August 6, 2013

Kampung Kau Ada Wifi Tak?



Assalamualaikum,
Dua hari lagi nak raya tapi aku masih lagi bekerja sampai ke hari esok. Semua persiapan raya ala kadar je, takde yang menarik sangat pun. Walaupun nafsu raya tu semakin berkurang dari setahun ke setahun, tapi raya tetap raya kan? Nak kena balik kampung, menikmati juadah di pagi Syawal, menziarahi sanak saudara.. Tipulah kalau kata takde nafsu raya walaupun tak sempat beli Baju Melayu Aaron Aziz, raya mesti diteruskan.. Haha.

Saban tahun raya pertama kami di Chemplak, Labis. Ntah kapan baru dapat beraya ke Sabah? Eh, Aping! Aping, Kota Tinggi.. haha. Aku pun tak paham dengan Cik Salina engkau tu. Kalau aku cakap aku kena marah balik, pastu dia punya bebel sampai raya tahun depan tak habis lagi. Alamak, termengumpat mak sendiri pulak. Ampun mak hehe..

Sepanjang Ramadhan ni banyak perkara menarik berlaku, aku rasa bulan ni la paling rajin aku update status di FB tapi kat blog, noharomm.. Disebabkan semua perkara manis yang berlaku tu menyebabkan Ramadhan kali ni paling cepat berlalu. Pejam celik, pejam celik dah nak raya. Sedih pun ada sebab masih banyak amalan & ibadah yang belum betul-betul sempurna :'(

Sebenarnya takde apelah yang aku nak sampaikan pada entry kali ni, nak cakap banyak pun tak de mood sebab korang pun mesti tengah busy mengemas rumah, menyiapkan persiapan raya, bersiap untuk pulang ke kampung.. dah lah kat kampung takde internet! Eh, kau jangan tertipu pulak dengan sepupu / anak sedara kau sebab dia tutup wifi internet tak bagi kau guna!


Sebenarnya Ramadhan lah bulan pendidik yang mendidik kita menjadi muslim sejati. Ada lagi sebelas bulan ke depan yang perlu dijaga dan dipelihara sebaik didikan di bulan Ramadhan ni. So, amalan-amalan yang baik tu teruskanlah agar kita semua dapat bertemu Ramadhan yang seterusnya.. Sesungguhnya, kami merindukanmu Ramadhan :'(

P/s: Kalaulah sepupu / anak sedara kau tak tutup wifi tu, kau dah dapat tips-tips yang berguna ni.. tsk.. tsk.. tsk..

CLOSE

Copyright reserved by Zero to Hero's Blog Edited by Caersasuke