Assalamualaikum dan salam ramadhan,
Betul kata Ros, bekerja dalam sektor perubatan memerlukan kepakaran dan fokus yang tinggi. Sedikit kelalaian boleh mengakibatkan kemudaratan berterusan. Yang tak sakit mungkin akan sakit dan yang sakit bertambah sakit. Hal ini boleh jadi disebabkan doktor tersalah diagnosis penyakit ataupun pharmacist tersalah memberi
ubat kepada pesakit. Itu yang berlaku
kepada emak, tangan patah.
Sudah hampir 2
minggu lebih mak jatuh, dan telah mendapatkan rawatan awal di sebuah klinik.
Pengimejan diagnostik (x-ray) yang dilakukan oleh doktor di klinik itu tidak dapat
memastikan keretakan tulang bahu dan engsel yang teralih sedikit. Mungkin bukan kepakarannya lalu mengandaikan ia hannya sekadar terseliuh. Jadi dalam tempoh itu mak hanya
diberi ubat tahan sakit dan cuba berurut secara tradisional.
Akibat rasa sakit
yang tidak kurang baiknya dan desakan ayah untuk membawa mak melakukan
pemeriksaan lanjut di sebuah poliklinik barulah keretakan tulang tadi dikesan.
Dan seterusnya mendapatkan rawatan di sebuah hospital untuk disimen. Mujurlah
mak tidak ditahan wad dan hanya dibenarkan pulang selepas waktu berbuka pada
hari itu.
Walaupun insiden
ini tidak melibatkan kecederaan parah atau kehilangan nyawa, tetapi ia cukup
membuatkan kami berjaga-jaga dan berhati-hati, lebih-lebih lagi ia melibatkan
kedua orang tua. Aku tak dapat bayangkan kesakitan yang ditanggung oleh emak
dalam tempoh itu, tidur tidak lena, makan kurang berselera, sakit perut dan
sebagainya kesan akibat tidak mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
Aku sebagai model tak berbayar -.-' |
Hari minggu lepas, aku pulang lagi dan terfikir untuk membelikan mak fabric sling. Aku saja memilih corak kartun agar nampak ceria dan menceriakan hari emak. Rupanya ayah terlebih dahulu membelikannya, warna biru yang klise itu~ haha. Memandangkan mak dah ada satu, so aku letak je la kat tepi. Rupanya mak guna juga yang aku beli. Terharu.
Lebih hiba, ketika kami berkumpul berbuka ketika hari
pertama berpuasa, mak tidak menyentuh kerang yang dimasaknya, mak diam aje
mungkin taknak mengganggu anak-anak yang pelahap semua tak ingat dunia. Dengan tangan kanan yang sakit itu pasti menyukarkan pergerakannya, aku perasan lalu
aku kopekkan dia sedikit. Aku terfikir, macamana dengan hari-hari lain ketika aku
tiada?
Kini ayah
menggalas tugas-tugas yang biasanya emak buat seperti membasuh, mengemas rumah
dan memasak waktu berbuka. Terima kasih ayah!
Walaupun emak suka membebel dan
keras kepala, tapi dia adalah satu-satunya emak yang kami ada. Aku amat jarang
dan susah menitiskan air mata tapi jika melibatkan emak, memang aku beremosi.
Raya tahun ni pasti kurang meriah tanpa masakan air tangan mak, tapi tak mengapalah..
mak rehat je tak payah susah-susah masak dan jangan buat kerja berat. Doa kami
semoga emak cepat sembuh ye...
5 comments:
saya pun doakan agar mak awak cepat2 sembuh. :) comey je fabric sling corak kartun.
thanks anas, tu utk children sebenanye kot? hahaha
klu patah or terkehel (dislocation kate org putih) biasenye mmg xdpt kesan klu gune xray biasa.. kne buat MRI.. klu dibiarkn lame lg blh jd cacat kekal.. i mean klu fracture or dislocation tu nmpk menonjol sgt mcm tgn bengkok or something like that.. hrp2 mak u cpat sembuh n klu kne buat fisio klu blh jgn skip.. fisio dpt bntu pulihkn prgerakn n biasekn balik rse janggal tgn yg dah lame xbergerak tu.. take a very good care of her k? ;)
wow ros, u cakap skrg pon dah macam doktor! Terkesan hihi. Ok thanks for ur info :)
Semoga mak awk cepat sembuhh :(
Post a Comment