August 5, 2011

Home » , , » Harimau Malaya Hilang Belang!

Harimau Malaya Hilang Belang!

credit pic: www.mummycute.com
Selepas kalah dalam perlawanan pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 di tempat lawan, kemenangan menyebelahi The Lions, Singapura dengan keputusan 5-3. Pada 28 Julai 2011, siaran langsung dari Stadium Nasional Bukit Jalil menyaksikan perlawanan timbal balas yang memang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia. Penonton hampir 90,000 memang ramai diluar jangkaan, masing-masing berdoa supaya Malaysia layak ke Piala Dunia 2014. Namun, Malaysia telah tersingkir di pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 selepas tewas dengan agregat 4-6 (seri 1-1) kepada Singapura.

Geram, sedih dan kecewa bukan kepalang! Maka, kena la tunggu Piala Dunia 2016 pulak.. Wargghh.. lamanya tu!

Sebenarnya kalau dulu tak de nye nak melayan pasukan Negara, sebab dah tau dah mesti kalah sebelum lawan.. buat sakit hati jek. Tapi sejak akhir-akhir ni selepas menyerlah dalam Piala AFF Suzuki, kepercayaan kepada Harimau Malaya ni meningkat!

Pemain feberet aku tak lain tak bukan penjaga gol utama Malaysia lah:

credit pic: www.nurulanwar.com
Nama: Khairul Fahmi Che Mat
Asal: Kelantan
Umur: 22 tahun
Pencapaian: 
Anugerah Penjaga Gol Terbaik Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM, 2010 & Anugerah Pemain Muda Terbaik Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM, 2010


Tapi bukan tu sebab aku post entri ni..
Aku nak buat “post-mortem” ambik ko jajan! Hehe..
Adat la kan bila dah kalah mesti nak salahkan pihak lawan. Alasan paling kuat dengan salahkan padang, ade yang cakap padang diaorang sintetik, bola laju sangat dan melantun, susah nak kejar bro..

Pastu bila tewas dengan Singapura ni ade yang cakap, player diorang “Oscar” je lebih.. buat-buat jatuh, saje nak melambatkan masa..

Ada jugak yang cakap Singapura tak gentle, guna pemain import boleh lahhh… Punye lah marah kawan tu dengan The Lions.

Tapi, kita perlu akui hakikat kesebelasan pemain negara masih kurang kemahiran taktik dan perlawanan menentang Singapura sebelum ini memperlihatkan kawalan bola kita agak lemah, begitu juga hantaran-hantaran yang tidak menampakkan permainan cantik. Baru satu gol, dah mule merenyah, hilang fokus!
Nak salahkan pemain import pun tak guna, tu cara diorang.. Tapi, kite tak perlu lah nak guna pemain import juga, cume pemain kite je yang perlu naik taraf seperti pemain import. Baru lah betul!
Itu belum lagi dengan penonton yang guna laser. Memalukan betul!

Ni pendapat pribadi aku je.. yang penting kita perlu naik taraf game, main secara berpasukan & main untuk Negara, bukan untuk skor gol peribadi semata-mata. Baru la tak hilang focus!

Sekarang ni tak de dah istilah, HERO kalah dulu! Bida’ah tu semua! Huhu..
Ok lah, Majulah sukan untuk Negara!



5 comments:

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

salam...shoutbox blog saya br jer hidekan...takpe guna pic tu janji ader kredit kat blog akak...ok...

Ace said...

aku paling menyampah part laser tuh.... tu bukan membantu pasukan negara, tu menjahanamkan pasukan kita ja. Tak kisah la pihak mana2 pon, ko main laser ko memang hampeh...

aindzaya said...

errkkk...tataw nak ck pe la sal bola....

Anonymous said...

Assalamualaikum & Salam sejahtera..

Teknik SEBENAR jana 5 angka seminggu.
1 jam sehari hanya dari rumah.
Dengan hanya sedikit modal dan sangat mudah.
Jangan berlengah lagi. Versi terkini lebih hebat & sangat terhad!
Inilah masa anda merubah kehidupan anda. Cepat dapatkannya!
klik sini : http://www.myr10.com/?id=aymie90

Terima kasih.

Anonymous said...

Assalamualaikum & Salam sejahtera..

Teknik SEBENAR jana 5 angka seminggu.
1 jam sehari hanya dari rumah.
Dengan hanya sedikit modal dan sangat mudah.
Jangan berlengah lagi. Versi terkini lebih hebat & sangat terhad!
Inilah masa anda merubah kehidupan anda. Cepat dapatkannya!
klik sini :

Terima kasih.

CLOSE

Copyright reserved by Zero to Hero's Blog Edited by Caersasuke