First of all I want to thanks to
all of you readers, because reading this awesome blog! (I’m not sure either you
are reading or just blogwalking here, but let me think that you’re reading it
now!)
Reading is my hobby, I think most of you like it too. So, i’m very interested to invite all of you going to “WORLD Book Day” event at Popular book company outlets start on 20.4.12 until 06.05.2012. That’s all.
(Okay, i felt “dumb-ass” when i speak in English Muahaha..)
Reading is my hobby, I think most of you like it too. So, i’m very interested to invite all of you going to “WORLD Book Day” event at Popular book company outlets start on 20.4.12 until 06.05.2012. That’s all.
(Okay, i felt “dumb-ass” when i speak in English Muahaha..)
Aku bukanlah duta Popular ni, dan tak pernah pulak diberi melanggan Majalah Mangga secara percuma
selama setahun ye. Cume aku nak bagitahu yang aku memang suke dengan Popular.
Seriously, aku boleh duduk berjam-jam lamanya kat Popular ni pasal banyak buku
baru yang kau boleh baca free of charge!. Dari buku masakan ke pelancongan ke
motivasi ke agama ke politik ke sukan ke kesihatan ke komik ke novel ke majalah
hiburan .. semuo ado eh jang! Dah lah tu, kalau kau jadik ahli dan mempunyai
members card, memang berbaloi lah berbelanja buku kat sini, pasal discount tu..
discount yang kau tak dapat apabila membeli buku di Kedai Buku En.Mariapan..
Ah, banyak lagi kelebihan yang disediakan, cepat-cepat apply 1 kad kat SINI
Cerita pasal membaca ni, dulu zaman aku sekolah kan ade Program Nilam, tak tau la sekarang masih wujud lagi ke tak. Masa tu kalau tak silap aku ade 2 kategori bahan bacaan iaitu Bahasa Melayu dan English. Nilam BM aku memang mantop, siap sorang demi sorang rakan sekelas mengcopy-paste sinopsis daripada Nilam aku. Berbanding Nilam BI aku pulak memang hancus, tang ni aku pulak yang mengcopy-paste orang lain punye sinopsis, baru lah adil dan saksama! kan?
Nak cerita punye lah obses aku
dengan buku ni sampaikan time berdating dengan si dia pun aku bawak pi kedai
buku Popular! Aww kelass kau Maria! Ade ke dating kat kedai buku? Sungguh tidak
romantik langsung! Haha. Itu kata kau, bagi aku ianya lebih bermakna sebab
masing-masing dapat menimba ilmu (ilmu ape tu aku pun tak sure.. haha). Yes,
compared to watching movie or eating, i’d prefer to doing somethings valuable
like reading.
Kau pernah tengok cerita ni?
*boleh tekan bagi tumbesaran untuk jadikan wallpaper kau..
*boleh tekan bagi tumbesaran untuk jadikan wallpaper kau..
Tidakkah kau rasa dunia ni sangat indah? Ahaks
Antara yang best kat Popular ni
pasal dia ade tempat yang dipanggil CD-RAMA department. Semasa kau sedang enak membaca buku
tu, boleh la pi ushar tempat ni sambil mendengar music sentimental. Kena pulak
tu, sedang kau seronok membaca novel Ombak Rindu diiringi pulak lirik-lirik
mendayu “Tuhan tolong lembutkan hati dia~” Hah, tak ke menangis kau kat situ
sorang-sorang? Tu pun kalau kau dah hilang kemaluan la, aku memang tak la
sampai ke tahap emo macam tu.. Walaupun ia nampak senang, secara praktikalnya
benda macam ni memang susah mau buat, lagi-lagi kalau kau berhadapan dengan
kekangan masa, atau keadaan sekeliling yang tidak mengizinkan, ade yang kena
maki dengan orang yang beratur kat belakang. Baik-baik ko nak bagi si dia terharu, haru
dibuatnye!
“A book is a gift you can open up over and over again”
The very best gifts are books! Kau
juga boleh hadiahkan buku kepada si dia sebagai tanda keikhlasan, dan itu
menjadikan kau seorang yang intelektual walaupun muka kau poyo dan perangai kau
tak ubah macam budak darjah 1. Hoho.
See? Benda ni senang je nak buat
dan kalau kau ikhlas, buku yang kau hadiahkan pulak buku-buku berunsur agama,
lalu si dia mengamalkannya sebagai panduan hidup, tak ke free-free je shared pahala? Tapi aku nasihatkan lebih baik kau perbaiki diri kau dulu, kalau
perangai kau pun tak ubah macam Syaiton, pastu ade hati nak bagi si dia buku
bertajuk Menangani Hasutan Jin&Syaitan, sah-sah esoknye kau kena reject
sebab si dia dah dapat hidayah untuk menjauhi diri kau. Hahaha. (Ni aku nasihat
kepada diri aku sekali tau)
p/s: Ade yang kena maki hamun aku
ni pasal mengajar benda yang tidak-tidak. Oh no! Gambar di atas adalah untuk
ilustrasi sahaja ya ibu-ibu bapak-bapak. Kepada adik-adik, kau budak bawah umur
jangan coba-coba nak mengaplikasikan teknik-teknik di atas untuk kepentingan
peribadi kau ye. Belajar pandai-pandai sampai masuk U baru boleh guna
teknik tu ye. Ada paham?
6 comments:
hehehe buku juga boleh guna utk wat mengorat ;)
memang tgh cari seorang lagi peserta lelaki. senang je nak masuk.
1. follow blog aku dulu.
2. bagi satu keping gambar sendiri.
boleh? :D
@bagitau.com
Lepas ni boleh praktis sendiri..hehe
@Awie Omar
Boleh3x..Ok,aku dah folo,nnt aku pilih gmbr paling ensem bagi ko ye.. haha
oooo nak tercalon dalam ANUGERAH EKSTRAVAGANZA 2012 rupanya.... ingatkan nak join NEXT TOP BLOGGER 2. Kalau nak tercalon dalam ANUGERAH EKSTRAVAGANZA 2012 tak perlu gambar, cuma follow je. Tapi kalau nak masuk NEXT TOP BLOGGER 2 kena ada gambar dan follow. Tapi NEXT TOP BLOGGER 2 tu dah cukup 16 peserta. Kena tunggu NEXT TOP BLOGGER 3 la ye.
Kalau nak tercalon dalam kategori BEST PERSONAL BLOG kena la rajin update dan kasi kemas lagi blog kamu ye :D InsyAllah kamu mungkin akan tersenarai. Mana tahu kategori lain dapat. ok.
@Awie Omar tu lah mslhnye, rajin sgt!! hehe.. ok2 i will,demi menang..hehe
Post a Comment