June 27, 2012

Home » , , » Facebook Timeline Yang Over!

Facebook Timeline Yang Over!



Assalamualaikum & Slmt Sejahtera...
Benci dengan facebook timeline? Pakcik pun sama. Entah macam mana pada suatu hari tu, secara tiba-tiba facebook lama aku bertukar rupa. Ada pesanan ringkas kat atas tu: "Publish Now, or wait until your timeline goes live on May 28".

Bangkai! Bentak hati kecilku. Memang aku menyampes betul dengan facebook timeline ni, semakin kurang privacy, pastu semakin lambat loading mungkin kerana gambar-gambar yang bersaiz besar tu, pastu aku dah tak tahu kedudukan komen-komen yang bersepah tak ikut turutan..
Tak suke, tak suke, tak suke!

Aku pun google lah, cara-cara untuk membuang fb timeline ni.. Macam-macam cara aku jumpa dan aku cuba tapi tak ada satu pun yang menjadi, sigh*
Akhirnya aku mengalah. Tapi takpe, aku kan manusia yang sukakan cabaran. (Benda macam ni pun dikira sebagai cabaran ke labu?) Dan dengan itu, aku menggunakan segala kemahiran mengedit dan mem'blur'kan jerawat dimuka untuk menghasilkan timeline yang cantik,
Taraa... Suke tak? suke tak? suke tak?

Boss lah sangat!
Walaupun kau tak berapa suke dengan perubahan baru yang dilakukan oleh facebook ni kau tetap kena terima jugak sebab semuanya akan berubah secara automatik. So, pergi la tukar design timeline kau tu awal-awal ye.. Rock Bebeh!

Siapa rasa facebook timeline aku biasa-biasa je? Oh, aku pun rasa begitu sebenarnye. Haha. Tapi setakat ni, tu la yang aku mampu, kau mampu? ce tengok dan bandingkan timeline kau, Haha. Oh lupe pulak, kau mesti nak tau kan kat mana aku cedok design timeline ni? Meh sini: FirstCover.com. Ada banyak kategori yang boleh kau pilih kat situ. Selepas buat pilihan gambar, clik pada gambar dan ikut je step-step yang dia suruh, lepas tu kalau nak cantik-cantikkan sikit boleh edit kemudian.

So, macamana pulak dengan awak punye timeline? Cantik seperti saya atau lebih cantik lagi? Meh la add as a friends, nak jugak tengok betapa kreatifnye kawan-kawanku sekalian. Nanti aku masukkan dalam entri ni hasil kreativiti kau yang menarik ok! Muehehe.

P/s: tetap tak suke dengan timeline, sigh*

Update: Ok sila lihat siapa punya fb timeline yang ada kat di bawah ni ya?

 (Boleh klik gambar untuk ke facebook mereka)

Cantik bunga tu, yang ni cover untuk timeline blog beliau, siap LIKED tau :)

Minah ni cassiopeia sejati, peminat Xiah Junsu no.1 Hik hik..


Wow, amazed! Berpinar sekejap mataku.. Ada je idea Si Kecik ni..

Yang ni aku tak tau ape motip, tapi sbb dia pinjamkan broadband so aku letak jak la.. Teheee

Wow, idea dah cantik, kalau kepala tu kasi match up dgn badan lagi semat!
.
.
.
.
.
.
LAGI, LAGI, LAGI!!! Cepat ghairah ni!

11 comments:

L said...

haha. dah lama dah aku buat timeline.. buh gambar bese2 jer bha.. haa

ahsfantasy24 said...

hehe.. comel,
nnt nak design la satu.
tp mmg lebb sikit loading die >_<

Akhelaken said...

Lolz: aku dah cari di merata tempat,tiada keretaku bawakau jalan2,Eh! teda ku jumpa,dimana juga kau simpan fb timelinemu bos?...hehe

Ahsfantasy: comel kew? ihik3,tp awk punya timeline cantik jugak..xpe,sy upload yg ni dulu yek!

siti rosmaini said...

gmba aku bese2 jek... aku letak cover photo DBSK pn sbb aku FANatic gle ngn diorg ni... (kononnye...) hahahaha

Anonymous said...

Memang aku sengaja buat badan dia tak match dengan kepala. Seni la katakan...
(padahal memang tak reti nak matchkan, dah cuba banyak kali tapi tak jadi-jadi TT-TT)


-Rifa Johan-

Meow Aizawa said...

meow pon ta suke timeline.. nak remove jugak.. kalo dah jmpe care inform kt meow eh.. please.. hehehe

Akhelaken said...

Rosmaini: besa2 je tp impak dia luar biasa.. i like it too :)

Rifa Johan: Hehe,seni habisss... but that's cool! Kalau xreti photoshop jgn bermimpi nak buat mcm tu kan Pa?

Meow Aizawa: okeh boleh2,kalau susah sgt remove je account fb tu.. geram3x.. hehe

Nick Nashram said...

style cover bro..aq dulu pun bengang jugak..tetiba je maen tukar..mula2 tu susah betul nak tgk status ngan timeline tu..kalo remove pon kita punye page mmg nampak cam asal.tapi kalo orang laen tgk tetap timeline..

Sasa Al-Sharif said...

ums blogger!! hehe... aku x bubuh cover pic.. semak

Mista A. said...

aiyo? motip ghairah last sekali ituhh? hhahaha... bytheway, this timeline memang very the puaka. but saye letak pic blog jadi cover.. mampu!!!

Akhelaken said...

@Mista A.
hei,ghairah tu rs keterujaan utk lihat timeline yg lebih cantik,meletop the voom! xda corner2 punya maksud ok.hahaha.Ok nnt aku usha!

CLOSE

Copyright reserved by Zero to Hero's Blog Edited by Caersasuke