September 3, 2012

Home » » Lepas Gian

Lepas Gian

Assalamualaikum & Salam sejahtera


Minggu ni penuh dengan aktiviti kunjung mengunjung ke rumah sanak saudara, masih bersemangat waja untuk melantak juadah hari raya padahal tekak dah sakit dan batuk-batuk sebab makan tak berpantang~

Seronok tau jumpa sepupu sepapat yang biol ni. Sebagai tuan rumah, sempat jugak aku menunjukkan skill memasak aku yang dah improved sikit tu.. Hahaha

Kalau nak diikutkan tradisi macam tahun-tahun lepas kami sepupu sepapat akan berkumpul untuk lepas gian. Bukan gian hisap dadah ok, ni gian lagi teruk punya.. Haha ni gambar lepas gian:


The Legends Group.. Eh, Hafiz AF pun ade!
Orang jauh ni, Perak mariiii..
Sesi bergambar bersama peminat.. Peminat la sangattt
No Alkohol, Peace Yo!
Ditemani pasangan paling romantik, Cik Ani & Cik Atan :)
Pi ngeteh kejap sebab perut dah kosong lepas nyanyi (-.-!)
Sampai la ke pukul 5 pagi... tak ingat dunia!
See! Teruk tak teruk la kami punya program bukan setakat raya je, tak raya pun belasah jugak. Setakat ni ade plan untuk pi Legoland pulak, pastu Singapore, pastu Hong Kong.. Ok, aku memang suka menambah..

Lastly, aku tinggalkan korang dengan suara merdu aku ni. Walaupun ada lari picthing sikit.. eleh Siti Nurhaliza pun lari pitching jugak kadang-kadang. Kalau nak lagi best kau dengar dengan pejam mata rapat-rapat, jangan muntah hijau sudah...  


No comments:

CLOSE

Copyright reserved by Zero to Hero's Blog Edited by Caersasuke