February 27, 2013

Baik! Sangat Baik! Berjaya bersatu! Oooh.. yes!

Assalamualaikum & salam sejahtera

Aku dan seorang rakan perempuan di menengah rendah berjumpa secara kebetulan. Kami bertegur sapa di fb pada mulanya dan membawa kepada pertemuan disebuah restoran segera seperti dijanjikan. Oleh kerana lama tidak berjumpa, banyak yang kami bualkan termasuklah sejarah silam, tekanan kerja sehinggalah kepada gaji semasa. Semasa rancak berbual tu aku agak terkejut kerana kebanyakan orang didalam restoran tersebut menyapa aku dan rakan tadi. Pada mulanya aku ingat tu pembaca blog aku, wah glamer jugak blog aku ni, kata hati kecilku. Haha. Namun sangkaanku meleset apabila rakanku memperkenalkan aku kepada mereka yang menyapa kami. Mereka diperkenalkan sebagai “bisnes partner”. Namun, apa yang paling aku musykil pada waktu itu adalah bukan hanya seorang-dua, malah hampir keseluruhan orang dalam restoran segera tersebut merupakan kenalan baliau. Hampir 20-30 orang kesemuanya! Dalam pemikiran aku ligat berfikir, apa yang sedang berlaku di sini?

Sehinggalah salah seorang daripada kenalan rakan ni membuka cerita mengenai ilmu membaca ciri-ciri individu melalui tarikh lahir. Oh ye, aku familiar dengan benda ini! Pernah kupelajari di UMS dahulu. Ianya berkaitan tentang Kaedah Potensi & Prestasi Dinamik Astronumerologi, turut dimuatkan dalam Mingguan Wanita Cik Salina engkau. Secara asasnya ia adalah salah satu kajian dalam bidang psikologi dan perkara ini menarik minat aku untuk mengetahui lebih lagi. Namun, rakan tadi meyakinkan aku untuk join bisnes mereka agar aku dapat lebih banyak ‘ilmu’ tersebut. Pada masa tu, aku tak nampak apa-apa hubungan atau kaitannya dengan MLM. Kalau MLM, adakah mereka menjual ilmu astronumerologi sepertimana Skor-A? 
Aku bertanya untuk mendapatkan lebih kepastian; “Adakah ini MLM?
Bukan, bisnes kami ni networking. Kami mencari bisnes partner.” katanya.
Lalu aku bertanya lagi, “Boleh terangkan lebih lanjut?
Kalau nak tahu naik lah opis kami!” balasnya.


Beberapa minggu selepas tu, aku dijemput ke opis mereka dan di situlah aku diperkenalkan dengan syarikat mereka. First impression orang yang masuk situ akan mengatakan ini syarikat yang gah, sesak dengan ramai orang yang segak berkot, berkasut kilat.. Aku dibawa dari satu sudut ke satu sudut seperti lawatan sambil belajar. Diperkenalkan dengan pengasas syarikat, dengan gambar-gambar aktiviti, dengan produk-produk kesihatan, dengan sijil-sijil halal antarabangsa, terdapat bilik-bilik kubikal, dan meja-meja kopi kecil. Akhirnya aku diperkenalkan dengan salah seorang ahli yang agak berpangkat. Pangkat apa ntah aku lupa, dia memulakan presentation melalui power point. Disitu aku diperkenalkan dengan plan marketing atau sistem networking mereka.

BINGO!
Inilah MLM. Sumpah aku tak suka dengan cara mencari ahli /kaki /downline ni. Katanya, jika tidak cukup duit bolehlah menjadi ahli biasa dahulu melalui pendaftaran sekali seumur hidup dengan harga RM130 shj. Dan dengan bayaran RM2 ribu barulah boleh mencari downline. Selepas itu dia banyak brainwash, 2K tu kita labur dan dapat produk untuk kegunaan sendiri nak jual pun boleh, kalau mati bisnes boleh diwarisi, income lebih daripada gaji, takde tekanan kerja & ada banyak masa lapang bersama keluarga!

Aku balik dengan 1001 persoalan. Adakah aku betul-betul ingin memilih jalan ini? Adakah pilihan aku ini akan berjaya membantu keluarga untuk kehidupan yang lebih senang? Aku ikhtiar dengan solat hajat dan istikharah. Aku rasa tidak tenang. Aku mula confuse, asalnya aku ingin mendalami ilmu astronumerologi, namun ilmu tu tidak disentuh langsung! Malah sangat sedikit berkaitan produk, selebihnya adalah plan marketing mereka. Aku perlu bersikap asertif untuk mengatakan tidak!

Beberapa hari selepas itu aku berjumpa lagi dengan rakanku tadi, dan aku berterus terang yang aku langsung tidak berminat. Fikiranku tidak akan berubah lagi, itu yang pasti. Memandangkan dia perempuan, kaum yang lemah, aku menolak dengan cara yang paling baik dan berhemah aku rasa. Sebaik sahaja kami berpisah, aku bertemu dengan rakan yang bekerja sebagai Pegawai Farmasi di salah sebuah klinik kesihatan. Dan ketika itu segala-galanya terbongkar dan diterangkan dengan lebih terperinci... (Bersambung)



CLOSE

Copyright reserved by Zero to Hero's Blog Edited by Caersasuke