August 6, 2011

Home » » AlongXP Nak Mereview Blog Aku

AlongXP Nak Mereview Blog Aku

Salam Ramadhan Al-Mubarak!
Dah lama rasanye tak join segmen, hari tu terjumpa 1 blog ni namanya Ni La BlOg Aku pastu mula la rasa mengada-ngada nak usha segmen ni. Senang je, tak susah pon, semudah ABC.. huhu. 
Ok, sebenarnya aku buat blog ni pada pertengahan tahun 2008, masa tu tak tau la ape kebenda la menatang ni.. cuma tujuan aku buat blog ni dulu nak melampiaskan emosi aku,  marah, sedih, kecewa, sebab masa sekolah dulu tulis diari je, so tujuan blog ni serupa la macam diari peribadi jugak.. 
Selepas beberapa tahun aku sunyi sepi dalam dunia blogging ni, aku kembali dengan satu tujuan iaitu memperkenalkan kucing kesayangan aku namanya Si Montel (yang baru-baru ni dah ade facebook sendiri.. hehe). Dalam masa yang sama aku ni jugak peminat K-POP (including fashion, music & menggaya rambut yang ketepi-tepi tu ala-ala Hero.. haha)

 

Kalu tanya pasal entri yang paling aku suke, mestilah entri yang paling banyak  memberi kesan kepada pengunjung sehingga datang mengomen! Haha.. Boleh? Entri tu bertajuk Matinya Seorang Kekasih.. yang mana mengisahkan seekor kucing yang mati akibat batu karang.. sepatutnya aku tulis SEEKOR kat situ, bukannya SEORANG.. SEO je lebih ni!

Akhir sekali, untuk pengetahuan Ni La BlOg Aku, aku nak blog ni di review sebab aku nak jadik fofular sehingga pergi ke pasar malam pun ade orang nak minta sign..tu je, tak lebih!

No comments:

CLOSE

Copyright reserved by Zero to Hero's Blog Edited by Caersasuke