July 9, 2013

Mengawasi Nafsu Syahwat di Bulan Ramadhan!

Dalam bulan yang mulia ni, tidak cukup untuk menahan diri daripada lapar dahaga semata-mata, tetapi juga berperanan mendidik mata daripada melihat perkara yang diharamkan, telinga daripada mendengar umpatan, lidah daripada menuturkan fitnah dan cacian, tangan daripada melakukan dosa dan permusuhan, kemaluan daripada melakukan kemaksiatan dan kaki daripada melangkah ke arah kejahatan dan kemungkaran.

Inilah masanya untuk melatih diri daripada melakukan perkara-perkara lagho dan maksiat yang biasanya dilakukan pada hari-hari sebelum. Dalam bulan Ramadhan ni la senang sikit nak top up iman sebab syaitan semua dah kena ikat. Yang tinggal pun adalah nafsu-nafsu manusia, terutamanya nafsu syahwat. Bulan Ramadhan ini seharusnya menjadi penguji dan pendidik kepada nafsu syahwat yang asyik ingin membara. Nafsu syahwat yang menjurus kepada syahwat seksual sentiasa cuba melepaskan diri dari kekangan Ramadhan.

Bagi yang sudah berumahtangga, apa yang Allah swt minta hanyalah jangan ‘bersama’ di siang hari Ramadhan. Ia kelihatan mudah, tapi jangan pelik dan hairan, amat ramai yang gagal. Memang benar, Allah swt maha mengetahui ramai manusia akan gagal dalam ujian tahan syahwat seks ini, justeru disediakan untuk manusia kaffarah bagi mereka menebus dosa, kesalahan dan kegagalan mereka.

Bagi yang bujang, sepatutnya tidak timbul isu kerana mereka belum berumahtangga dan belum merasa nikmat ‘bersama’. Namun, amat ramai si bujang Muslim dan Muslimah yang jatuh tewas, seburuk-buruk ketewasan itu adalah apabila mereka berzina di siang hari Ramadhan. Innalillahi wa inna ilayhi raji'un. Amat buruklah apa yang mereka kerjakan. Sekumpulan lagi tewas dengan penangan ‘tangan’ sendiri (onani). Semuanya buruk, namun menjadi lebih buruk apabila dilakukan di bulan Ramadhan, di siang harinya pula tu.

Ada tak tips yang berguna bagi mengawal nafsu syahwat agar kita tidak menjadi hamba nafsu dan bertuhankan syaitonirrojim?
  • Sibukkan diri dan sediakan jadual di Bulan Ramadhan:
  • Elakkan kekenyangan. Sebab kenyang punca kepada peningkatan nafsu syahwat. Waktu siang hari mungkin boleh dielak tetapi bagaimana pula di malam hari? So, kuncinya adalah mengawal nafsu makan. Juadah berbuka ala kadar yang mana patut, kalau dah banyak sangat, tak habis, lepas tu takut membazir, terpaksa makan kenyang.. last-last terawih pun tinggal... 
  • Seterusnya adalah menjaga mata dan pandangan. Kalau tak jaga pandangan ni takut-takut syahwat terangsang, keluar pula Mazi dan Mani. Jika di luar rumah pandangan boleh dijaga, di dalam rumah begitu juga. Contohnya ketika menonton televisyen ada keluar iklan Kak Ton yang comey tu membuatkan hati memberontak. Jangan tunggu lagi, alihkan siaran TV kepada cerita bergenre seram ke, sedih ke. Sebab secara psikologinya kita dah dapat menukar emosi dan rasa ghairah tu kepada emosi bertentangan.. (Tak boleh blah bagi contoh Kak Ton)
  • Sedangkan yang berkahwin pun kadang-kadang terlajak perahu, inikan pula yang bujang. Sila la elakkan tidur bersendirian. Lagi afdal tidur dengan mak dan adik beradik yang lain di ruang tamu. So kurang la sikit masa bersendirian di malam hari kan? Hehe. Selain tu, jauhkan diri anda dari segala ‘alat bantu mengajar’ seperti losyen, minyak rambut, sabun di bilik mandi dan bahan-bahan lain yang boleh mencetus trigger kepada diri. Muahaha... Japanese sangat! 
  • Bagi budak lelaki (budak sekolah lah biasanya) yang ada koleksi komik hentai atau majalah playboy tu pakat-pakat la buang. Kalau ye pun sayang, simpan lah dalam sudut berkunci, pastu kunci tu tanam belakang rumah atau bagi jiran simpan, tapi jangan dok cakap tu kunci apa. Buat malu kaum je. Mungkin dengan cara tu terpaksa la kau berkerja keras mendapatkannya.
  • Tips yang lain kau fikirlah sendiri nakkk... tak kuasa nak melayan.
So, inilah serba sedikit tips yang biasa diguna bagi menjamin kualiti amalan di bulan yang penuh barakah ni. Ingat! Sekali sudah terlalu banyak, seribu kali tidak mencukupi. Buat sekali pasti nak lagi, pastu menyesal tak sudah sebab nak kena ganti puasa tahun berikutnya dengan membayar kafarah zihar pulak. So, peringatan untuk diri sendiri jugak, ini baru tips mencegah nafsu syahwat. Kalau nak mencegah Seks Sebelum Nikah entry nya di SINI.

July 8, 2013

Jenis-jenis Puasa


Puasa Wajib
  • Puasa pada bulan Ramadhan atau qadha' kerananya.
  • Puasa Kifarah (denda) bagi orang yang berkata kepada isterinya dengan perkataan: "Belakang awak seperti belakang emak saya" dan seumpamanya.
  • Puasa Kifarah (denda) bagi orang yang membunuh orang.
  • Puasa Kifarah (denda) bagi orang yang bersetubuh pada siang hari bulan Ramadhan.
  • Puasa ganti Dam Haji Tamattu' bagi orang yang menunaikan fardhu haji.
  • Puasa ganti daripada Dam Haji sahaja.
  • Puasa sebab luput Nusuk (mengerjakan ibadah haji).
  • Puasa ganti daripada mengeluarkan fidyah
  • Puasa Kifarah kerana bersumpah
Puasa Sunat
  • Puasa pada hari Isnin dan Khamis
  • Puasa pada hari yang kesembilan bulan Dzulhijjah bagi orang yang tidak mengerjakan haji
  • Puasa pada hari 'Asyura' ( hari yang kesepuluh) bulan Muharram.
  • Puasa pada hari 'Tasu'a' (hari yang kesembilan) bulan Muharram.
  • Puasa pada hari-hari: 13, 14 dan 15 pada tiap-tiap bulan Islam melainkan pada 13 Dzulhijjah (dihukumkan haram).
  • Puasa pada 28,29 dan 30 haribulan tiap-tiap bulan Islam.
  • Puasa enam hari pada bulan Syawal(lebih afdhal kiranya dikerjakan dengan berturut-turut)
  • Puasa hari yang kelima belas pada bulan Sya'aba (Nisfu Sya'ban).
Puasa Makhruh
  • Puasa orang yang mendapat sakit yang bersangatan.
  • Puasa orang yang dalam perjalanan atau pelayaran.
  • Puasa orang yang sangat tua.
  • Puasa yang asalnya sunat dikerjakan oleh orang yang ada menanggung puasa qadha'.
  • Puasa perempuan yang hamil.
  • Puasa pada hari Jumaat.
  • Puasa pada hari Sabtu yang tidak dihubungkan dengan hari yang lainnya.
  • Puasa pada hari 'Arafah bagi orang yang mengerjakan haji.
  • Puasa sepanjang-panjang tahun (sepanjang masa)
Puasa Haram
  • Puasa pada Hari Raya Fitrah (Raya Puasa).
  • Puasa pada Hari Raya Adha (Raya Haji).
  • Puasa pada hari tasyrik (11, 12 dan 13 Dzulhijjah).
  • Hari yang disyaki hari pertama bulan Ramadhan.
  • Hari-hari selepas 15 haribulan Sya'ban, jika bukan puasa qadha' atau nazar atau bukan hubungan dengan puasa pada hari yang sebelumnya atau bukan hari yang ia telah biasa mengerjakan puasa.
  • Puasa sunat bagi perempuan tanpa izin suami.


CLOSE

Copyright reserved by Zero to Hero's Blog Edited by Caersasuke