Hi kawan-kawan, kawan-kawan masih ingat lagi tak cerita si Mickey yang mati disamping ubat prediksi yang diberi oleh doktor veterinar dalam entri terdahulu? Boleh review cerita ni: Selamat Tinggal Mickey! Ternyata ubat tersebut tidak halal ye kawan-kawan! Aha, bagi kawan-kawan yang ada memelihara haiwan peliharaan kena la take note ye.
*Perlu diingatkan disini bahawa makanan tersebut bukanlah punca kepada kematian Mickey.
Tahukah anda bahawa makanan untuk haiwan peliharaan anda juga perlu pengesahan halal? Bukan sahaja penggunaan logo SUCI DAN BERSIH, malah ia sebaik-baiknya dihasilkan secara halal dari sumber yang halal iaitu menggunakan ramuan yang bebas daripada bahan yang tidak dibenarkan di negara ini bagi mengelakkan berlakunya pelbagai masalah atau kekeliruan yang timbul khususnya bagi pengguna muslim.
Sebagai contoh, sekiranya anda terpegang makanan haiwan peliharaan yang diproses menggunakan daging babi, sudah semestinya anda perlu menyamak tangan, pakaian atau peralatan yang terkena bahan tersebut bukan? Jadi, sudah semestinya perkara ini menyukarkan kehidupan seharian anda. Bagaimana pula jika makanan yang tersebut bersepah di sekeliling rumah anda? Maka seluruh rumah tersebut juga perlu disamak!
Samalah halnya dengan kisah si Mickey dulu, selepas aku tau makanan tersebut mengandungi lemak babi seperti yang tertera pada gambar, terus aku buang makanan tersebut kerana bimbang ibadat seperti solat boleh jadi tidak sah gara-gara najis mugholazoh tersebut!
Dan pada ketika itu barulah aku teringat bahawa aku pernah menggunakan span membasuh pinggan mangkuk untuk membasuh peralatan dan bekas makanan Si Mickey. Oh My God! Aku terus bergegas kebelakang rumah untuk mengambil semangkuk tanah bagi menyamak pinggan mangkuk yang diragui kesuciannya. Basuhan pertama dengan menggunakan air tanah dan diikuti dengan tujuh kali bilasan air paip. Kemudian, dibasuh sekali lagi dengan menggunakan pencuci pinggan bagi mengelakkan tanah dan pasir yang mungkin tertinggal pada basuhan pertama tadi. DONE! Pheww.... barulah lega rasa hati ini.
Nasib baik ade sekangkang kera tanah di belakang rumah aku tu.. sekangkang kera?
Untuk basuhan pertama, tuangkan air tanah keatas pinggan mangkuk..
Basuhan ke2 - 7, cuci bersih menggunakan air mutlak (suci lagi menyucikan)
Basuhan seterusnya, cuci kembali menggunakan pencuci pinggan mangguk Axion agar pinggan mangguk anda kilat kembali!
Info: Kebanyakan makanan kucing import, terutama dari negara luar jelas dihasilkan daripada proses penggunaan minyak haiwan ternakan atau ‘by-product’ seperti perut ayam dan babi. Selain itu, penghasilan najis kucing yang busuk dan risiko penyakit buah pinggang atau batu karang akan memberi kesan kepada haiwan peliharaan anda kerana penggunaan garam yang tinggi pada makanan tersebut lebih-lebih lagi makanan basah iaitu dalam bentuk tin tuna.
Jadi moralnya disini, kita sebagai pengguna mestilah peka dengan perkara ini terutamanya yang melibatkan halal-haram dalam menentukan sah atau batalnya ibadat yang dilakukan. Bukanlah tujuan entri ini untuk memboikot mana-mana produk, secara umumnya ianya bergantung kepada anda sebagai pengguna untuk memilih dan sekiranya harus menggunakan produk tersebut perlulah diberi perhatian kepada aspek-aspek yang telah dinyatakan diatas. Hal ini kerana, mencari yang halal itu adalah fardhu kepada orang Islam, ye tak?
2 comments:
nk selamat..beli lak ikan..hehe...
cm mkcik sy... tp de bg makan isi dlm ikan tu..dr buang..de rebus gaul gn nasi..
kucing2 de semua gebu2...dpt ikan tiap ari..hehe...
kebetulan pkcik ske mancing...lg syok kucing2 tu..kdg2 dpt mahal ikan sekor..hahaha
@butterfly oh,sokong tu,klu kita sendiri yg bagi so kita xrisau halal haramnye kalau terpegang @ terkena pd pakaian.. ye dak? hehe
Post a Comment