Showing posts with label Khairul Fahmi Che Mat. Show all posts
Showing posts with label Khairul Fahmi Che Mat. Show all posts

October 24, 2012

Selamat Hari Raya Aidil Zafuan & Zaquan Adha.. Eh!

Assalamualaikum dan....


Esok kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha.. Wah seronok! Seronok tapi tak la begitu teruja sebab Hari Raya Haji bukan macam Hari Raya Aidilfitri kan? Eh kejap, sebenarnya rata-rata kita beranggapan begitu walhal dalam agama Islam perayaan Hari Raya Aidiladha lah merupakan perayaan yang patut disambut besar dan meriah. Sebab apa?

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam pergi menziarahi Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Walaupun Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya  Nabi Ismail sebagai arahan patuh dan taat kepada Allah SWT sepertimana yang diterangkan dalam surah Ash-Shaffat ayat 101 hingga ayat 111.

Berdasarkan kepada hadis riwayat At-Tirmizi “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.”

Selain itu, 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
.....................................................................................................

Tapi kalau difikirkan sebenarnya bagus jugak sambutan dilakukan secara ala-kadar. Cuba kau bayangkan kalau lah sambutan Hari Raya Aidiladha tu semeriah sambutan Hari Raya Aidilfitri, 
  • kita akan dapat lihat lambakan kereta-kereta baru di perkarangan rumah jiran-jiran kita setiap 2 kali setahun! Yelah kan orang kita ni pantang raya je nak tukar kereta baru kan!
  • Selain tu mak-mak kita akan sibuk nak tukar perabot baru lagi padahal ruang tamu tu dah nampak macam kedai perabot dah kan!
  • Bagi kakitangan awam dan kerajaan, masing-masing dah mohon cuti 2 ke 3 minggu semata-mata nak meraikan raya bersama keluarga di kampung kat Sarawak nun jauhnya. Hehe.
  • Pastu rakyat mogok lagi untuk menaikkan gaji dan minta diberi bonus sebab nak bagi duit raya pada anak-anak buah kat kampung yang berderet..
So, perayaan ini sepatutnya bukan diukur melalui kemeriahan semata-mata tetapi pengisian yang perlu diutamakan adalah mendidik jiwa dan mengabdikan diri kepada Tuhan yang esa.

Welcome Aidil Zafuan & Zaquan Adha!


Bercakap pasal Aidiladha ni teringat pulak pemain bola sepak negara, si kembar Aidil Zafuan dan Zaquan Adha. Yelah, baru-baru ni mereka dikhabarkan akan meninggalkan pasukan Angkatan Tentera Malaysia untuk menyertai pasukan Liga Super, Johor musim depan. So sebagai anak jati Johor, pastinya kami mengalu-alukan dan ianya sangatlah mengujakan. Kau teruja tak, teruja tak?

Oh baru hari minggu yang lepas Final Piala Malaysia 2012 yang berlangsung kat Shah Alam menampilkan pasukan Kelantan melawan ATM (Angkatan Tentera Malaysia) dengan kemenangan berpihak kepada Kelantan 3-2. Sebelum tu aku ditugaskan untuk membuat poster kat atas tu sebab program riadah Jom Tengok Bola tu dirancang sebagai salah satu program pemulihan penagihan dadah bagi klien-klien kami. Banyak kesalahan yang aku buat pada poster tu sebab nak cepat punya pasal! Akhirnya siap jugak walaupun tak cantik sangat.. hehe



Memang teruja tengok perlawanan tu sebab banyak bintang bola sepak Harimau Malaya & Harimau Muda di dalam kedua-dua pasukan. Antara yang menyerlah seperti Apek, Norshahrul, Hai O, Daudsu, Afiq dll lagi. Memang puas setelah perlawanan diseret ke 30 minit masa tambahan, tak kisah la siapa yang menang janji kedua-dua pasukan menampilkan permainan yang baik. So, untuk tahun hadapan diharap semua pasukan kekalkan prestasi permainan yang menarik dan peluang Johor diharap lebih cerah dengan kemasukan dua beradik kembar tu kan. Hehe.

Ok lah, akhir kata selamat hari raya Aidiladha..
Hati-hati semasa memandu, ingatlah orang tersayang (^-^)v


August 5, 2011

Harimau Malaya Hilang Belang!

credit pic: www.mummycute.com
Selepas kalah dalam perlawanan pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 di tempat lawan, kemenangan menyebelahi The Lions, Singapura dengan keputusan 5-3. Pada 28 Julai 2011, siaran langsung dari Stadium Nasional Bukit Jalil menyaksikan perlawanan timbal balas yang memang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia. Penonton hampir 90,000 memang ramai diluar jangkaan, masing-masing berdoa supaya Malaysia layak ke Piala Dunia 2014. Namun, Malaysia telah tersingkir di pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 selepas tewas dengan agregat 4-6 (seri 1-1) kepada Singapura.

Geram, sedih dan kecewa bukan kepalang! Maka, kena la tunggu Piala Dunia 2016 pulak.. Wargghh.. lamanya tu!

Sebenarnya kalau dulu tak de nye nak melayan pasukan Negara, sebab dah tau dah mesti kalah sebelum lawan.. buat sakit hati jek. Tapi sejak akhir-akhir ni selepas menyerlah dalam Piala AFF Suzuki, kepercayaan kepada Harimau Malaya ni meningkat!

Pemain feberet aku tak lain tak bukan penjaga gol utama Malaysia lah:

credit pic: www.nurulanwar.com
Nama: Khairul Fahmi Che Mat
Asal: Kelantan
Umur: 22 tahun
Pencapaian: 
Anugerah Penjaga Gol Terbaik Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM, 2010 & Anugerah Pemain Muda Terbaik Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM, 2010


CLOSE

Copyright reserved by Zero to Hero's Blog Edited by Caersasuke