Assalamualaikum & selamat sejahtera
Zakat merupakan
rukun Islam yang kelima. Islam menuntut kita berzakat dengan tujuan membersihkan
harta yang dimiliki selain dapat membantu golongan memerlukan. Sebaiknya menunaikan Zakat Fitrah di
awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada golongan yang layak disempurnakan
sebelum menjelang Hari Raya. Ia diwajibkan ke atas Muslim yang layak dengan
syarat-syarat berikut.
Syarat-syarat
wajib zakat:
1. Islam
Dikenakan
kepada orang Islam. Bagi perniagaan perkongsian orang Islam dengan bukan Islam
hanya peratusan ekuiti orang Islam sahaja diambil kira untuk zakat.
Individu
yang bebas dan merdeka kerana mempunyai kuasa pemilikan atas harta. Hamba abdi
tidak wajib berzakat kecuali zakat fitrah. Bagaimanapun tidak timbul persoalan
hamba abdi masa kini, tetapi syarat merdeka masih dikekalkan sebagai salah satu
wajib berzakat.
3. Sempurna
milik
Harta yang dimiliki dan dikawal oleh seseorang dan tidak
bersangkutan dengan orang lain. Pemilik dapat menggunakan dan memperoleh
manfaat daripada harta tersebut.
4. Cukup nisab
Nisab adalah paras minimum yang menentukan sama ada wajib
atau sebaliknya sesuatu harta dikeluarkan. Nisab bersamaan dengan 85 gram emas
nilai semasa. Nilainya lebih kurang RM10,300 (bergantung pada harga semasa
emas).
5. Cukup haul
Ia bermakna genap setahun harta itu dimiliki.
6. Niat untuk berniaga
Khusus untuk zakat perniagaan sahaja
Jenis-jenis zakat
1. Zakat pendapatan
Ia termasuk semua jenis hasil pendapatan atau pulangan
perkhidmatan, dengan diberikan gaji, upah, bonus, dividen, hasil sewaan,
royalti, hibah, elaun, honorarium, pencen, perniagaan bermusim dan lain-lain
bentuk perolehan semasa hidup, bersara atau mati.
2. Zakat perniagaan
Zakat ini dibayar sebanyak 2.5% daripada harta perniagaan
yang layak untuk dizakatkan tertakluk kepada nisab.
3. Zakat wang simpanan
Zakat dikenakan daripada jumlah baki terendah, dalam
tempoh setahun simpanan setelah cukup nisab dan haul dengan menyamai atau
melebihi nisab. Wang tersebut disimpan di dalam akaun simpanan tetap, simpanan
semasa, Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta lain-lain bentuk simpanan di bank
atau mana-mana institusi kewangan.
4. Zakat saham
Pengiraan zakat ke atas saham terbahagi kepada dua
kumpulan iaitu saham yang dimiliki melebihi setahun dan saham-saham yang dijual
beli untuk tempoh kurang daripada setahun. Manakala, bagi saham pelaburan
jangka panjang (melebihi setahun), zakat dikira daripada jumlah lot yang
dipegang dan didarab dengan harga terendah seunit. Saham yang disimpan pada
syarikat yang membayar zakat perniagaan tidak perlu dizakatkan.
5. Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Caruman KWSP, wajib dizakatkan apabila simpanan tersebut
dikeluarkan yang berkonsepkan zakat simpanan atau mata wang.
6. Zakat emas
Zakat ini dikira dalam dua keadaan iaitu emas yang tidak
dipakai (disimpan) dalam tempoh setahun dan jika nilai emas tersebut menyamai
atau melebihi 85 gram (nisab) maka wajib zakat sebanyak 2.5%. Bagi emas yang
dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib untuk dizakatkan.
7. Zakat perak
Berdasarkan hukum syarak, logam perak termasuk dalam
kategori jenis-jenis harta yang dikenakan zakat. Barang-barang logam perak yang
digunakan oleh manusia terdiri daripada empat bentuk utama iaitu jongkong perak,
mata wang perak, perkakas atau perhiasan daripada perak dan barang kemas perak.
Ulama menetapkan nisbah perak sebanyak 200 dirham bersamaan 595 gram.
8. Zakat pertanian
Zakat hendaklah dibayar mengikut peratus penghasilan jika
bijirin dan buah-buahan cukup nisab. Kadar peratus pembayaran bergantung pada
cara penghasilan. Hasil tanaman wajib dizakatkan adalah bijirin-bijirin dari
jenis makanan asassi yang mengenyangkan dan tahan lama jika di simpan seperti
padi, kurma, jagung, gandum dan sebagainya
9. Zakat ternakan
Zakat wajib dikeluarkan jika memenuhi syarat-syaratnya
iaitu haiwan ternakan terdiri daripada kambing, biri-biri, lembu, kerbau dan
unta. Haiwan yang dizakatkan perlu sempurna dan tidak cacat seperti hilang kaki
atau tangan dan sebagainya.
5 comments:
singgah dan salam ramadhan buat tuan rumah...
mmm... nice... lengkap jugak penerangan tentang zakat fitrah ini...
p/s : terima kasih sebab 'backlink'kan gambar senarai kadar fitrah negeri2 ke blog saya. :)
@iwan_redzuan
Aha,gmbr tu search google lantas ziarah ke blog awk,terima ksh kembali ya :)
mmg sah sah aku wajib
@Edy Fee
dulu selalu suruh ayah je byrkan,skrg byr sendiri sbb dpt salam dgn amil zakat tu, feel dia mcm slm kadi nikah :)
hhehe mmg dia je bayar slma ni.hehe
vkunjungan sempena raya
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Post a Comment