Ye betul, perokok juga mempunyai hak. Nak tau apa hak tersebut?
Nilai sebenar sebatang rokok hanyalah 5 sen! |
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Hari ni entah kenapa aku tergerak nak post menatang ni. Oh ye, sebelum terlupa aku nak ucapkan takziah kepada seorang rakan opis aku yang dikhabarkan menghidap kanser hidung. Sedih aku dengar, adakah penyakit yang dihidapi beliau ada kaitan dengan rokok?
Hari ni entah kenapa aku tergerak nak post menatang ni. Oh ye, sebelum terlupa aku nak ucapkan takziah kepada seorang rakan opis aku yang dikhabarkan menghidap kanser hidung. Sedih aku dengar, adakah penyakit yang dihidapi beliau ada kaitan dengan rokok?
Secara umumnya memang banyak penyakit yang berpunca dari merokok ni. Umum mengetahui dalam sebatang rokok tu mempunyai pelbagai jenis bahan kimia berbahaya yang akhirnya akan memudaratkan diri sendiri, tapi masih ramai yang tidak mengendahkannya. Mungkin kerana rokok sudah sebati dalam diri katanya..
Secara jujurnya, aku semasa usia belasan tahun pun turut pernah terjebak oleh sebab desakan perasaan ingin tahu dan mencuba. Namun syukur alhamdulillah, aku cepat bertindak dan berhenti sebab masa tu aku fikir tak ada apa yang boleh dibanggakan untuk menjadi seorang perokok. Paling penting duit sekolah takkan aku bazirkan hanya untuk tujuan tidak berfaedah seperti itu. Jadi aku faham, zaman remaja yang dikatakan 'strom and stress' tu menjadi punca utama mengapa ramai remaja yang terikut-ikut kemudian terjebak. Namun, langkah awal pencegahan itu perlu sebab remaja yang tidak dibimbing boleh terjebak lebih jauh dan mungkin beralih kepada dadah pula.
Kajian mendapati
99% penagih dadah bermula dengan tabiat merokok
& 95% penagih dadah yang dibebaskan akan kembali merokok!
Fatwa HARAM keatas perokok! |
Aku amat gemar menggunakan ayat berikut setiap kali sesi bimbingan bersama klien:
Ada 3 jenis manusia di muka bumi ni. Bodoh, Pandai dan Bijak.
Yang dikatakan orang bodoh adalah orang yang tidak pernah belajar dari kesilapan mereka dan akan sentiasa mengulangi kesilapan mereka. Berbanding dengan orang pandai, mereka akan belajar daripada kesilapan diri mereka sendiri. Manakala, bagi orang yang bijak, mereka akan belajar daripada kesilapan orang lain.
Jadi anda tergolong dalam golongan yang mana?
2 comments:
nasib baek tak merokok!
@Lelaki Ini
kan? baguslah tak merokok. Merokok membahayakan kesihatan.hehe
Post a Comment