April 9, 2013

Teruja Tengok Fatin Liyana Pakai Samsung Galaxy SIII Mini

Assalamualaikum & salam sejahtera


Tadi aku terbaca entri terbaru daripada Fatin Liyana kat dalam blog beliau honeykoyuki.blogspot.com. Entri Fatin Liyana kali ni berkaitan keterujaan beliau memiliki hengpon Samsung Galaxy SIII Mini. Perghhh, memang menarik! Menurut beliau;
Dengan hanya RM999 anda boleh mendapatkan sebuah SAMSUNG GALAXY SIII MINI! Smartphone canggih dengan teknologi terkini dibawah harga RM1K?


Tapi tahukah anda, ada berita yang lebih mengujakan daripada itu?
Anda mampu memiliki SAMSUNG GALAXY SIII MINI secara PERCUMA! Yeah, it's FREE!!!!


Kalau diberi pilihan antara RM999 dengan RM0, mana yang kau mahu? Kalau aku prefer yang RM0 punya lah kan? Gile kau! Haha. Tapi kalau yang dah ada sebiji tu pun kau boleh lah bagi pada adik-adik ke, mak ke, abah ke, kekasih ke, orang kampung ke. Mesti diorang pun suka. Tapi macamana nak dapatkannya secara percuma tu ye?


Kalau nak tahu apa kelebihan Samsung Galaxy SIII Mini ni kau boleh refer kat Fatin Liyana sendiri atau baca sahaja blog honeykoyuki.blogspot.com. Kat sana ada cerita segala-galanya :)
By the way, meh layan dulu video comel yang Fatin Liyana bikin ni. Memang Fatin Liyana dan Samsung Galaxy SIII Mini dua-dua sama comel kan? Huhuhu..




April 1, 2013

Ibu Hadiah Yang Tidak Ternilai

Assalamualaikum & salam sejahtera

Sejak dulu, kami sekeluarga jarang berkumpul bersama untuk menyambut sambutan hari jadi. Kecuali di Hari Raya Aidilfitri. Maka, tak hairanlah tarikh lahir diantara kami pun aku boleh lupa, malah tak pernah ingat pun sebenarnya. Kadang-kadang timbul rasa cemburu dengan rakan-rakan yang agak berada. Bukan sahaja sambutan hari jadi, malah melancong ke luar negara pun mereka pergi!



Biasalah! waktu zaman muda remaja yang strom and stress tu, banyak berlaku pertelingkahan antara kami adik-beradik. Tidak terkecuali sesama ibu bapa sendiri. Adakalanya atas masalah yang kecil pun boleh mencetus perang yang besar. Semasa buat keputusan tu kita rasa kita je betul. Bila tidak mendapat sokongan, bila ditegur mulalah rasa berkecil hati. Lepas tu mulalah rasa macam aku ni anak pungut, bercita-cita nak melarikan diri, konon nak berdikari dan tinggal jauh daripada keluarga sendiri...


Tapi bila masing-masing dah meningkat dewasa ni, rasa tanggungjawab & kematangan tu lebih terserlah dan menjadikan perasaan kasih sayang tu semakin menebal antara kami. Kalau dulu sambutan hari guru, sekarang sambutan hari ibu nombor satu!

Aku percaya, kebanyakan dari kita mengalami fasa perkembangan yang lebih kurang sama.
Jadi tidak perlu rasa takut sebab kita semua berkongsi pengalaman yang ada. Mak aku kata kalaupun hidup kita tidak seindah kehidupan orang disekeliling, jangan sesekali buang keluarga, buang agama.. Itulah dua perkara yang menjadikan kita sebagai manusia :)

Selamat hari lahir Cik Salina engkau yang ke-47 tahun!

CLOSE

Copyright reserved by Zero to Hero's Blog Edited by Caersasuke