August 14, 2012

Home » » Pengumuman Zakat Fitrah 1433H / 2012M

Pengumuman Zakat Fitrah 1433H / 2012M

Assalamualaikum & selamat sejahtera

Zakat merupakan rukun Islam yang kelima. Islam menuntut kita berzakat dengan tujuan membersihkan harta yang dimiliki selain dapat membantu golongan memerlukan. Sebaiknya menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada golongan yang layak disempurnakan sebelum menjelang Hari Raya. Ia diwajibkan ke atas Muslim yang layak dengan syarat-syarat berikut.

Syarat-syarat wajib zakat:

1. Islam
Dikenakan kepada orang Islam. Bagi perniagaan perkongsian orang Islam dengan bukan Islam hanya peratusan ekuiti orang Islam sahaja diambil kira untuk zakat.

2. Merdeka
Individu yang bebas dan merdeka kerana mempunyai kuasa pemilikan atas harta. Hamba abdi tidak wajib berzakat kecuali zakat fitrah. Bagaimanapun tidak timbul persoalan hamba abdi masa kini, tetapi syarat merdeka masih dikekalkan sebagai salah satu wajib berzakat.

3. Sempurna milik
Harta yang dimiliki dan dikawal oleh seseorang dan tidak bersangkutan dengan orang lain. Pemilik dapat menggunakan dan memperoleh manfaat daripada harta tersebut.

4. Cukup nisab
Nisab adalah paras minimum yang menentukan sama ada wajib atau sebaliknya sesuatu harta dikeluarkan. Nisab bersamaan dengan 85 gram emas nilai semasa. Nilainya lebih kurang RM10,300 (bergantung pada harga semasa emas).

5. Cukup haul
Ia bermakna genap setahun harta itu dimiliki.

6. Niat untuk berniaga
Khusus untuk zakat perniagaan sahaja



 Jenis-jenis zakat

1. Zakat pendapatan
Ia termasuk semua jenis hasil pendapatan atau pulangan perkhidmatan, dengan diberikan gaji, upah, bonus, dividen, hasil sewaan, royalti, hibah, elaun, honorarium, pencen, perniagaan bermusim dan lain-lain bentuk perolehan semasa hidup, bersara atau mati.

2. Zakat perniagaan
Zakat ini dibayar sebanyak 2.5% daripada harta perniagaan yang layak untuk dizakatkan tertakluk kepada nisab.

3. Zakat wang simpanan
Zakat dikenakan daripada jumlah baki terendah, dalam tempoh setahun simpanan setelah cukup nisab dan haul dengan menyamai atau melebihi nisab. Wang tersebut disimpan di dalam akaun simpanan tetap, simpanan semasa, Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta lain-lain bentuk simpanan di bank atau mana-mana institusi kewangan.

4. Zakat saham
Pengiraan zakat ke atas saham terbahagi kepada dua kumpulan iaitu saham yang dimiliki melebihi setahun dan saham-saham yang dijual beli untuk tempoh kurang daripada setahun. Manakala, bagi saham pelaburan jangka panjang (melebihi setahun), zakat dikira daripada jumlah lot yang dipegang dan didarab dengan harga terendah seunit. Saham yang disimpan pada syarikat yang membayar zakat perniagaan tidak perlu dizakatkan.

5. Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Caruman KWSP, wajib dizakatkan apabila simpanan tersebut dikeluarkan yang berkonsepkan zakat simpanan atau mata wang.

6. Zakat emas
Zakat ini dikira dalam dua keadaan iaitu emas yang tidak dipakai (disimpan) dalam tempoh setahun dan jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85 gram (nisab) maka wajib zakat sebanyak 2.5%. Bagi emas yang dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib untuk dizakatkan.

7. Zakat perak
Berdasarkan hukum syarak, logam perak termasuk dalam kategori jenis-jenis harta yang dikenakan zakat. Barang-barang logam perak yang digunakan oleh manusia terdiri daripada empat bentuk utama iaitu jongkong perak, mata wang perak, perkakas atau perhiasan daripada perak dan barang kemas perak. Ulama menetapkan nisbah perak sebanyak 200 dirham bersamaan 595 gram.

8. Zakat pertanian
Zakat hendaklah dibayar mengikut peratus penghasilan jika bijirin dan buah-buahan cukup nisab. Kadar peratus pembayaran bergantung pada cara penghasilan. Hasil tanaman wajib dizakatkan adalah bijirin-bijirin dari jenis makanan asassi yang mengenyangkan dan tahan lama jika di simpan seperti padi, kurma, jagung, gandum dan sebagainya

9. Zakat ternakan
Zakat wajib dikeluarkan jika memenuhi syarat-syaratnya iaitu haiwan ternakan terdiri daripada kambing, biri-biri, lembu, kerbau dan unta. Haiwan yang dizakatkan perlu sempurna dan tidak cacat seperti hilang kaki atau tangan dan sebagainya.

5 comments:

Unknown said...

singgah dan salam ramadhan buat tuan rumah...

mmm... nice... lengkap jugak penerangan tentang zakat fitrah ini...

p/s : terima kasih sebab 'backlink'kan gambar senarai kadar fitrah negeri2 ke blog saya. :)

Akhelaken said...

@iwan_redzuan
Aha,gmbr tu search google lantas ziarah ke blog awk,terima ksh kembali ya :)

vendoline said...

mmg sah sah aku wajib

Akhelaken said...

@Edy Fee
dulu selalu suruh ayah je byrkan,skrg byr sendiri sbb dpt salam dgn amil zakat tu, feel dia mcm slm kadi nikah :)

vendoline said...

hhehe mmg dia je bayar slma ni.hehe

vkunjungan sempena raya

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

CLOSE

Copyright reserved by Zero to Hero's Blog Edited by Caersasuke