Hari ni aku nak cerita tentang kisah percintaan. Kisah cinta yang sadis di abad ini. Kalau buat novel tu pasti laris mcm pisang goreng panas dan kalau bikin filem mesti box-office! (Saje kasi kau teruja) So, aku nak kongsi jak la ni sedikit sebanyak pengalaman aku yg boleh dijadikan pedoman hidup korang kan.. Yg baik jadikan teladan dan yg buruk jadikan sempadan, Ok bebeh~
Hati aku terpaut pada si dia ketika sama-sama melanjutkan pelajaran di negeri orang. Kami bermula sebagai kawan, setelah si dia mengubah prinsip yang kawan baik itu boleh menjadi teman, aku telah membiarkan si dia begitu sahaja, tiada usaha ke arah hubungan yang lebih serius. Walaupun pada ketika itu aku mempunyai alasan yang begitu kukuh, namun aku tak mampu untuk menyatakan hal yang sebenar. Aku akui salah aku, lembap dan tiada keyakinan, susah nak tunjukkan expression yang aku betul-betul menyayanginya. Kadang kala hati aku sangsi sejauh mana cinta si dia kepada aku? Sampai la satu tahap si dia dah tak boleh nak tunggu lagi.. waktu tu hati si dia dah kosong, time tu la baru aku sedar yang aku da buat satu kesilapan besar. Si dia hanya mampu utk menerima aku sebagai seorang sahabat, dan aku juga tidak mahu menjadi penghalang dalam perjalanan hidupnya serta mengongkongnya semata-mata untuk keinginan diri aku sendiri. Aku tak nafikan la, ia sangat menyakitkan.. lebih-lebih lagi melepaskan sesuatu yang kita sayangi. Namun aku redha dgn ketentuan-Nya. Mungkin ada hikmah disebalik semua ni.. Tisu, tisu...
Ni la waktu bahagia kami.. gambar-gambar ni aku potretkan kat blog ni sebagai kenangan silam aku..
Harap-harap tak dak siapa marah especially bakal isteri aku nanti. Lol!
Harap-harap tak dak siapa marah especially bakal isteri aku nanti. Lol!
Memang aku sedikit terpukul dgn perkara ni.. Maklumla dalam hati ada taman. But, life must go on right? So, aku rasa mungkin anda di luar sana mempunyai peluang yang agak cerah! (kasi promote diri sendiri la sikit hehe). Aku ni jenis yg memilih sikit, apa yang aku pilih ialah sebagaimana yang di anjurkan; Agamanya, keturunannya, rupa parasnya dan hartanya. Bukan mencari kesempurnaan tetapi biarlah yang berserdehana sahaja. Tak perlu la yang cantik-cantik sangat. Yang buat-buat cantik (gedik/make up tebal sekilo) paling aku menyampah! So, be yourself, proud to be yourself, Ok baby!
Selain tu ada jugak ciri-ciri lain (ops,jangan mengeluh dulu ye..hehe), dia mestilah boleh memasak dan menjahit. Sebab ape? Sebab aku nak anak-anak aku membesar dgn air tangan ibu mereka. Bak kata org tua, nak jaga suami kena jaga makan dan pakai dia. dulu kan. so, aku rasa benda ni agak munasabah jugak la kan..
Syarat-syarat lain,
- suka pada kanak-kanak & haiwan (harimau, biawak dan yang seumpama tu dikecualikan lah ye, hehe)
- menghormati ibu bapa dia dan mertua..
- boleh menerima pendapat org lain, dan boleh menyatakan pendapat (menegur dgn berhemah)..
- yg penting tak main kayu 3.. Sebab aku berjanji tidak akan menduakannya. Menigakan atau mengempatkannya pun tidak! So, rahsia dan kisah peribadi dia yg lepas aku tak nak persoalkan lagi bila kami sudah berumahtangga (Sebab aku akan menerima siapa dia waktu tu, bukan sejarah hitam yang mungkin dia pernah lalui...insyaAllah, aku yakin boleh kotakan!)
- dia mestilah Original.. bukan makhluk Tuhan paling Sexy jenis Amfibia, faham ye!
- Serta syarat2 lain yg mungkin aku tak terfikir waktu ni... ( aku rasa hari ni jugak aku akan di black list dari list korang semua.. Haha)
Aku sangat serius bila bercakap tentang masa depan. Bila aku serius, aku tak akan main2... bila aku tak main2, tu tandanya aku sedang serius! So, please pay attention!
5 comments:
hamboie... kisah cinta... hehh blog saya jugak ehhee.... singgah sini jap yer.. jemput singgah blog saya jugak yer
hai leman, dah mula pk kawin? bagus2 hehehhe btw heheheh selalunya kita tak berapa nak dpt pe yang kita nakkan tp kita akan tahu bila tiba masanya apa yg baik utk kita heheheh so good luck dlm pencariaan jodoh k. selalu ingat pesan ni, syg lah pd insan yg sayang dgn kita. bukan insan yang kita syg krn blm tentu kita tahu sygnya adalah sepenuhnya utk k :P
P/S : jumpa gak akak blog awk heheheh
kak norm,besa la zmn remaja la katekan.. huhuhu (dlm ms yg same mempromote diri)kekeke..
Tq Kak zu,harap yg terbaik jak! sy dah follow akak,suke tgk kucing2 akak..
wawawawa..sadisnye kisah chinta. hahaha..nak borang!!! nak isi..ahahaha
hehehe.. hanya tinggal kenangan..adodoi (T.T)
nak borang ke? hantar resume pun bole kot..haha,gurau jer :P
Post a Comment