September 19, 2012

Home » , » Apa Kita Boleh Buat Untuk Protes Filem Anti-Islam?

Apa Kita Boleh Buat Untuk Protes Filem Anti-Islam?

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Lagi tentang Innocence of Muslims. Pagi tadi sedang blogwalking aku terbaca satu blog ni, ianya kupasan isu filem anti-Islam, Innocence of Muslims. Hebat! Aku pun baru memfollowingnya semalam. So, untuk tujuan panduan dan kemaslahatan bersama disini aku share entry berikut. Credit to: Buasir Otak

1. Kenapa Youtube hanya menyekat akses ke video itu hanya kepada negara2 Islam yang memohon untuk disekat, manakala di negara2 lain video filem tersebut masih lagi boleh ditonton? Nampak sangat ketidak-ikhlasan pihak Youtube yang dimiliki oleh Google di situ. Kalau betul2 nak sekat, sepatutnya ia disekat di semua negara, atau sebenarnya tak payah sekat pun, pihak Youtube patut hanya padam, delete dan remove sahaja video itu dari Youtube, tapi mereka tidak akan berbuat demikian, kerana seperti yang sedia maklum Google adalah firma di negara US yang mempunyai pertalian rapat dengan Israel dan Yahudi. So adakah kerajaan kita perlu sekat keseluruhan laman Youtube juga untuk menyatakan protes kita? Macam mana dengan vlogger2 Malaysia seperti MatLuthfi, AnwarHadi, Maria Elena, ShahrinCool, Hana Tajima dan lain2 nak buat vlog lagi? Kita kan dah ada Youtube versi Malaysia iaitu 1Tube, masa ni la kita semua kena ramai2 sokong produk buatan tempatan. Tinggalkan je Youtube apa semua tu, itu semua agenda Illuminati dan Freemason cawangan California barat.


Sebenarnya filem tersebut lebih penting untuk disekat di negara2 bukan Islam berbanding negara2 Islam. Ini kerana kalau aku sebagai seorang umat Islam tengok video tu, aku tahu on the spot apa yang dipaparkan di dalam video itu adalah salah dan tidak menggambarkan Islam yang sebenar. Namun kalau non-muslim yang tonton, mereka mempunyai potensi besar untuk mendapat gambaran yang salah mengenai ajaran Islam itu sendiri dan seterusnya membangkitkan perasaan anti-Islam dalam diri mereka, itu yang kita tak nak.


2. Sebenarnya banyak umat Islam dah termasuk perangkap musuh2 Islam ini apabila membuat protes yang keterlaluan sehingga menimbulkan keganasan serta menyebabkan kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa. Ia sebenarnya telah memberi persepsi salah kepada orang2 bukan Islam bahawa apa yang dipaparkan dalam filem itu adalah betul iaitu agama Islam adalah agama yang ganas, dan mereka juga akan membandingkan dengan agama lain seperti agama Kristian yang mana penganutnya tidak akan bertindak ganas walaupun agama mereka sering kali dijadikan bahan jenaka. Itu sebenarnya yang geng2 Freemason dan Illuminati ni mahukan.


Adakah dengan filem ini kita harus pulaukan semua orang non-muslim? Adakah kita harus bakar semua kedutaan Amerika Syarikat? Adakah kita harus usir dan sweep semua pelancong warga asing agar balik ke negara asal mereka? Adakah kita patut bunuh dan penggal kepala jiran dan kawan2 kita yang bukan Islam? Tidak perlu pun sebenarnya malah ia adalah satu perbuatan yang sangat bodoh. Melakukan keganasan tidak akan membawa kebaikan apa2 kepada kita dan ia hanya akan menyebabkan lebih banyak kemudaratan seperti yang ditulis oleh Mazidul Akmal Sidik - Wajarkah filem innocence of muslims ditonton? Tanyalah ustaz.


So apa sebenarnya yang kita boleh buat sebagai tanda protes terhadap filem anti-Islam ini? Banyak caranya, kalau anda nak menyatakan protes dan bantahan anda dengan melakukan demonstrasi dan perhimpunan aman tanpa sebarang keganasan dan provokasi, silakan. Nak pergi ke Palestin berperang dengan tentera Israel, ikut suka anda. Kalau anda nak share informasi berkaitan isu ini di Facebook, Twitter, Blog, flyer, brochure dan lain2, boleh juga. Jika anda nak buat solat hajat, pun amat baik. Jika anda tidak mahu buat apa2 dan hanya mahu berdoa di dalam hati pun tidak apa. Malah kalau anda nak boikot produk2 buatan US / Israel Zionist seperti McDonald's, KFC, Nike, Facebook, iPhone dan lain2 pun terpulang, yang penting niat. Kalau ada kawan2 atau mana2 ahli politik non-muslim yang tak faham dengan isu ini dan agama Islam, terangkan dan beri dakwah kepada mereka.


Apa kata kita buat video balas terhadap filem anti-Islam itu dengan membuat pula video anti-Christ / anti-Judaism / anti-agama lain? Tidak perlu, kerana agama Islam sendiri tidak mengajar kita untuk menghina agama lain. Tapi cadangan aku, kalau mana2 orang yang tere buat video dan mempunyai kelengkapan untuk membuat filem, apa kata buat satu filem pendek yang memberi gambaran sebenar tentang ajaran Islam dan sebarkan kepada seluruh dunia sebagai satu respon balas kepada filem Innocence of Muslims itu agar sedikit sebanyak dapat membetulkan persepsi mereka mengenai agama kita.

Paling tidak pun, sebar dan share video klip lagu Maher Zain - The Chosen One ni dan tulis mesej - "In response to anti-Islam film - Innocence of Muslims". 
 
Kepada mat saleh2 kat luar sana (macam ada je mat saleh baca blog nih), mungkin boleh mula memahami dan belajar sedikit sebanyak pengenalan asas kepada Islam dan sejarahnya di sini, sebuah video pendek yang dibuat oleh mat saleh juga, sebab mungkin mereka lebih selesa bangsa mereka sendiri yang terangkan pada mereka dengan cara mereka sendiri.

Setuju? Bagaimana pula dengan anda?


No comments:

CLOSE

Copyright reserved by Zero to Hero's Blog Edited by Caersasuke