January 24, 2013

Home » , » Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

Assalamualaikum & Salam Maulidurrasul 1434H


Bertepatan dengan tema Sambutan Maal Hijrah; Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah, turut diangkat sebagai tema Sambutan Maulidurrasul kali ini. Wasatiyyah dari segi bahasa Arab membawa maksud seimbang dan pertengahan. Dalam konteks istilahnya ialah suatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan Negara Malaysia yang bersifat menyeluruh berdasarkan kepada ajaran Islam yang diamalkan secara sederhana serta berimbang bagi melahirkan individu dan masyarakat yang cemerlang.

Wasatiyyah dikalangan umat ini dapat disaksikan apabila umat tersebut tidak mengamalkan pendekatan Ifrat yang membawa maksud terlampau ketat, keras, ekstrim dan tasyaddud. Sementara tafrit pula terlalu longgar, terlampau mengambil mudah dan cuai. Menurut Imam Muhammad Abduh; Ifrat adalah lebih dari kadar yang sepatutnya, manakala tafrit adalah kurang dari kadar yang sepatutnya. Samada Ifrat mahupun tafrit kedua-duanya adalah terseleweng dari landasan yang lurus dan ia adalah tercela. Maka yang terbaik adalah ditengah-tengah antara kedua-duanya.(Rujukan)

Ingin aku kongsikan ceramah yang telah disampaikan oleh Ustaz. Sharhan  Shafie, pengamal perubatan Islam  yang popular dengan buku kontroversi beliau mengenai 77 nama Islam yang menjadi kegemaran jin. Beliau telah dijemput sebagai penceramah undangan di Masjid Jamek Kota Tinggi sempena Sambutan Maulidurrasul kali ini.Menurut Ustaz Sharhan ;

Manusia memerlukan dua jenis makanan, iaitu makanan rohani dan makanan jasmani. Bersihnya hati seseorang muslim itu dapat dilihat melalui perbuatan serta amalannya. Jika bersih hatinya, maka baiklah amalannya. Dan jika kotor hatinya, buruklah perangainya. Maka, ustaz telah berkongsi pengalaman beliau tentang kepercayaan masyarakat muslim pada hari ini terhadap bomoh dan amalan-amalan syirik yang boleh mengganggu aqidah umat Islam secara keseluruhannya. Menurut Ustaz Sharhan lagi, tiada satupun amalan 'bedah batin' yang wujud didunia ini selain daripada pembedahan yang dilakukan oleh malaikat Jibril keatas Nabi Muhammad s.a.w sebanyak 2 kali, iaitu semasa baginda kecil & sekali lagi ketika peristiwa Isra' Mikraj. Hati Nabi Muhammad s.a.w telah dibasuh menggunakan air zam-zam dan ayat daripada Surah Al-Isra' ayat ke-82 telah dibacakan:


Turut diceritakan oleh ustaz peristiwa Nabi Ayub a.s. Iblis laknatullah, telah memohon kepada Allah s.w.t untuk menguji iman Nabi Ayub a.s. Atas perkenan-Nya, diriwayatkan bahawa Nabi Ayub a.s. telah diuji dengan sakit yang amat pedih sehinggakan keluar ulat-ulat di kepala baginda a.s. Namun, sedikitpun tidak menghalang Nabi Allah, Ayub a.s. untuk sujud kepada Allah. Malah, sebaik sahaja selesai sujud, Nabi Ayub a.s. meletakkan semula ulat-ulat tersebut keatas kepala baginda.

Para malaikat yang menyaksikan peristiwa ini memohon agar Allah meringankan dan menyembuhkan penyakit Nabi Ayub a.s. Allah berfirman yang maksudnya, "Mintalah kepada-Ku, Kun Fayakun. Jadi, maka jadilah"
Maka, malaikat turun disisi Nabi Ayub a.s. untuk memberi khabar gembira tersebut. Nabi Ayub a.s., seorang Nabi Allah yang bersifat maksum, tidak tergesa-gesa untuk disembuhkan. Malah baginda telah memuji-muji Allah s.w.t dengan doa yang dibacakan di dalam Surah Al-Anbiya' ayat ke-83.


Menurut Ustaz Sharhan, doa ini InsyaAllah jika diamalkan, mujarab untuk menyembuhkan penyakit yang dihadapi. Penemuan ulat dalam perubatan moden seperti mengubati penyakit kencing manis (potong kaki) dan barah payudara sebenarnya telah ditemui daripada kisah Nabi Ayub a.s. sejak beribu tahun yang lalu. Masya-Allah!

Daripada kisah-kisah yang dikongsikan ini sedikit sebanyak mencarik rasa rindu kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w selain berusaha mencari penawar penyakit berpandukan al-quran yang merupakan mukjizat terulung yang diturunkan kepada baginda s.a.w. Maka, bersempena hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w ini, marilah kita memperbanyakkan selawat dan salam ke atas baginda...

اللهم صل على سيد نا محمد وعلى اله و صحبه وسلم
Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhammad Wa 'Ala Alihi Wa Sohbihi Wa Sallim
" Ya Allah kurniakanlah selawat dan salam ke atas junjungan kami Muhammad serta ahli keluarga dan para sahabat baginda s.a.w "


P/s: Kenang kembali sejarah Rasulullah s.a.w di SINI.

5 comments:

Etuza Ezawarna said...

benar2 hebat Nabi Muhammad itu..selawat ke atas nabi junjungan..
dah follow awak ni

Etuza Ezawarna said...

salam kenal...

Nick Nashram said...

salam maulidur rasul bro :)

Aidiel Iman said...

Salam Maulidur Rasul. (dah lambat bebeno). huhu

Akhelaken said...

@Etuza: Salam kenal juga! Terima kasih byk :)

@Nick: yup,salam maulid nabi juga bro :)

@Aidiel: Xpe,yang penting selawat bukan setakat pada sambutan maulidurrasul shj kan?

CLOSE

Copyright reserved by Zero to Hero's Blog Edited by Caersasuke