December 24, 2012

Home » » TRAUMA

TRAUMA

Assalamualaikum & salam sejahtera

Sebelum ni aku tak pernah mention yang aku ni adalah disable person aka OKU (Orang Kelainan Upaya) kan? & belum pernah aku cerita mengenai sejarah hitam yang aku alami 9 tahun lalu dalam mana-mana entry. Ramai diantara rakan-rakan yang menganggap aku cacat sejak lahir, dan tak kurang yang segan bertanya kerana takut akan mengecilkan hati aku. KAMON LAH geng! Aku okey je, meh sini aku cerita...

Kejadian tu berlaku pada akhir bulan Disember tahun 2004. Ketika itu aku baru berusia 17 tahun (tingkatan 5) dan cuti sekolah baru bermula. Nak ikutkan family aku agak susah pada masa dulu, dan kedua orang tuaku sangat strict dalam membesarkan kami empat beradik. Untuk itu aku biasanya berdikari untuk mendapatkan duit poket sendiri dan akhirnya mengambil keputusan untuk bekerja kontrak di salah sebuah kilang besi. Dengan gaji RM40/hari sudah cukup mengujukan aku pada ketika tu.

Waktu tu aku bekerja shif malam, start 7pm-7am. Memandangkan waktu bekerja hampir tamat dan tiada lagi kerja yang perlu dibuat, kami mengambil kesempatan itu untuk berehat sementara menunggu waktu tukar shif. Lalu seorang leader menggesa kami melakukan kerja-kerja housekeeping (pembersihan). Dan aku ditugaskan untuk housekeeping bersama 2 lagi pekerja Indonesia. Ada yang menyapu lantai, ada yang mengelap tingkap, ada yang menyusun peralatan dan kami (aku dan 2 indon) mengeluarkan serpihan besi yang termendap didalam longkang di sekitar mesin. Kami perlu memahat mendakan tersebut untuk mengeluarkan tahi besi yang termendap itu. Malang tidak berbau, tanpa diduga ketika salah seorang mamat indon tu memahat mendakan besi tersebut, ianya terpelanting ke arahku tanpa sempat aku memalingkan muka, serpihan tersebut telah mengenai mata kananku.

Aku terasa sesuatu yang mengalir deras dari mata dan amat terkejut kerana mendapati darah bercucuran deras ke lantai! Oh ye, waktu tu kami tidak menggunakan google (cermin mata) dan semua peralatan safety kerana menganggap ianya hanyalah housekeeping, malah semua mesin sudah berhenti berfungsi pada ketika itu.

Aku segera dibawa ke klinik panel kilang tersebut dan selepas diperiksa, doktor mengatakan yang aku perlu dibawa ke hospital segera kerana kecederaan berat dan peralatan yang tidak mencukupi di klinik tersebut. Pagi itu juga aku dibawa ke hospital yang mengambil masa selama 1jam masa perjalanan. Sesampainya disana, aku ditahan di wad kecemasan dan doktor menyuruh agar keluarga segera datang kerana aku perlu di bedah dan persetujuan serta tanda tangan ibu bapa diperlukan memandangkan aku masih dibawah umur ketika itu. Aku rasa sangat bersalah kepada keluarga kerana menyusahkan mereka waktu itu. Fikiran aku melayang dan menganggap kematian hampir sahaja mejemputku. Sebaik sahaja keluarga sampai, aku sudah siap sedia dimasukkan kebilik pembedahan dan memohon maaf kepada keluarga andainya itu kali terakhir aku melihat dunia yang fana ini. Sob.. sob.. sob

Didalam bilik bedah aku diberi bantuan pernafasan yang mengandungi chloroform aku rasa, kerana akhirnya aku terlelap dan tidak sedarkan diri. Sedar-sedar sahaja semuanya sudah selesai! Aku rasa macam bermimpi dan sangat berharap ianya adalah mimpi! Namun, itu semua adalah kenyataan. Aku dimasukkan ke wad biasa dan ditahan disitu selama lebih kurang 2 bulan lamanya. Aku berasa bosan yang teramat kerana makanan hospital yang tidak memenuhi seleraku, rasa pening kepala dan cucian mata setiap pagi perlu dilakukan oleh nurse, tidur pun tidak selesa kerana kepala katil perlu dinaikkan sepanjang hari.. Arghhhh, sungguh azab aku rasa ketika itu. Syukur, akhirnya aku dibenarkan pulang kerumah, namun perlu menjalani rawatan susulan setiap minggu kepada bulan dan akhirnya tamat beberapa bulan berikutnya.

Terkini, mata asal semakin mengecil ;)
Sepanjang tempoh rawatan itu, aku masih boleh melihat namun agak kabur pada mulanya. Namun aku totally blind pada beberapa rawatan selanjutnya. Namun, aku telah diberitahu lebih awal tentang keadaan itu, dan aku redha menerimanya. Malahan aku sangat bersyukur kerana kecederaan itu tidak meragut nyawaku. Aku sangat yakin bahawa dunia ni hanyalah pinjaman sementara, bila-bila masa sahaja Dia boleh tarik apa yang dikehendaki. Jika bukan pembalasan dosa, aku menganggapnya sebagai ujian daripada-Nya.

Sampai la ke hari ni aku tidak dapat menjejaki 2 orang pekerja Indonesia yang menjadi saksi utama kejadian tersebut. Malah, aku dapat tahu keduanya telah resign sehari selepas kejadian. Mungkin mereka rasa takut untuk bertanggungjawab atau keduanya adalah PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin). Tapi ketahuilah bahawa aku tidak pernah menyimpan dendam kepada keduanya. Setelah itu, bermulalah hidup aku sebagai OKU. Cermin mata menjadi sebahagian diriku 8)

P/s: Moral of the story, kepada adik-adik yang sedang bercuti tu buatlah kerja yang berfaedah dan elakkan daripada kerja-kerja yang berbahaya. Okay, kalau kau rasa kesian boleh tekan iklan ni untuk menderma, buahahaha...

20 comments:

Anasyg said...

mata sebelah kecik, still cute meh, nnt ada awek perasan abg wink2 kat depa. Oh mo :) hehe
Dugaan Allah nak menguji kesabaran hambaNya - tak gitu cik Leman

Akhelaken said...

@Anasyg ha'ah sblm ni mmg ada pun yg terperasan mcm tu.. pastu terus start guna crmin mata utk mengelakkn slh fhm berlaku,hehe.

Hans Hanis said...

owh...kalau tak sebab entry nih ku tak tahu apa2pun
apa2pun jgn risau bro
insyaallah mungkin kurang dari segi tersebut tetapi lebih dari segi lain
Allah maha mengetahui perjalanan setiap hambanya :-)

Aidiel said...

erm, rasanya kalau takde accident macam tu, muka dia mesti bertambah hensem lagi rasanya, hehe.

Syazana Zainn said...

baru buka blog ni,

i'm so shock that u r 1 of oku

sy pun ada seorang adik oku juga, tp dia lebih kepada akal, so u r really lucky sebab as long as u can think and capable to do more things macam org normal unlike my lil brother :)

but dun worry, setiap org tu masing2 ada kelebihan dan kekurangannya rite?

do take care and just be yourself :)

nice blog, and do thanks cuz visit my blog :D

Akhelaken said...

@Hans Alhamdulillah, setakat ni takde apa yg perlu dirisaukan pun :)

Akhelaken said...

@Aidiel Spiderwicks muka dia? siapa dia tu Aidiel? hahaha.. thanks :P

Akhelaken said...

@Syazana Zainn i'm so sorry for him.. Thanks visit here & really appreciated ur advise! TQ :)

Amirol Najmi said...

Semoga Allah permudahkanlah segala urusan abang K, banyak bersabat :') Ada hikmah punya !

#Jemput komen blog saya,, entry hangat LOL XD

Hans Hanis said...

alhamdulillah :-)

Akhelaken said...

Tq @Amirol Najmi Abdul Rasid, mungkin menjadi trademark utk blog ni. hihi :D
Ok,i will..

Akhelaken said...

tima ksh bro sbb rajin dtg blog picisan ni.. jadikn blog Hanssbg inspirasi kat sini k!

Unknown said...

aq baru tahu bila baca entry ni... tapi baguslah tak menyimpan dendam kat 2 org Indon tu... mungkin ada hikmah disebaliknya... :)

titan said...

takpe. sabar aje. mungkin ada rezeki ko kat tempat lain plak.

INNANIE ARIFFIN said...

Allah mulia hati awak sbb tak dendam dengan orang indonesia tu. btw, saya nak tanya boleh, macam mana dari segi majikan? dia ada bagi ganti rugi ke since you are contract kan...

walau apa pun, semua dah terjadi. jangan risau. kurang fizikal tak bererti kita kurang nilai di sisi Allah. in sha Allah, Dia maha mengetahui apa yang terbaik utk awak. saya doakan awak selamat dan tabah menghadapi hdup.


ehhh maintain comel je sy tegok awak ni. ehehem heheheh.... hahahah

Akhelaken said...

@Cikgu Fikri ha'ah.. buat stress je nak dendam2 ni. Enjoy je la hidup jgn difikirkan sgt sbb msh ramai kat luar yg kurang bernasib bek..

Akhelaken said...

@titan a'ah.. mungkin jugak kan? thanks :)

Akhelaken said...

@Innanie | Ariffin oh,majikan mulanya xnk bertanggungjwb, tp sy dgn ayah ke Pejabat Sokso utk kepastian, akhirnya nsb sy terbela,Alhamdulillah ada la sikit xperlu la tny brp tp harga yg terima tu tetap xdpt menggantikan kehilangan pancaindera yg Allah bagi kan? So,lps ni kena belajar dr pengalaman & sentiasa berhati2 la..hehe

MalizaMah said...

just enjoy this life...
senyum pada dunia ini... byk lagi perkara yg gembira menanti awk.

Akhelaken said...

@Leeza dayasari [santai leeza] betul3x, thanks :)

CLOSE

Copyright reserved by Zero to Hero's Blog Edited by Caersasuke