April 18, 2012

Home » , » Hidup Tak Selalunya Indah, Tapi Yang Indah Itu Tetap Hidup Dalam Kenangan

Hidup Tak Selalunya Indah, Tapi Yang Indah Itu Tetap Hidup Dalam Kenangan

Assalamualaikum, Hello everyone. 

Setelah lama aku menghilang, ni nak share cerita sikit lah sepanjang ketiadaan aku dalam tempoh ini. Dekat 2 bulan jugak 'bercuti' sebelum kontrak baru ni disambungkan. Dalam tempoh bercuti tu, aku ingat nak lepak goyang kaki je sambil menonton tv kat rumah. Tapi biasalah kan, makcik-makcik kat sini tak senang dengan gaya metropolitan aku (ape aku merepek ni Syaiton). Baru 3 hari kat rumah sorang makcik merangkap ahli tetingkap ni menanya: "Man, kau tak kerja ke sekarang? Berapa lama lagi cuti?". Aku malas mau menjawab, tapi kugagahkan juga membalasnya seringkas mungkin, tanda hormat orang tua. Aku tau kategori emas memang begitu ambil peduli. Tak mengapa, cakap hari ni esok dia lupa lah tu.

Sebenarnya kontrak kerja aku pada masa tu aku sendiri pun tak tau bila dia start sambung semula kan, sebab tu kalau orang tanya aku pun tak de jawapan yang pasti. So, dari sehari ke sehari aku dah naik bosan kat rumah. Tak boleh jadik ni, buatnye kontrak tu tak disambung mati kebulur lah aku jawabnya. Mana nak bayar hutang kereta, hutang ptptn, hutang bank, dan pelbagai hutang piutang lagi..  So, aku amik keputusan untuk buat part time kerja kilang je Cik Senah oii!!. Senang kan, kat Pasir Gudang ni punye lah belambak kilang, ko pilih je nak kilang apa, semua ada.

Aku pi interview dengan sorang kawan aku ni, kami guna SPM qualification je. Alhamdulillah, dapat pulak jawatan Lab Assistant kat kilang tu walaupun aku merahsiakan status degree & pengalaman kerja aku sebelum ni. Aku fikir sah-sah aku tak diterima menyandang jawatan tu kalau aku cerita semua, sebab yang dia nak pembantu makmal je pon, lagipun degree aku memang takde kaitan langsung la dengan industri perkilangan ni. Oh ye, kawan aku yang sorang tu tak dapat, sebab ape? sebab dia tak pandai menipu macam aku. Hahaha. Opss terlebey sudah, sebenarnya kawan aku tu tak heran lah, pasal bapak dia kaya siot, dia interview pon main2 je, sebab dia dah aim satu kerja yg lebih bagus. Sorang pun sorang lah, bukan tak biasa berdikari macam ni kan. Yang penting misi aku mengekalkan ketebalan purse aku ni dulu~

 





Satu sudut kat dalam lab. Kat situ ade microwave untuk korang letak FLT & grinding, 
rasa macam main pondok-pondok pun ade!
 
Papan memo sebagai guideline utk leader, 
juga boleh digunakan untuk meluahkan perasaan.. eh! eh! eh!

  
Supervisor yang selalu buli aku tu dia suka bagi task, ni la buktinye (^.^)v

Kilang tu memang strict, makanan minuman dan handpone adalah dilarang sama sekali. That Y lah time kerja tu memang aku susah nak angkat call(s) even reply msg pun. Sebab cctv disana sini kau. Aku perlu pastikan kedudukan strategik yang terhalang dari pandangan cctv, barulah senang untuk mengular. Hahaha. Lupe nak cakap, kilang tu memproses koko. Pandai-pandai la kalau kau orang Pasir Gudang mesti ko tau. 

Masuk2 je dah nampak signboard mcm ni dowh!

Ni pulak surau, kat surau takde cctv ok.. hehe. Asal nak jawab call(s) je masuk surau, 
ko pikir ko AJK Surau ke ape, tiap masa nak ke surau?

Ni tempat Boilerman amik boiler water.. nanti kau kena buat water test guna air kat sini. Ada beberapa tempat lagi, tapi kat sini je yang sempat di snap sbb betul-betul bersebelahan surau.

Ok, lagi satu tempat yang strategik yang tiada cctv adalah di restroom aka jamban. Aku jarang nak gunakan toilet ni pasal dalam banyak-banyak jamban, cume 2 jamban je yg ok, yang lain rosak. So, kebarangkalian yang rendah utk korang mengular dalam jamban kan?. Lagipun jamban tu baunye ‘hanching’ mak datuk! Kau sanggup ke duduk lama-lama kat dalam tu En.Mariapan? Tapi aku rasa tu memang agenda kilang supaya pekerja tak mengular dalam jamban, pandai General Manager kau!

Aku rase budak ni memang berbakat besar, aku pun tak mampu nak lukis sehebat ni walaupun aku penah dinobatkan sebagai juara pertandingan melukis masa sekolah rendah dulu :)

Yang pastinye setiap jamban mempunyai hasil seni yang belum dikomersialkan. Aku ade post benda ni kat fb aku dulu. Sambil korang termenung-menung dan termengah-mengah tu, sesuai jugak kau nak belajar biologi kat sini, memang cepat faham lah, Hahah. Selain tu, rambang mata ko nak pilih no telefon, macam agensi mencari jodoh pun ade aku rase. Selain tu, ade aku perasan bait-bait syair yang bunyinye :

“ TANDAS BERSIH, HATI TENANG, BERAK SENANG ”

Wah, hebat motto syarikat kau!


1 comment:

Anonymous said...

hahahah... moto tu mmg best... tergelak2 bace...

p/s: Bakal menggegarkan dunia blogger pada 30 April 2012: RahsiaSocialBookmarking.com
Rahsia Jana RM45,000 dari laman komuniti!

CLOSE

Copyright reserved by Zero to Hero's Blog Edited by Caersasuke