January 7, 2013

Home » » Adakah Wujudnya Makhluk Sebelum Kewujudan Nabi Adam?

Adakah Wujudnya Makhluk Sebelum Kewujudan Nabi Adam?

Assalamualaikum & salam sejahtera

Berbalik kepada entry lepas di SINI, pengamal perubatan Islam tersebut telah menggariskan beberapa ayat Al-Quran sebagai bukti menyokong kewujudan makhluk yang hidup sebelum Nabi Adam yang dikenali sebagai Al-Hin:

1) Al Ankabuut - Ayat 19
'Dan apakah mereka tidak memperhatikan bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya , kemudian mengulanginya (kembali). Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.'

2) Al An'am - Ayat 6
'Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu , dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka , kemudian. Kami binasakan mereka karena dosa mereka sendiri, dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.'

3) Kisah bumi tak bagi malaikat ambil tanah untuk dijadikan manusia.
Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, manusia pertama. Akan tetapi apabila Jibril sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, kerana ia tidak dapat berbuat apa-apa, setelah mendengar sumpah bumi. Seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masing kembali dengan tangan kosong.

Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Firman Allah, Hai Izrail, engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu. Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil.

Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman; Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia. Maka Izrail khuatir kerana bimbang dibenci oleh umat manusia kelak. Lalu Allah berfirman lagi; Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

*Berikut merupakan riwayat yang menceritakan tentang proses awal penciptaan Adam; pengambilan tanah daripada bumi. Persoalan utama daripada riwayat ini adalah keenganan bumi untuk diambil tanahnya. Kebimbangan bumi bukanlah kerana takut tanahnya kurang, atau takut rupanya berlubang-lubang, tetapi bumi khuatir seandainya Adam itu menjadi maksiat kepada Allah. Tidakkah itu bermakna bumi telah menyaksikan kerosakan yang dilakukan oleh manusia terdahulu di muka bumi ini? Mengapa tiada riwayat yang menceritakan akan keengganan bumi apabila Allah S.W.T hendak menciptakan kambing, ikan atau lembu?

~ Wallahu a'lam


Sebenarnya kisah tersebut menarik perhatian aku sejak beberapa bulan yang lepas. Sedikit perbincangan dan pencarian berakhir kepada penemuan blog Re-Matrix. Nah kau, kau boleh baca sampai muntah kat sana. Berbeza dengan Kisah Pengamal Perubatan Islam yang tadi, penulis blog Re-Matrix yang menyembunyikan identiti serta sumber kajian / sumber penulisan beliau, namun setiap ulasannya yang 'masuk akal' itu sebenarnya boleh mengelirukan bagi mereka yang terlalu fanatik terhadap perkara-perkara ghaib dan mistik.

Bagi pendapat aku, tidak salah untuk membuat kajian kerana kewujudan makhluk selain daripada manusia, malaikat, syaitan, jin dan seumpanyanya haruslah diakui kerana ianya antara perkara-perkara ghaib sepertimana syurga-neraka, hari kiamat & hari akhirat yang terkandung dalam 6 Rukun Iman. Namun, kajian tersebut terbatas hanya kepada pengetahuan bersumberkan Al-Quran dan hadis. Yang selebihnya adalah rahsia Allah yang maha mengetahui.

Malah, perkara-perkara mistik & ghaib yang tidak diketahui asal sumbernya ini kemungkinan besar adalah tipu daya syaitan yang bertujuan menyesatkan umat Nabi Muhammad SAW. Malah, ada kalanya benda-benda ini langsung tiada pada asalnya, tapi sebab kita memujanya maka ia jadi ada.

Kisah-kisah mistik dan seram ini merupakan satu perkembangan ke belakang kerana berlawanan dengan arus pemodenan untuk menjadi manusia maju dan penuh beriman. Sedikit sebanyak kisah sebegini mencarik rasa takut bukan kepada yang benar-benar selayaknya, Takut kepada Allah azzawajalla..

Menyokong kata-kata Dr.HM Tuah Iskandar Al-Haj, anda masih boleh tertawa oleh kisah-kisah mistik dan jadikanlah ia sebab untuk menambah keyakinan kepada-Nya. Mengapa orang boleh tersesat? Sebab selalunya mereka tiada asas, apabila didedahkan dengan satu-satu ajaran, mereka gagal membuat ukuran, lalu terus menganggap ajaran itu adalah yang benar lantas menjadi fanatik. ( Cipta Syurga Hati, 2010 )

~TAMAT~

9 comments:

Aidiel said...

hmm, bila baca entry ni, bulu roma mula meremang tapi seram tu takdelah. Banyak betul rahsia Allah yg manusia belum tahu sampai sekarang. Rupanya ada lagi makhluk lain yg dicipta sebelum nabi Adam :/

Akhelaken said...

@Aidiel Iman kan? mula2 rasa mcm tu jugak,tu yg puas cr & tny pendapat drp sumber2 yg boleh dipercayai.. Pastu jumpe blog Re-matrik tu byk lg rahsia start dr sejarah bulan la, agenda yahudi la, segitiga bermuda la, da baca semua.. tp kena lihat blk sprt mn kata UAI, klu pembacaan tu menambah keimann kpd Allah baguslah.. tp jgn fanatik (keterlaluan) pulak,gila jadinya..
lg1 nak pesan pd pembaca semua, belajar tanpa guru ibarat bertuhankan syaitan.. Wallahu'alam

Eh,byk pulak aku komen. kat blog sendiri plk tu..huhu (malu)

Unknown said...

Selami diri kita juga mengetahui 3 tahap ciptaan Allah SWT
1. Cahaya
2. Api
3. Tanah

Pasti ada makhluk sebelum Nabi Adam A.S

Aidiel said...

tulah kan? kalau dah taksub sangat sampai ada yg boleh melemahkan iman kita ni. tu yg takut tu. hmm :/ baguslah buat entry camni. boleh share dengan cikgu2 kat sekolah. nak tanya pendapat diorang jugak :D

INNANIE ARIFFIN said...

semakin banyak kita membaca, semakin banyak yang kita tak tahu rupanya kan...

Akhelaken said...

@ shawndono dono sy tdk mengesahkan s/ada ianya wujud @ tdk.Boleh dianggap tdk wujud krn tiada hujah yg kukuh dr Alquran & hadis & juga tidak mustahil ianya wujud krn kebesaran kuasa Allah bagi-Nya tiada yg mustahil..

@Aidiel Iman Kalau dah dpt jawapan boleh share kat sini :)

@Innanie | Ariffin setuju sgt,ilmu kita jika dibandingkan dgn ilmu Allah tu umpama buih-buih dilautan yg terbentang luas..

iAmCekbolat said...

misteriiii~~~~~~~~

kehkeh

Dzasc Skachers said...

hebat ko men-crikan perwatakan lelaki bro.. hehehe..

Akhelaken said...

@wadud@duad Eh,mcm salah komen entry je ni :) Tp xpe,i phm hehe..tq

CLOSE

Copyright reserved by Zero to Hero's Blog Edited by Caersasuke