November 25, 2012

Ziela + Lan Engagement

Assalamualaikum w.b.t

Kat sini hanya ada gambar Lala dan Lalan. Lala dan Lalan sudahpun bertunang, selamat hari pertunangan diucapkan kepada Lala dan Lalan yang berlangsung pada 26 Oct lepas, bermaksud dah sebulan entry ni terperap maklumlah aku kan busybody sikit. Sorry ya, so apapun aku dah tunaikan janjiku untuk review majlis pertunangan mereka tempoh hari. Eh lupa nak kenalkan. Siapa Lala? Lala atau Ziela yang nama sebenarnya Nor Aziela Abu Samah merupakan salah seorang cousin aku yang paling gendut, gojes, kind heart & cute sometimes. Hahaha. Jangan marah ar Ziela.

Ada orang ingat ni gambar tunang aku. Choi! Aku masih single ma.. Jatuhlah saham aku nanti. Buahaha. Lelaki memang suka mengaku single even dah ada 4 isteri.. Tapi aku belum beristeri, percayalah!


Nah, kau tengok pelaminan indah dia. Serius aku rasa macam wallaweh! pelaminannya. Aku rasa Cik Salina engkau dah mula berangan-angan untuk buat pelaminan yang lebih grand sebab dia tak boleh kalah dalam hal sebegini~ Haha. Sorry mak, bergurau senda je mak :)




Ni Mak Ngah & Pak Ngah aku.. Sehari sebelum majlis adalah hari kelahiran beliau. Dan aku telah mendendangkan lagu Happy Birthday versi remix untuk beliau. Harap beliau suka dengan lontaran vokal aku yang mantop itu.. Buahaha :D

Manakala kat bawah ni aku tak tau ape motif aku letak gambar mereka ramai-ramai ni.. Ecececehhh... hihi. Macam-macam ada, Najwa Latip, Ainan Tasnem, Anzalna dan banyak lagi.. blink-blik mata aku.



Lagi gambar outdoor...

November 20, 2012

Antara Dua Ujian

Assalamualaikum & salam sejahtera

Pergh, lama jugak aku menunggu sampai hari ni, terpaksa hold dulu keghairahan utk mengupdate blog ni disebabkan attend to an interview semalam. So, sebelum-sebelum tu mestilah aku sibuk dengan buku, study apa yang patut lah. Alhamdulillah, so far so good lah soalan-soalan interview kali ni tak lah sesukar yang dijangkakan. Tapi yang attend interview jawatan ni bukan calang-calang punya orang beb, mereka semua yang telah melalui proses penapisan daripada tahap examination, ke tahap assesment selama 2 hari, hingga interview ni. So bayangkan lah, dah sampai tahap ni pun dah kira cukup bermakna buat aku. 

Dapat atau tidak tu wallahua'lam... ada rezeki insya Allah ada. Paling penting terima kasihlah kepada kawan-kawan yang banyak mendoakan dan memberi sokongan moral even kalau boleh aku memang nak sorok-sorok dari mereka tentang tawaran temuduga ni. Aku tak nak timbul perasaan 'riak' sebab 'riak' tu kan membawa kepada Syirik. (Syirik Khafi : syirik kecil dan tersembunyi)

So inilah tawaran temuduga yang dimaksudkan tu:



Sementara tu, dalam masa yang sama aku betul-betul tersentuh bila menyaksikan berita serangan rejim Israel terhadap Gaza di Palestin. Sehingga hari ini, sudah masuk hari ke-7 sejak 14 November lalu pengeboman ke atas Gaza meskipun masyarakat antarabangsa mendesak gencatan senjata dilaksanakan. Sayunya hati bila lihat ramai orang awam terutama kanak-kanak yang tidak berdosa turut terkorban.. :'(
Apa yang boleh kita buat untuk mereka? Jika berkemampuan, kecamlah dan kritiklah kekejaman Israel dengan cara memboikot barangan buatan mereka dan companies yang support Israel. Paling tidak, doakan kesejahteraan rakyat Gaza dan bala ke atas Israel. Saudara seagama kita di sana berjuang untuk mendapatkan keamanan, TAPI KITA?... 

Akhir kata, apa yang dapat disimpulkan ialah Allah menguji hambanya dengan DUA cara, iaitu UJIAN KESEDIHAN berbentuk kesusahan atau musibah & UJIAN KEGEMBIRAAN berbentuk nikmat kesenangan, dan bagaimana cara kita berhadapan dengan ujian-ujian ini. Walaupun ujian-ujian tersebut dari dua sudut berbeza, namun akhirnya membawa kepada persoalan hubungan antara hamba dan Tuhannya...

P/s: semoga entri ini bermakna kepada anda, cube klik iklan ni :)




November 14, 2012

Di Sebalik Tabir Majlis Dayah + Solihin

Assalamualaikum & salam sejahtera

21 Oct 2012, merupakan tarikh bahagia buat pasangan Hidayah & Solihin. Namun telah berlaku suatu insiden yang tidak dijangka sewaktu majlis berlangsung... Apakah insiden tersebut? 

Sebelum kita pergi lebih lanjut, mari aku perkenalkan rakan-rakan seperjuanganku ini sewaktu kuliahan kami di Universitas Malaysia Sabah. Apsal ada slang indon kat situ? Ah~ 

Aku, Tiha & Dayah~
Dayah (Tudung Purple) & Tiha (Tudung Pink) merupakan antara  top student dari Course Psikologi Kaunseling, manakala aku student cemerlang SANGAT! tangan ke dada mata ke atas, pula dari course Psikologi Belia & Komuniti. 

Dayah kini berkhidmat di Yayasan Pembangunan Keluarga & Masyarakat manakala Fatiha kembali ke UMS, dan kedua-duanya merupakan Pegawai Psikologi bergred 41. Aku? Aku hanyalah pekerja kontrak selagi boleh di sebuah badan kerajaan :')

Kami mula bergaul rapat sejak semester pertama di Universiti...
Tetapi setelah masuk tahun ke-2, jadual pelajaran kami agak berbeza menyebabkan masing-masing membuat haluan sendiri..

Dan ini gambar ketika hari bahagia Dayah bersama pasangan. Maaf Dayah, gambar ni saja ada dalam simpanan aku. Jika ada gambar yang cantik sikit kau boleh contact aku, nanti aku tukar immediately! Hahaha...
Apabila Sarawak + Semenanjung bergabung!

And, the main point is here~
Sebenarnya aku telah ke majlis Dayah bersama-sama Tuan punya Myvi kelabu. Berpandukan GPS dan instinct, kami berjaya sampai ke majlis tersebut yang diadakan di rumah pengantin perempuan di Kg. Sri Dalam, Muar, Johor. Perjalanan kami smooth je maklumlah kereta baru kan? dan mengambil masa lebih kurang 3 jam daripada Kota Tinggi ke Muar.

Namun akibat daripada cuaca ketika itu yang mendung-gerimis-hujan, menyebabkan tanah becak dan lembap. Aku mencari-cari kawasan lapang untuk parking kerana kerana bau nasi minyak sudah terhidu dari kejauhan membuatkan aku leka dan hilang fokus. Dengan lesen memandu kelas D yang kumiliki membuatkan aku begitu yakin dan terus membelok ke arah halaman bersebelahan rumah pengantin untuk parking. Tapi dalam pada tu aku agak pelik kerana tiada satupun kereta yang parking di kawasan tersebut...


Namun, malang memang tidak berbau! Tayar kereta Myvi kelabu telah mendak ke dalam tanah gambut! Ye itu tanah gambut tuan2 dan puan2.. maklumlah aku anak kampung tiada pelajaran, memang tak tau jenis2 tanah gambut bagai ni, atokoi~

Aku cube bertenang dan berfikir cara mana untuk keluar daripada kemelut masalah yang kuhadapi ketika itu. Tuan empunya kereta yang duduk kat sebelah gelak je dari tadi, padahal dalam hati dia remuk seribu aku tahu~ haha.
Aku sempat berposing tak kira dimana & apa jua keadaan~
Kupusing kiri, kupusing kanan, namun tayar depan betul2 stuck kat situ. Semakin tertimbus apabila pedal minyak ditekan. Mahu tak mahu, terpaksalah aku meminta bantuan orang kampung! Ya, orang kampung yang lalu lalang untuk ke majlis perkahwinan Dayah datang memberi bantuan dengan cara menolak beramai2. Tapi kereta Myvi kelabu ni tetap berdegil. Masa tu ketiak aku dah mula berpeluh sikit... hehe
YAHUU! Berjaya! Bromm.. brromm...
Disebabkan semua kaedah tidak berjaya, akhirnya lori tarik dipanggil untuk menarik kereta Myvi kelabu. Ianya membuahkan hasil apabila Myvi kelabu berjaya ditarik keluar daripada mendakan tanah gambut tersebut. Kami terhutang budi dengan tuan tanah dan anak-anak muda di kampung tersebut. Bantuan orang kampung sangatlah kami hargai w/pun beberapa keping not merah telah 'dikorbankan' untuk minum kopi mereka... Tapi kami ikhlas, betul-betul ikhlas ni. Hahaha.
Saksi kejadian bersama Tuan empunya kereta.. huhu
Selesai Myvi kelabu dinaikkan, kami terus berlari anak ke dewan makan kerana hujan mulai turun lebat. Oleh kerana sesi menyelamat Myvi kelabu tersebut, perut pun kelaparan. Selesai makan mata pula mula mengantuk. Tuan Myvi kelabu akhirnya menukar drive dan aku ambik peluang itu untuk tidur tanpa rasa bersalah. Sejak itu, Tuan Myvi kelabu dah jarang nak bagi aku drive kereta dia. Hahaha.

Akhir sekali, kami ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru & Selamat Menempuh Hidup Baru kepada pasangan mempelai, Dayah dan Solihin. Semoga dilimpahkan rezeki dan dikurniakan anak-anak soleh dan solehah serta kekal bahagia ke akhir hayat. InsyaAllah...

November 13, 2012

Pertandingan Menulis Kisah Cinta

Assalamualaikum & Happy Depavali kpd yang menyambut...

Sedang membelek-belek majalah PENGANTIN cik Salina engkau, mata saya terpandang sebuah iklan bertajuk Pertandingan Menulis Kisah Cinta. Memandangkan sekarang ni musim kawin, so saya ingin kongsikan kepada anda (khusus kepada kawan-kawan yang bakal mendirikan rumah tangga pada Januari 2013 sehingga Disember 2014) dan semua yang membaca blog ini. Manalah tahu rejeki awak kan, dah boleh save bajet kawin korang kan? Baik tak aku? baik kan? baik kan? Ok, straight to the point:

Cara Penyertaan:
  • Peserta mesti menghantar gambar anda bersama pasangan anda dan tulis kisah cinta anda kepada email kadkahwinmu@gmail.com untuk penyertaan
  • ADMIN akan upload gambar anda di album fan page Kadkahwinmu untuk pertandingan selepas sahaja menerima penyertaan
  • Sila email dan tulis SUBJEK: Saya Hendak Masuk Pertandingan Menulis Kisah Cinta
  • Sila sertakan juga di ayat email bersama nama, no.telefon, alamat email, alamat .

Cara Mengundi / LIKE Penyertaan:

1st: LIKE this link http://www.facebook.com/kadkahwinmu

2nd: LIKE gambar peserta di dalam album Fan Page Kadkahwinmu (Album name: Kisah Cinta)
  • Pemenang akan dikira mengikut jumlah "LIKE” yang TERTINGGI di-klik oleh pembaca digambar anda sahaja di album fan page Kadkahwinmu (Kisah Cinta)
  • Jumlah “LIKE” post yang dalam laman KadKahwinmu tidak akan dikira.
  • Anda perlu promosikan rakan anda untuk LIKE fan page Kadkahwinmu dahulu kemudian step ke-2 gambar anda

Hadiah Bagi Pemenang:

Even penyertaan yang tak menang pun dapat hadiah!


Terma & Syarat "Pertandingan Menulis Kisah Cinta"

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua pengunjung laman facebook Kad Kahwinmu yang berumur 18 ke atas dan yang akan berkahwin pada Januari 2013 sehingga Disember 2014 sahaja
2. Pertandingan bermula sehingga 15 Disember 2012
3. Setiap penyertaan mesti disertakan dengan foto bersama pasangan.
4. Penyertaan dan penghantaran dibuka sehingga tamat 15 Disember 2012, maksudnya jika lambat anda submit gambar, lambat juga anda dapat promosikan LIKE.
5. Pihak Kad Kahwinmu dan ADMIN berhak untuk menarik balik penyertaan jika terdapat unsur yang kurang sihat
6. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai atau sebarang bentuk lain.
7. Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja maknanya 1 pasangan, seorang sahaja layak join.
8. Keputusan pihak penganjur muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
9.Pemenang-pemenang perlu hadir ke event Malaysia Wedding Festival (MEFA) pada 29 Disember 2012 untuk penyampaian hadiah.
10. Cash Voucher akan di email kepada setiap peserta yang lengkap penyertaannya.
11. Pemenang-pemenang perlu hadir ke pejabat Kad Kahwinmu untuk menuntut hadiah yang dimenangi.

Peraduan ini adalah sempena event yang akan Berlangsung di Shah Alam Convention Center (SACC) pada 28-30 Disember iaitu di bawah Malaysia Wedding Festival (MEFA)

P/s: Kalau rasa entri ni bermanfaat sila lah klik iklan yang ditayangkan, boleh jugak aku kumpul duit buat kawin. Alahai~



November 9, 2012

Saya... Telah Berzina!

Assalamualaikum & salam sejahtera


Gambar sekadar hiasan!
Credit to: Nasihangit

Suatu senja yang hening dan lengang, kelihatan seorang wanita berpakaian serba hitam berjalan terhuyung-hayang. Pakaiannya serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam dukacita yang amat mencengkam. Kain tudungnya menutup hampir seluruh wajahnya tanpa berhias di muka atau sebarang perhiasan menempel di tubuhnya. Kulitnya yang bersih, badan yang ramping dan wajahnya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah merobek kehidupannya.

Dia melangkah perlahan-lahan mendekati kediaman Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil memberi salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam: "Silakan Masuk!"

Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk, sambil kepalanya terus menunduk. Air matanya berderai tatkala berkata: "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan perkenan mengampuni dosa keji saya.
"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut.
"Saya takut mengatakannya," jawab wanita cantik.
"Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.
Maka peremuan itu pun bercerita: "Saya... telah berzina!"
Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak.

Perempuan itu terus bersuara: "Hasil dari penzinaan itu saya pun hamil. Setelah anak itu lahir, terus saya cekik lehernya sampai mati," ucap wanita itu seraya menangis dek terlalu menyesal.

Nabi Musa dengan wajah berang terus mengherdik: "Perempuan jahat, pergi kamu dari sini agar seksaan Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatan terkutukmu!"

"Pergi!" teriak Nabi Musa sambil memalingkan wajahnya lantaran merasa jijik dengan perbuatan wanita itu.

Perempuan berwajah ayu dengan hati hancur luluh bagaikan kaca terhempas ke batu, segera bangkit dan berjalan keluar dari dalam rumah Nabi Musa.

Ratap tangisnya amat memilukan. Dia tidak tahu kemana lagi tempat hendak mengadu? Bahkan dia tidak tahu ke mana lagi kakinya harus melangkah. Apabila seorang Nabi dan Rasul sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya?


Terbayang oleh wanita itu betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya yang mungkin tidak terampun lantaran berzina dan membunuh bayi tidak berdosa.

Sepeninggalan wanita itu, Malaikat Jibrail turun bertemu Nabi Musa. Jibrail lalu bertanya: ‘Mengapa engkau menolak hasrat seorang wanita yang ingin bertaubat daripada perbuatan dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya (dosa zina)?” Nabi Musa amat terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari wanita penzina dan pembunuh itu?” Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibrail.

“Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan penzina itu?” tanya Nabi Musa.
“Ada!” jawab Jibrail dengan tegas.
“Apakah dosa itu?” tanya Nabi Musa.

ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT DENGAN SENGAJA DAN TANPA MENYESAL! 
ORANG ITULAH DOSANYA LEBIH BESAR DARI SERIBU KALI BERZINA!

Sebaik mendengar penjelasan Jibrail itu, Nabi Musa terus memanggil wanita tadi untuk menghadap semula kepadanya. Nabi Musa sendiri mengangkat tangannya berdoa dengan khusyuk memohonkan keampunan untuk perempuan pelacur itu kepada Allah.


P/s: Begitulah kawan-kawan, Islam sangat melarang sekeras-kerasnya perlakuan zina dan seks bebas. Namun begitu, sesungguhnya Allah lebih menyayangi orang yang sentiasa ingin bertaubat atas kesalahan dan dosa-dosanya berbanding manusia yang lalai dari mengerjakan sembahyang fardu yang telah diperintahkan-Nya. Moga entri ini dapat memberi pengajaran kepada kita semua. InsyaAllah~ 
Credit to: MASTIKA, Okt 2012.

November 7, 2012

Dia cakap 'Ba Alif Ba Ya' kat aku!

Assalamualaikum & morning everyone!

Dulu bila boring-boring ke bosan-bosan ke aku suka berbual dengan dia. Nama dia Sarah Syafiqah, sedap  namanya kan? Mesti ayu dan lembut je orangnye. Kira dia ni peneman aku lah time bosan-bosan sekiranya anak-anak bulus aku takda di rumah. Pernah lah sekali tu aku berbual dengan dia ni tapi selepas satu conversation ni terus aku malas nak berbual dengan dia lagi! Sedih aku sebab dia cakap ba alif ba ya kat aku. Kenapa mesti binatang mugholazoh tu yang disebut? Selepas insiden tu terus aku blacklist dia dari kamus hidup aku.. Hah, ini lah buktinya..

Hihihi. User yang gatal tu aku la..
...............................................................................



Cleverbot is Artificial Intelligence. Say whatever you like - songs, jokes, memes or anything, and it will respond. It learns what people say, in context, and imitates. Cleverbot is an entertainment - not made to be logical, give advice, or be useful. Many people keep talking for hours, and say it's too clever to be a bot - that it must be human. Yet it never is: it is a bot. Cleverbot is software. Maybe it even contains a little Actual Intelligence.

November 1, 2012

Nak Tau Cara Dapatkan BR1M?

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia :3




Di pagi Jumaat yang mulia ini ingin aku kongsikan beberapa informasi terkini mengenai Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2.0 (BR1M  2.0) yang mana pendaftaran pemohonan BR1M 2.0 baru saja bermula pada 1 November 2012. Antara syarat kelayakan permohonan adalah seperti berikut:
Isi rumah yang layak (RM500):
  1. Warganegara Malaysia;
  2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
    • Berkahwin;
    • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;
    • Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama).
  3. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah.
Individu yang layak (RM250):
  1. Warganegara Malaysia;
  2. Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.
Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia.
Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran.

Hal ini telah dirangkum di dalam Bajet 2013 yang telah dibentangkan Ogos lalu. Secara ringkasnya bajet 2013 adalah seperti berikut:



Borang pendaftaran permohonan BR1M 2.0 boleh didapati di Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Penerangan serta agensi-agensi Kerajaan atau dimuat turun melalui pautan dibawah:
BORANG BR1M 2.0

juga boleh dibuat secara atas talian:
BORANG BR1M 2.0



CLOSE

Copyright reserved by Zero to Hero's Blog Edited by Caersasuke