aku malas mau menjawab, tapi kugagahkan juga membalasnya seringkas mungkin, tanda hormat orang tua. Aku tau kategori emas memang begitu ambil peduli. Tak mengapa, cakap hari ni esok dia lupa lah tu.

Sebenarnya kontrak kerja aku pada masa tu aku sendiri pun tak tau bila dia start sambung semula kan, sebab tu kalau orang tanya aku pun tak de jawapan yang pasti. So, dari sehari ke sehari aku dah naik bosan kat rumah. Tak boleh jadik ni, buatnye kontrak tu tak disambung mati kebulur lah aku jawabnya. Mana nak bayar hutang kereta, hutang ptptn, hutang bank, dan pelbagai hutang piutang lagi..  So, aku amik keputusan untuk buat part time kerja kilang je Cik Senah oii!!. Senang kan, kat Pasir Gudang ni punye lah belambak kilang, ko pilih je nak kilang apa, semua ada.

Aku pi interview dengan sorang kawan aku ni, kami guna SPM qualification je. Alhamdulillah, dapat pulak jawatan Lab Assistant kat kilang tu walaupun aku merahsiakan status degree & pengalaman kerja aku sebelum ni. Aku fikir sah-sah aku tak diterima menyandang jawatan tu kalau aku cerita semua, sebab yang dia nak pembantu makmal je pon, lagipun degree aku memang takde kaitan langsung la dengan industri perkilangan ni. Oh ye, kawan aku yang sorang tu tak dapat, sebab ape? sebab dia tak pandai menipu macam aku. Hahaha. Opss terlebey sudah, sebenarnya kawan aku tu tak heran lah, pasal bapak dia kaya siot, dia interview pon main2 je, sebab dia dah aim satu kerja yg lebih bagus. Sorang pun sorang lah, bukan tak biasa berdikari macam ni kan. Yang penting misi aku mengekalkan ketebalan purse aku ni dulu~

 





Satu sudut kat dalam lab. Kat situ ade microwave untuk korang letak FLT & grinding, 
rasa macam main pondok-pondok pun ade!
 
Papan memo sebagai guideline utk leader, 
juga boleh digunakan untuk meluahkan perasaan.. eh! eh! eh!

  
Supervisor yang selalu buli aku tu dia suka bagi task, ni la buktinye (^.^)v

Kilang tu memang strict, makanan minuman dan handpone adalah dilarang sama sekali. That Y lah time kerja tu memang aku susah nak angkat call(s) even reply msg pun. Sebab cctv disana sini kau. Aku perlu pastikan kedudukan strategik yang terhalang dari pandangan cctv, barulah senang untuk mengular. Hahaha. Lupe nak cakap, kilang tu memproses koko. Pandai-pandai la kalau kau orang Pasir Gudang mesti ko tau. 

Masuk2 je dah nampak signboard mcm ni dowh!

Ni pulak surau, kat surau takde cctv ok.. hehe. Asal nak jawab call(s) je masuk surau, 
ko pikir ko AJK Surau ke ape, tiap masa nak ke surau?

Ni tempat Boilerman amik boiler water.. nanti kau kena buat water test guna air kat sini. Ada beberapa tempat lagi, tapi kat sini je yang sempat di snap sbb betul-betul bersebelahan surau.

Ok, lagi satu tempat yang strategik yang tiada cctv adalah di restroom aka jamban. Aku jarang nak gunakan toilet ni pasal dalam banyak-banyak jamban, cume 2 jamban je yg ok, yang lain rosak. So, kebarangkalian yang rendah utk korang mengular dalam jamban kan?. Lagipun jamban tu baunye ‘hanching’ mak datuk! Kau sanggup ke duduk lama-lama kat dalam tu En.Mariapan? Tapi aku rasa tu memang agenda kilang supaya pekerja tak mengular dalam jamban, pandai General Manager kau!

Aku rase budak ni memang berbakat besar, aku pun tak mampu nak lukis sehebat ni walaupun aku penah dinobatkan sebagai juara pertandingan melukis masa sekolah rendah dulu :)

Yang pastinye setiap jamban mempunyai hasil seni yang belum dikomersialkan. Aku ade post benda ni kat fb aku dulu. Sambil korang termenung-menung dan termengah-mengah tu, sesuai jugak kau nak belajar biologi kat sini, memang cepat faham lah, Hahah. Selain tu, rambang mata ko nak pilih no telefon, macam agensi mencari jodoh pun ade aku rase. Selain tu, ade aku perasan bait-bait syair yang bunyinye :

“ TANDAS BERSIH, HATI TENANG, BERAK SENANG ”

Wah, hebat motto syarikat kau!


CLOSE

Copyright reserved by Zero to Hero's Blog Edited by Caersasuke