May 22, 2012

Home » , » Selamat Datang Rejab

Selamat Datang Rejab

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Sekejap je masa berlalu, sekarang kita dah masuk bulan Rejab, lepas ni Syaaban-Ramadhan-Syawal, Yeay RAYEEE.... Eh, eh.. bukan tu yang kite nak cakap kat awak, kite nak ingatkan je awak tu dah ganti ke puasa tahun lalu? Haha..


Tahu tak, bulan Rejab ni merupakan salah satu dari bulan 'Haram' dalam Islam termasuklah Muharram, Zulkaedah dan Zulhijjah. Kebanyakan imam empat mazhab (Syafie, Hanbali, Maliki dan Hanafi) bersetuju mengenai terdapatnya amalan berpuasa sunat didalam bulan-bulan haram ini, cuma ia berbeza pendapat mengenai cara implementasinya. Firman Allah dalam Surah At-Taubah: 9
"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa." 
Namun, banyak hadis-hadis dhai'f dan palsu mengenai fadhilat (kelebihan) beramal didalam bulan Rejab ini. Salah satu hadis palsu yang paling popular ialah:   
"Rejab bulan Allah. Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku"


Selain itu, ada juga hadis-hadis dhai'f yang menyatakan:
  • Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.
  • Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.
  • Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.
  • Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.
  • Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.
Perlu diingatkan hadis-hadis diatas adalah dhai'f dan mawdhu' (palsu). Sebagai umat Islam kita tidak seharusnya beramal untuk mendapat ganjaran  semata-mata. Kita juga dilarang memilih hari atau malam yang tertentu sahaja untuk melakukan ibadat khusus. Hal ini kerana, yang lebih utama adalah mendapatkan keampunanNya. Awasi diri kita dari terlibat menyebarkan hadis-hadis palsu, kerana ditakuti kita adalah sebahagian dari mereka yang mendustakan Rasulullah s.a.w. (Nauzubillahhu min zalik)

Untuk itu perlunya kita menghayati peristiwa-peristiwa bersejarah yang berlaku di bulan Rejab seperti Peperangan Tabuk, Pembebasan Al-Aqsa dari tangan tentera Salib dan berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. Untuk lebih lanjut boleh rujuk sini. 







1 comment:

vendoline said...

dah lama tak buat pose sunnat...
hehehe byk gak kelebihan ye

CLOSE

Copyright reserved by Zero to Hero's Blog Edited by Caersasuke